Kehamilan

Fazura Dedikasikan Ucapan Istimewa Buat Suami. Raikan Harijadi Terakhir Fattah Sebelum Jadi Ibu Ayah

Share

Pasangan selebriti Nur Fazura dan juga Fattah Amin memang sudah diketahui sentiasa sweet dan mengambil berat antara satu sama lain.

Baru-baru ini sempena harijadi Fattah Amin yang ke-30, isteri tercinta Fazura memuat naik sebuah video khas yang disunting untuk suaminya sebagai sebuah dedikasi ucapan istimewa sempena hari istimewa tersebut.

Menerusi video berdurasi 4:34 minit yang dimuat naik di ruangan Instagram TV, Fazura menghimpunkan foto dan video istimewa mereka sepanjang bergelar pasangan suami isteri.

 

Menerusi ucapan manis Fazura untuk Fattah, aktres yang sedang sarat hamil itu meraikan hari lahir terakhir suaminya sebelum mereka bertukar status sebagai ibu dan bapa.

Di ruangan komen, Fattah berterima kasih kepada isterinya di atas dedikasi ucapan yang menyentuh hati itu.

“You’re the sweetest ayang! I love you,” tulis Fattah.

Peminat dan rakan-rakan pasangan ini juga juga mengambil peluang mendedikasikan ucapan hari lahir untuk Fattah dan mereka turut mendoakan agar pasangan ini bahagia hingga ke syurga.

 

Menghitung hari jadi mama dan papa

Sementara itu dalam laporan Harian Metro Fattah Amin sangat terkesan dengan sikap kerja keras isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura apabila masih lagi bekerja walaupun sarat hamil anak sulung mereka.

Pelakon filem Miimaland itu berkata, justeru dia sentiasa meluangkan masa dengan isterinya memandangkan hanya tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum mereka bergelar ibu bapa.

“Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum isteri saya bersalin. Tapi, saya sendiri kadang-kadang bersimpati dengannya kerana masih rajin bekerja kerana dia seorang ‘workaholic’.

“Jadi, untuk pastikan dia berada dalam keadaan baik, saya sentiasa ada dan luangkan masa dengannya,” katanya.

Berkongsi mengenai persediaannya sebelum bergelar bapa, Fattah berkata, dia dan isteri sudah mempersiapkan barangan keperluan untuk bayi mereka.

“Saya dah beli beberapa barangan keperluan yang dirasakan penting untuk bayi kami.

“Selain itu, ada juga beberapa penelitian yang saya buat mengenai bagaimana menjadi bapa di samping meminta nasihat daripada mereka yang berpengalaman, terutama dalam kalangan keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai nama anak, Fattah enggan mengulas lanjut.

“Nantikan,” jawabnya ringkas.

Fazura selamat mendirikan rumah tangga dengan Fattah dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 November 2017.

Sumber: Gempak & Hmetro & IG Fazura Fattah

EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

 

 

IKLAN