Fedtri Yahya, “Kebetulan yang indah..” Dinobat pengulas tv terbaik di hari lahir isteri. Fedtri Yahya atau nama penuhnya, Ahmad Fedtri Yahya telah dinobatkan sebagai Pengulas TV Terbaik – Aduan Jiwa : Hati Tertinggal Di Syria (TV9).
Fedtri Yahya, “Kebetulan Yang Indah..” Dinobat Pengulas TV Terbaik Di Hari Lahir Isteri
Kemenangan Fedtri sudah dijangka ramai atas kecemerlangannya memberikan ulasan dalan rancangan Aduan Jiwa: Hati Tertinggal di Syria.
Paling bermakna apabila kejayaan itu jatuh pada hari ulang tahun isteri tercinta, Nurul Anati Ismail.
Berikut perkongsian Fedtri di laman Instagram.
‘Kebetulan’ yang indah. Kemenangan dan anugerah tepat pada hari lahirmu.
Selamat ulang tahun bidadari. Moga solehah selalu & dirahmati.
Ads
Jika ada doaku yang tertolak, moga Allah memintas suratan takdir dengan tulus doamu yang dilimpahi kasih sejati. Allah Maha Baik. Semuanya akan indah. Amin.
Sebelum pulang ke rumah, kita raikan dulu. Selagi belum menutup usia, raikan semua yang membawa bahagia di jiwa.
Malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 edisi ke-36 berlangsung pada 26 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9 malam.
Ads
Bertemakan ‘Kilauan Prestij, Citra Kegemilangan’, ASA2024 menggambarkan keunggulan, kemegahan dan nilai eksklusif dimiliki kepada penerimanya.
Bagi edisi tahun ini, ASA2024 bakal memberi pengiktirafan menerusi 60 kategori yang dipertandingkan iaitu 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat menerusi media baharu.
Anak sulung kepada penyanyi, Adira Suhaimi yang terpilih untuk menjayakan fashion show di Bangkok mempamerkan persembahan cukup cemerlang bila mana dipuji ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Adira menerusi Instagramnya, gaya anak kecil itu, Anggrek dikatakan persis supermodel antarabangsa. Lenggok gayanya memang cantik dan bersahaja seakan-akan model antarabangsa.
Adira turut meluahkan rasa bangga melihat perkembangan anak sulungnya itu yang begitu berani beraksi di pentas peragaan tanpa rasa kekok.
“Turning fairy dream into reality. Love dress by @angelinetkc
“Ami speechless. Alhamdulillah selesai urusan di Bangkok. Proud of you @anggrek.adenan,” tulis Adira menerusi kapsyen.
Tidak hanya Adira, bahkan anak kecil itu turut mendapat pujian dari wargamaya yang berbangga melihat aksi cemerlang Anggrek di pentas peragaan.
Tambah lagi bila mana Anggrek terpilih mewakili Malaysia ke Thailand bagi acara Bangkok Kids International Fashion Week yang berlangsung pada 27 dan 28 April yang lalu. Satu pencapaian yang membanggakan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya melahirkan rasa kagum dan menitipkan semoga Anggrek lebih berjaya dalam bidang yang diminatinya.
Terdahulu, Anggrek yang berlepas ke negara jiran itu bersama ibunya turut mendapat sokongan dan semangat dari bapanya, Dato’ Red.
Adira dan Dato Red dilihat sama-sama berada di lapangan terbang bagi memberikan kata-kata semangat buat anak sulung mereka.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Nak bahagia mudah sahaja, kita perlu saling menghargai dan menjaga hati. Seperti mana isteri menginginkan layanan yang baik dari suami, begitulah juga yang perlu kita buat untuknya. Sama-sama berbuat baik, jadi pasangan pun terasa dihargai. Maka, rumah tangga menjadi harmoni dan sentiasa tenang.
Untuk menambat hati suami, ada beberapa amalan yang boleh dibuat oleh isteri. Biarpun mudah, tetapi jika dilakukan sangat memberi impak kepada emosi suami.
Melalui artikel di portal akuislam, katanya untuk menambat hati suami bolehlah si isteri cuba praktikkan beberapa perkara ini:
1. AMBIL BERAT PENAMPILAN SUAMI
Sesetengah suami suka jika isteri berikan perhatian kepada hal-hal remeh berkaitan dirinya. Sebagai contoh, isteri cadangkan baju apa untuk dipakai atau bantu untuk butangkan bajunya. Kadang-kadang, apabila isteri tolong potongkan kuku suami atau cukurkan misai dan janggutnya juga, boleh buat suami jatuh hati pada isteri.
Mungkin sesetengah isteri tidak suka buat begitu kerana merasakan seperti dia perlu menjadi seperti hamba pula untuk sediakan semuanya. Sebenarnya banyak kelebihan jika anda melakukannya hal ini untuk suami.
Ada disebut dalam hadis:
“YA FATIMAH, BARANGSIAPA WANITA MEMINYAKKAN RAMBUT DAN JANGGUT SUAMINYA SERTA MEMOTONG KUMISNYA DAN MENGERAT KUKUNYA, ALLAH AKAN MEMBERINYA MINUM AIR DARI SUNGAI-SUNGAI DI SYURGA, DIRINGANKAN BAGINYA SAKARATUL MAUT, AKAN DIDAPATI KUBURNYA MENJADI SEBUAH TAMAN SYURGA, ALLAH MENCATATKAN BAGINYA BEBAS DARI API NERAKA, DAN SELAMAT DARI TITIAN SIRAT.”
2. CEPAT DATANG BILA SUAMI PANGGIL
Mungkin kedengaran remeh, tapi sebenarnya bila suami memanggil isterinya kenalah bersegara kepadanya. Sebaik dipanggil, sekurang-kurangnya menyahut dan katakan yang anda sedang datang. Atau jika anda tidak boleh meninggalkan pekerjaan yang dibuat ketika itu seperti memasak, bolehlah beritahu kepadanya.
3. CANTIK UNTUK SUAMI
Ketika menyambut suami pulang dari pejabat, senyumlah padanya. Ada sesetenagh masa, mungkin dia pulang dalam keadaan masam mencuka. Tidak mengapa, jangan marah padanya.
Tetapi hadiahkan senyuman, sekurang-kurangnya pahala untuk anda buat begitu sudah ada. Tidak perlulah berhias seperti malam anugerah, cuma pastikan anda berada dalam keadaan kemas dan berbau harum. Anak-anak juga perlulah dalam keadaan kemas dan ceria.
Bukan bermakna anda harus jadi seperti hamba. Cara untuk melayan suami seperti raja tidaklah susah. Kadang-kadang, soalan ringkas seperti “Abang nak makan dulu atau nak mandi dulu? Kalau nak makan, saya siapkan.” Tahukah anda, soalan begini sudah cukup untuk buat seorang suami merasakan si isteri mengambil berat soalnya. secara tidak langsung, rasa letihnya semakin berkurangan tapi cintanya pada anda semakin mekar mewangi!
5. UCAP TERIMA KASIH
Hargailah setiap pemberiannya. Jangan diperlekehkan walaupun anda tidak suka. Terima dengan hati terbuka. Jika mungkin anda kurang suka dengan apa yang diberikan, ucapkan terima kasih kemudian beritahu padanya. Tidak perlu condemn terus usahanya itu.
6. JANGAN BERLETER
Suami akan merasa kurang selesa jika selalu sangat dileteri si isteri.
7. TEMANKAN SUAMI MAKAN
Kadang-kadang ketika sedang menemankan suami makan inilah anda boleh bersembang dan berbincang dengannya. Kalau tak mahu makan pun tidak mengapa, cukup sekadar berada di sampingnya.
8. ISTERI YANG BIJAK
Suami suka jika isterinya seorang yang bijak. Sesetengah suami suka bersembang pelbagai topik dengan isteri, jadi sekurang-kurangnya anda ambil tahu hal semasa, bolehlah dibuat topik berbual.
9. JANGAN KUAT MEMBANGKANG
Tidak salah untuk meluahkan pendapat anda. Pendekatan perlu betul, jangan terus bangkang apa kata suami anda. Secara lembut, tegurlah yang mana perlu.
Isteri suka jika isterinya menjadi penenang ketika dia berada dalam keadaan gundah.
11.TEMPAT TIDUR EKSLUSIF
Tempat tidur adalah ruang peribadi untuk pasangan suami isteri. Di situlah tempat paling sesuai untuk bercerita hal serius dan sebagainya. Cantikkan ruang di dalam bilik supaya menenagkan hati suami.
12. ISTERI YANG MANJA & TAK KUAT MERAJUK
Sekali dua, suami tak kisah untuk memujuk. TEtapi bila sudah dipujuk tetap mengada-ngada suami akan bosan dan membiarkan sahaja. Suami sukakan isteri yang manja, tetapi bukanlah sehingga tidak mampu berdikari.
13. JANGAN PANDANG RENDAH
Suami suka jika isteri menjadi penyokong terkuatnya. Sebaik-baiknya, janganlah isteri memperlekehkan kemampuan serta kredibilitinya. Tunjukkan rasa hormat dan anda kagum padanya.
Aktor Datuk Fizz Fairuz secara terbuka memberitahu menerima keadaan fizikal isterinya, Datin Almy Nadia yang dilihat berisi berbanding sebelum memiliki cahaya mata.
Menerusi laporan Kosmo! Online, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berkata, dia akan terus menyayangi Almy yang juga seorang aktres kerana tidak kisah dengan perubahan fizikal dialami isterinya.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah. Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (berisi),” katanya.
Pelakon berusia 44 tahun itu berkata, dia bersyukur mempunyai pasangan hidup yang memikul tanggungjawab sebaiknya terutama dalam soal menguruskan anak-anak.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” ujarnya.
Kongsi pelakon filem Munafik itu lagi, dia pernah memberi galakan kepada isteri untuk menurunkan sedikit berat badan secara selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.