Usahawan berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri menerima kejutan yang paling istimewa daripada isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Aliff menerima sebuah kereta mewah berjenama Ferrari sebagai hadiah perkahwinan mereka.
Tambah Alif lagi, kereta Ferrari berwarna merah itu juga dipilih sendiri oleh isterinya.
Menurut Aliff, dia sudah lama mengimpikan kereta mewah berkenaan namun, tidak menyangka isterinya akan memberi kejutan kepadanya sebagai hadiah.
“I love you sayang. Tak sangka isteri saya kejutkan saya sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-17.
Ads
“Sebenarnya lama saya idamkan kereta Ferarri terbaru ini,” katanya.
Aliff memberitahu hasart untuk memiliki kereta idamannya itu selama ini terbantut apabila memikirkan keadaan ekonomi ketika ini.
“Bila fikir balik dengan anak ramai tak sesuai. Komitmen makin tinggi bila anak dah remaja dan ekomoni pun tak stabil tapi terkejut dapat hadiah,” kongsinya lagi.
Ads
Walau bagaimanapun, Aliff sangat berterima kasih kepada isteri tercinta kerana melakukan kejutan yang paling bermakna ini.
Menerusi video yang dikongsikan, anak-anak Aliff turut kelihatan teruja sewaktu melihat dan menaiki kereta tersebut.
Kerajaan wajar mempertimbang had usia persaraan di Malaysia dinaikkan daripada 60 kepada 65 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata, perubahan had usia persaraan itu dilihat wajar kerana ramai dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih aktif.
Katanya, ada beberapa negara lain turut melaksanakan had usia persaraan sehingga 65 tahun.
“Ini pandangan peribadi saya, mungkin kerajaan patut mempertimbangkan had usia persaraan 65 tahun. Ini kerana ramai golongan berusia 60 tahun ke atas masih aktif sekarang dan ramai orang tua masih kelihatan muda.
“Sebab ada pegawai yang kami jumpa, masih muda, masih sangat aktif, cuma mereka dah berumur 60 tahun. Sebab ada negara yang dah mula beralih ke umur persaraan 65 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan Jasamu Dikenang Kluster Undang-undang dan Reformasi Institusi di sini, hari ini.
Azalina berkata, sama seperti hakim mahkamah di negara ini yang ditetapkan persaraan pada usia 65 tahun, had persaraan bagi rakyat di Malaysia wajar dinaikkan.
“Saya lihat macam hakim-hakim (mahkamah), sebab mereka sampai usia 65 tahun. Di sesetengah negara, masa saya pergi mesyuarat Menteri Undang-undang ASEAN, ada yang sampai usia 70. Hakim mereka ada yang 65 dan berkhidmat sampai usia 70 tahun.
“Saya tak tahu sama ada Kerajaan Madani akan pertimbangkan perkara itu tetapi saya cuma beri komen sahaja sebab saya lihat orang usia 60 tahun sekarang, ramai yang masih nampak muda,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Si comel kesayangan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi perhatian ramai dengan gelagat comelnya.
Terbaru, gaya Fatima yang membuat video solekan mendapat perhatian ramai. Mana taknya, bukan hanya pandai melakukan langkah demi langkah solekan bahkan kepetahan Fatima buat ramai yang geram.
“Baru berapa hari mommy kerja kat Jakarta, anak mommy dah jadi influencer yaa.
“Tapi bagus productnya, satu je tapi boleh pakai untuk semua. Ada link tak nyamma? Mommy nak beli @fattahaminz,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Dengan hanya satu produk, Fatima lincah menyapukan produk itu di seluruh wajahnya. Memang comel dan cukup bersahaja.
Terbaru, Fatima juga rupanya cukup sukakan selebriti tersohor Korea, Blackpink bila mana tampil dengan kasut merah jambu dan hitam. Memang comel.
Fatima yang mengenakan kasut merah jambu di sebelah kanan dan kasut hitam di sebelah kiri memberi dia memilih gaya itu kerana sukakan Blackpink. Cute.
Dugaan dalam hidup berumah tangga itu cukup besar. Sesebuah pasangan perlu kuat untuk berhadapan dengan segala ujian yang mendatang. Salah satu perkara yang ditakuti para isteri adalah apabila kasih sayang suami mula berpaling dari mereka.
Benar, suami juga pinjaman dari Allah SWT. Tetapi hati lembut seorang isteri pasti tidak mampu menahan rasa sakit jika suami mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Melalui laman Facebook Dato’ Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman yang merupakan seorang penceramah bebas, ada sebuah perkongsian tentang suami isteri yang sangat menyentuh perasaan.
Maka berkata Syeikh: inginkah kau aku khabarkan apa yang lebih dahsyat daripada itu? *قال الرجل : بلى*
Kata lelaki itu: ya, khabarkan!
*فقال الشيخ : ولو أنك تزوجت كل نساء العالمين ..*
Maka kata Syeikh: kalau engkau telah berkahwin dengan seluruh wanita yang ada di alam ini..
*لرأيت الكلاب الضالة في شوارع المناطق الشعبية أجمل من كلّ نساء العالمين !!*
Nescaya engkau lihat anjing yang sesat di jalanan itu lebih cantik daripada setiap wanita tersebut!!
*ابتسم الرجل ابتسامة خفيفة وقال : لماذا تقول ذلك ؟* Tersenyum lelaki itu dengan senyuman kecil lalu bertanya: kenapa Syeikh kata begitu? *فقال الشيخ : لأن المشكلة ليست في زوجتك، المشكلة أن الإنسان إذا أوتي قلباً طمّاعاً،*
Kata Syeikh: kerana yang musykilah (bermasalah) itu bukan pada isterimu. Tapi pada manusia yang kalau telah diberi hati yang tamak
*وبصراً زائغاً،* Dan pandangan yang liar
وخلا من الحياء من الله Dan tidak malu kepada Allah
فإنه لا يمكن أن يملأ عينه إلا تراب مقبرته ..
Maka tidak ada apa lagi yang mampu memuaskan pandangan matanya kecuali tanah perkuburan..
يا رجل مشكلتك أنك لا تغضّ بصرك عما حرّم الله
Wahai lelaki.. masalah kamu adalah engkau tidak menundukkan pandanganmu terhadap perkara yang telah Allah haramkan.
أتريد شيئاً ترجع به امرأتك إلى سالف عهدها (أجمل نساء العالم) ؟ Adakah engkah mahu isterimu kembali kepada zaman dahulu (iaitu yang tercantik di dunia) قال الرجل : نعم Kata lelaki itu: ya, mahu
فقال الشيخ : اغضض بصرك …. “
Maka kata Syeikh: Tundukkan pandanganmu..
*Tadabbur Ayat 30-31 Surah An-Nur.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membuatkan suami lebih menghargai isteri dan setiap pasangan itu lebih menghargai antara satu sama lain. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna, tetapi itulah tujuannya kita berpasangan. Untuk menyempurnakan sesama kita sebagai suami isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!