Ibu dengan bayi usia 8 bulan pasti ternanti-nantikan perkembangan bayi. Oleh itu, untuk pastikan bayi sihat, ibu tentu mahu bereksperimentasi dengan jenis, tekstur dan juga bentuk makanan baru untuk anak.
Jika anda ingin mendapatkan idea baru untuk makanan bayi, cuba baca artikel ini. Kami pasti ia dapat membantu anda dalam menyediakan makanan yang berkhasiat untuk si manja!
Bayi 8 bulan, usia terbaik untuk tambah bilangan makanan pejal
Melihat anak membesar merupakan satu perkara yang amat mengujakan buat ibu dan bapa.
Ketika anak menginjak ke umur 8 bulan, anak anda mungkin sedang cuba untuk buat semua benda dengan kaki dan tangan kecil milik mereka.
Bayi yang berumur 8 bulan mempunyai rasa ingin tahu yang menebal. Mereka akan mula mengembara sekeliling rumah kerana sudah lebih peka dengan keadaan persekitaran mereka.
Mereka juga sudah pandai melakukan pincer grasp – satu gerakan di mana anak anda akan menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari sebagai ‘penyepit’ untuk mengambil makanan.
Berdasarkan kesemua perkembangan ini, anak anda kini sudah bersedia untuk makanan pejal!
Kajian juga ada menyatakan bahawa bayi yang mula makan makanan pejal semenjak berusia 6 bulan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat alergi ataupun asma.
Namun, sebagai ibu, anda perlu tahu bila anak anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal.
Cuba periksa, adakah anak anda sudah boleh:
Ads
Angkat kepala sendiri?
Buka mulut ketika nampak makanan?
Makan makanan dari sudu dan masukkan ke dalam mulut?
Jika anak anda boleh melakukan semua di atas, anda sudah boleh beri bayi makan makanan pejal dengan selamat.
Makanan apa yang boleh diberi kepada bayi 8 bulan?
Pada usia ini, anak anda akan perlukan sebanyak 750 ke 900 kalori sehari. Namun, 400 hingga 500 kalori akan datang daripada susu ibu (lebih kurang 720 ml sehari).
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda kenalkan makanan yang sihat kepada anak anda.
Anda boleh beri mereka makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk membantu anak membesar dengan lebih sihat.
Selain itu, anda perlu ingat bahawa makanan bayi 8 bulan tidak perlu lumat atau hancur seperti makanan separa pejal sebelum ini.
Cuba rancang menu untuk anak anda menggunakan makanan berikut:
1. Buah buahan
Buah-buahan segar mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak.
Namun, daripada melenyek buah-buahan hingga hancur, cuba potong dalam bentuk kiub dan masak untuk lembutkan buah tersebut.
Ads
2. Sayur-sayuran
Sama seperti buah-buahan, sayur-sayuran juga boleh diberikan kepada bayi dalam kepingan kecil.
Jika anda ingin lembutkan lagi sayur tersebut, anda boleh cuba stim sayur sebelum beri kepada bayi.
3. Ikan
Ikan seperti ikan salmon dan tuna kaya dengan asid lemak omega 3 yang penting untuk perkembangan otak bayi.
4. Produk tenusu
Pasti anak anda akan rasa gembira setelah diperkenalkan dengan produk tenusu seperti keju dan yogurt.
Kedua-dua makanan ini mempunyai kalsium yang tinggi yang boleh membantu tumbesaran bayi.
5. Protein
Anda juga boleh beri anak anda makan makanan kaya dengan protein seperti ayam, ikan, telur, dan kekacang.
Masak dan buat puri atau potong kepada bahagian lebih kecil untuk mudahkan anak makan.
Ads
Beri anak anda makan finger food!
Finger food ialah makanan yang anda boleh makan tanpa menggunakan pisau, garpu, ataupun sudu. Selalunya, finger food boleh dimakan terus dengan tangan.
Disebabkan bayi sudah mula melakukan pincer grasp, cuba beri mereka makan finger food untuk merangsang fungsi motor mereka.
Antara makanan yang sesuai termasuklah pisang, roti bakar, pasta dan bijirin.
Selain itu, elakkan beri bayi makanan yang boleh meyebabkan bayi tercekik seperti hot dog, lobak merah yang tidak dimasak, buah anggur, blueberry atau kismis.
Walau bagaimanapun, ingat ya. Jangan sesekali tinggalkan anak seorang diri ketika makan walaupun anda pasti makanan telahpun dipotong sampai halus.
Tip untuk makanan bayi 8 bulan
1. Jangan tambah gula atau garam dalam makanan bayi 8 bulan
Buat masa ini, elakkan daripada tambah garam atau gula dalam makanan bayi. Garam dan gula boleh buatkan buah pinggang bayi stres.
2. Berikan sedikit tekstur pada makanan
Bayi lebih mudah untuk menyesuaikan diri kepada makanan pejal jika anda tidak memberikan makanan yang hancur kepada si manja.
Berikan sedikit tekstur pada makanan dan tinggalkan cebisan-cebisan yang sedikit besar untuk bayi.
3. Jangan lupa beri susu ibu
Bayi banyak bergantung kepada susu ibu ketika umur mereka bawah 1 tahun. Oleh itu, jangan lupa beri bayi minum susu ibu untuk cukupkan kalori seharian mereka.
4. Elakkan guna susu lembu
Susu lembu tidak mempunyai nutrisi yang sesuai untuk bayi bawah 1 tahun. Jika anda mahu beri anak anda minum susu lembu, tunggu sehingga mereka berumur 1 tahun ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sembelit adalah keadaan di mana seorang bayi atau kanak-kanak menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis.
Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Jadi ibu kena pantau dan tengok apa keadaan ini, lagi-lagi apabila anak dah mula makan dan mungkin menjadi salah satu faktor. Disebabkan masalah ini ibu risau apa perlu dilakukan.
Selain bagi minum air putih, buah-buahan juga membantu. Tapi kena tengok juga jenis buah yang sesuai.
Menerusi perkongsian dari Puan Syaza Yasmin dia berkongsikan pengalamannya menghadapi anak sembelit dengan memberi buah pear dan naga serta memasak sup singo pear untuk penghadaman yang baik.
Disebabkan Maryam dah mula sembelit, mama memang usaha untuk bagi Maryam membuang.
Buah pear ✅ Buah naga ✅
Maryam juga kurang minum air. Minum susu pun main-main. Bila dah bagi buah pear dan buah naga, Maryam membuang sikit sangat malam tadi. Tu pun selepas mama buat urutan ILY dan senaman basikal.
Mama stop bagi nasi, sebab sebelum ni Maryam ada sejarah sembelit disebabkan beras putih.
So mama pun cari inisiatif lain. Baru teringat haritu mama ada beli singo pear kat Aeon.
Mama buat sup singo pear harini. Singo pear ni elok untuk sembelit. Dan ada yang kata sup singo pear ni elok juga untuk mengurangkan kahak dan selesema.
SUP SINGO PEAR
Bahan-bahan: – Singo pear – Bawang – Isi ayam – 4 beradik – Cbs – Baby corn dan celery (optional) – Minyak masak (untuk menumis) – Serbuk ikan bilis homemade
Rasanya sedap. Singo pear tu rasanya macam pear yang lain. Manis-manis. Tapi bila dah buat sup, sup tu rasa macam sup ayam ja sebab dah letak sup ayam kan.
Selain nasi, biasanya kentang menjadi pilihan anak-anak. Ini kerana kebanyakan daripada kita menganggap ia boleh juga mengenyangkan. Namun bagi anak yang alah, kentang sebenarnya salah satu penyebab kahak.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, dalam kentang, ada patatin dan solanine. Kentang boleh sebabkan kahak. Untuk anak-anak yang alah dengan 2 unsur ni, memang senang kahak nak berkumpul bila makan kentang.
Antara simptom lain bila alah pada patatin dan solanin;
– Gatal mata – Gatal hidung dan bersin – Gatal kulit – Gegatal dan eczema – Gatal dan sakit tekak – Batuk kahak
Boleh juga sebabkan masalah dengan usus;
– Loya dan muntah – Kembung perut – Cirit birit
Anak-anak, kalau ada masalah macam ni bila diorang makan kentang atau fries, mungkin kena cuba elakkan kejap lepas ni.
Betulkan usus anak dulu. Elakkan makanan ultra processed dari anak, banyakkan real food. Ini salah satu cara paling utama untuk betulkan usus anak-anak.
Real food macam kentang ni, sepatutnya baik untuk anak makan, tapi bukan semua yang sesuai dan serasi.
Kalau anak batuk, saya biasanya elakkan kejap kentang dari anak-anak. Sebab taknak trigger lagi batuk dengan kemungkinan kahak akan berkumpul lebih banyak.
Ibu ayah boleh perhatikan anak-anak ye, samada kentang okay atau kurang okay untuk anak anda.
Sekarang musim anak demam, batuk, selsema kan. Elakkan beli french fries dari restoran fast food tau kalau anak tak lalu sangat nak makan. Balik rumah buat bubur kosong letak keledek, atau beli air kelapa pun lagi baik, insyaAllah.
Pertama kali melahirkan anak pastinya sedikit menyukarkan. Kurang pengalaman dan teknik yang betul untuk menyusukan anak membuatkan ibu makin stress. Apa lagi melihat susu yang dipam tidak mencapai jumlah yang diinginkan berbanding orang lain.
Jangan cepat mengalah dulu, usahakan untuk memperbanyakkan susu ibu dengan resipi ringkas, air rebusan ini. Air rebusan yang dikongsikan oleh Puan Nurasyikin Ali di facebooknya ini boleh mama cuba sebagai usaha untuk memperbanyakkan susu ibu.
Tak perlu bahan yang banyak pun, hanya dua bahan sahaja. Amalkan. Mana tahu serasi dengan tubuh mama. Jom cuba!
ORGANIC MILKBOOSTER
Susah hati jugak bila susu ibu selalu drop kan? Susu asyik tak cukup. Pam dapat sikit je. Ni Kak Ekin share resipi banyakkan susu badan yang korang boleh buat kat rumah. Hanya guna halba dan kurma.
2. Masukkan halba dan kurma. Rebus sampa warna kekuningan macam teh.
3. Boleh dihidang dan minum 2 kali sehari.
Moga membantu ibu-ibu yang berimpian menyusu hingga anak umur 2 tahun. Semoga bermanfaat.
Punyalah senang cara nak membuatnya, hanya rebuskan sahaja dua bahan ini dan biarkan jadi pekat kekuningan dan kemudian diminum setiap hari. Lakukan sesuatu pastinya lebih baik daripada tidak mencuba. Niatkan untuk tambahkan susu untuk kenyangkan anak kita. Selamat mencuba mommies!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesihatan adalah aset paling berharga dalam hidup. Ramai yang hanya mula mengambil berat tentang kesihatan selepas mengalami masalah seperti kolesterol tinggi, diabetes, gout, dan...