Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.

Baca: Resipi Kuih Cornflakes Lebih Rangup & Tak Melekit. Makan Pun Laju Je!

Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut.

Namun mungkin ada yang sukar untuk mencari daun palas terutama bagi yang tinggal di bandar-bandar besar. Jangan risau, anda masih boleh menikmati juadah kegemaran anda dengan menggunakan daun pandan sebagai daun pembungkusnya. Ikuti resipi yang dikongsi oleh Puan Mieza Hasmiza ini.

CARA BUAT KETUPAT PULUT GUNA DAUN PANDAN

Buat Sendiri Ketupat Guna Daun Pandan, Masak Dalam Periuk Nasi. Lebih Mudah & Berlemak

BAHAN-BAHAN;
Beras pulut
Santan
Garam secukup rasa
Daun pandan untuk membalut
*Sukatan beras pulut dan air santan sama banyak

CARA PENYEDIAAN;

Rendam Beras Pulut
Rendam beras pulut selama 1 jam.

IKLAN

Masak Pulut Guna Periuk Nasi
Kemudian, sukatkan air santan dan beras biar sama banyak.

Saya masak dalam rice cooker senang. Tunggu sampai agak-agak berasnya dah melekat dan anjal. Separuh masak pun tak apa sebab nanti kita akan kukuskan lagi.

Sejukkan
Bila dah tutup suis rice cooker, cedokkan pulut yang dah hampir masak ke dalam talam atau pinggan.

Kita nak biarkan pulutnya sejuk sedikit supaya mudah nak diisi dalam daun pandan nanti.

Bungkus
Bila pulut dah agak sejuk, bolehlah bungkus pulut tadi dengan daun pandan.

IKLAN

Boleh tengok cara isikan pulut ke dalam kelongsongnya dalam gambar di bawah ini.

Buat Sendiri Ketupat Guna Daun Pandan, Masak Dalam Periuk Nasi. Lebih Mudah & Berlemak

Boleh nampak yang akhir sekali tu saya ikat dengan tali rafia aja senang.

Tips 1: Jangan isi penuh sangat sebab nanti ia akan mengembang bila dah dikukus. Kita taknaklah isinya terkeluar pula daripada sarungnya.

Tips 2: Kalau nak daun tu tak patah masa nak membalut, ambil daun pandan sehari awal dan rendam dalam air supaya lembut dan mudah dibentuk

IKLAN

Kukus 15-20 Minit
Bila dah siap balut, saya kukus lagi selama 15-20 minit.

Buat Sendiri Ketupat Guna Daun Pandan, Masak Dalam Periuk Nasi. Lebih Mudah & Berlemak

Kalau tak pasti takut tak masak, lepas 20 minit boleh cuba ambil sebiji dan rasa. Alhamdulillah saya cuba tengok, memang dah masak elok.

Buat Sendiri Ketupat Guna Daun Pandan, Masak Dalam Periuk Nasi. Lebih Mudah & Berlemak

Ini hasilnya yang dah siap kukus, bolehlah dihidangkan dengan rendang, serunding.

Buat Sendiri Ketupat Guna Daun Pandan, Masak Dalam Periuk Nasi. Lebih Mudah & Berlemak

Baca: Cuba Kuih Lapis Labu Gedik Ni Pula, Warna Cantik, Sedap & Berlemak, Nak Buat Pun Senang Je!

Sumber: Mieza Hasmiza

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI