Finger Potato Cheese 4 Bahan! Boleh Buat Frozen Untuk Kudapan Anak

Share

Bayi usia 8 hingga 9 bulan biasanya sudah bersedia untuk makan sendiri. Dengan memberikannya finger food, ia boleh membantu anak untuk lebih bersedia menikmati makanan pepejal lain.

Ibu yang ada anak sekitar usia ini boleh memperkenalkan pelbagai jenis makanan jejari yang senang pegang dan bersesuaian. Salah satunya finger potato cheese. Resepi mudah hanya empat bahan utama ini boleh buat anak kenyang dan dapat nutrisi.

Perkongsian Zulhilmi Shuhada ini boleh dicuba untuk buat kudapan anak-anak. Berikut antara langkah-langkah membuatnya.

Finger Potato Cheese

Buat frozen senang, goreng je bila nak makan. Boleh makan waktu sarapan atau minum petang. Bukan anak je makan, ibu ayah pun boleh makan sekali.

Bahan-bahan untuk 2 biji ubi kentang

– Tepung jagung 5 sudu teh
– Ubi kentang (2 biji)
– Lobak merah
– Cheesedale (1 keping)

Rebus ubi kentang sampai empuk.

Dah empuk kentang masuk dalam bekas. Lepas tu terus masuk cheese dengan lobak merah.

Nampak dah cair kan. Terus lenyek sampai lumat.

Boleh masukkan tepung jagung 5 sudu teh.

Uli sampai jadi doh, tak melekat kat tangan.

Masa nak buat bentuk, sapu minyak sikit pada tangan.

Ini finger potato yang siap dibentuk. Boleh simpan dan frozen kan.

Kredit: Zulhilmi Shuhada

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

IKLAN