Sesuai dengan maksud namanya rezeki dan kurniaan Allah SWT, Rizqaa dikurniakan rezeki melancong ke kota London bersama mummy dan daddynya.
Anak kesayangan pereka fesyen terkenal tanahair, Rizman Nordin dan isterinya Nurida Suraya ini sering mencuri perhatian ramai wargamaya yang menjadi pengikut Instagram kedua orang tuanya.
Rizqaa yang lahir pada 2 September 2020 merupakan antara bayi yang dilahirkan pada era pandemik Covid-19.
Kebanyakan generasi ini hampir dua tahun lebih banyak menghabiskan masa di rumah ekoran beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.
Baru-baru ini, sempena sambutan ulang tahunnya, Rizman telah berkongsi foto membawa anak kesayangannya bercuti ke luar negara buat pertama kali.
Macam biasalah bila Rizman berkongsi gambar-gambar Rizqaa, sudah tentu si comel itu menarik perhatian ramai peminatnya.
Ads
Kebanyakan pengikut Rizman seronok melihat gelagat Rizqaa yang sangat mesra kamera dan bijak bergaya.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Nampaknya Rizqaa mewarisi kecantikan ibunya yang sangat manis dengan senyuman. Bahkan mereka berdua juga sangat fotogenik di depan kamera.
Memang senanglah daddy nak cari model. Anak dan isteri dah lengkap boleh jadi model daddy untuk memperagakan pakaian rekaan.
Ads
Dari Kecil Dah Pandai Pose
Majoriti pengikut Rizman memang geram kalau melihat foto Rizqaa pose depan kamera. Dengan attitude ala-ala model memang tak peliklah kalau suatu hari nanti Rizqaa bakal mewarisi perniagaan fesyen daddynya.
Memilih untuk travel dengan anak kecil sebenarnya tidaklah menyukarkan. Jika mak ayah memikirkan mudah dalam segala hal, maka mudahlah segalanya. Malah lebih seronok bila semuanya dapat dilakukan sama-sama. Nak menyediakan makanan anak misalnya tidaklah terlalu sukar asalkan penyediaannya juga tepat.
Tip dan perkongsian oleh Puan Julie Davyd ini memang menarik malah memudahkan untuk mak ayah membawa anak travel ke luar negara. Pek segala kelengkapan anak sebaiknya terutama makanan seperti beras, tepung dan sebagainya, kemudian bungkuskan kemas agar selamat dalam perjalanan. Ini yang dikongsikan olehnya. Hebat!
Simple Baby Food Travel Tips ?✈️:
Hai semua, memandangkan minggu depan Cyrus & mummy daddy akan travel ke luar negara selama 5 hari dengan menaiki flight. Hari ni mummy kena siap packing dry food dulu. Jadi, malam ni mummy Cyrus nak share #BabyFoodTravelTips tanpa perlu bawa banyak barang macam nak pindah rumah. Khas untuk baby 1 tahun dan yang dibawah 1 tahun pun boleh guna menu dan cara yang sama cuma perlu sedia kan extra penapis untuk tapis makanan bagi baby yang masih makan tekstur halus.
✔️Tips ni pun berguna juga untuk travel di dalam negara kita. Yang penting kalau nak travel ke luar negara tu, kena declare makanan yang kita bawa oleh sebab itu, pentingnya kita packing bahan dan peralatan di tempat yang sama bagi memudahkan custom check dan tulis siap-siap apa bahan yang kita bawa supaya tak ada information yang tertinggal semasa nak declare makanan tu.
Dan please take note juga yang ada negara yang strict sikit tak boleh bawa produk tenusu dan bahan mentah masuk ke dalam negara mereka macam Australia. Saya izinkan share kepada yang nak share tanpa perlu minta kebenaran. Sharing is caring. Saya share bahan dan peralatan dalam gambar ye. Sebab jenuh nak taip panjang-panjang.
Kesemua barang yang akan dibawa (Yang tak termasuk dalam ni adalah tomato ?, telur ?, unsalted butter & bread ?). Bila dah masuk kan kesemua dry food dlm satu zip lock bag. Kontena kecil tadi dimasukan di dalam periuk, jimat ruang!
Cadangan makanan. Tertakluk pada perubahan.
Benda wajib ni. Kalau bawa cooker tapi tak bawa ni, nak memasak pun tak boleh. Hihi.. Nak cas handphone pun tak boleh.
Additional info: Memandangkan hotel tempat kami menginap ada peti ais, jadi senang nak simpan butter dan tomato. Bagi yang menginap hotel yang tak ada peti ais, pengunaan butter boleh lah digantikan dengan minyak masak.
Bagi saya tomato dan telur menjadi pilihan utama saya dalam menu ni selama 5 hari nanti, sebab telur dan tomato tahan lama disimpan tanpa peti ais & juga dalam peti ais. Dan cepat dimasak. Baby pun tak jemu makan kalau kita pelbagaikan jenis masakan dengan pengunaan telur & tomato sebab tomato ada rasa semula jadi dia masam manis sikit. Pengunaan full cream milk dalam masakkan boleh bagi bayi dibawah 1 tahun.
Tomato, telur, unsalted butter dan bread saya beli selepas landing kat sana nanti. Mungkin akan ada perubahan menu, kalau ada sayur-sayur dan buah-buahan yang sesuai dimakan oleh baby.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sumber kekuatan seorang wanita. Atas alasan ini sahaja, seorang wanita yang bergelar ibu itu mampu ketepikan apa yang hati dia nak, apa yang perasaan dia rasa dan apa yang diri dia perlukan.
Dia sedih tak apa, janji anak-anak gembira. Dia menangis tak apa, janji anak-anak ketawa. Bila fikir soal anak je, letak bab anak je, terus dah tak fikir dah soal lain dan bab lain. Ini keutamaan, ini yang perlu didahulukan, ini yang lebih penting daripada perkara-perkara lain.
Seorang ibu itu boleh berlakon, berpura-pura dan jadi macam-macam depan anak asalkan anak tu tak terkesan dan tak tahu akan apa yang dilaluinya.
Dia lebih sanggup untuk berjuang memberikan kebahagiaan kepada anak daripada kebahagiaan dirinya. Dia lebih sanggup untuk bertungkus lumus memberikan kesenangan kepada anak daripada kesenangan dirinya.
Meskipun dia sendiri yang terkorban dalam mencapai tujuannya. Menderita mana pun hidup dia, sesukar mana pun hidup dia, dia perlu terus kekal berdiri untuk anak-anaknya.
Dia tak boleh lemah, dia juga tak boleh rebah. Anak-anak perlukan dia. Hanya dengan melihat senyuman dan mendengar gelak tawa anak-anak sahaja dah cukup untuk “membalas” apa yang dia telah buat untuk mereka.
Di situlah munculnya kekuatan luar biasa seorang wanita yang bergelar ibu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Esok sesi persekolahan baru akan bermula, tapi bagi yang berada di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ada yang sudah pun memulakan sesi persekolahan baru untuk tahun 2020. Pasti banyak drama yang akan berlaku terutamanya untuk anak-anak yang masih kecil dan pertama kali untuk bangun ke sekolah. Ada yang teruja sampai tak tidur malam, tapi kebanyakkannya liat nak bangun dan menangis sebab tak biasa dengan keadaan yang baru bagi mereka.
Perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi berkenaan memujuk anaknya ke sekolah buat pertama kali pada tahun lalu memang menarik. Bergelut dengan si kecilnya Ammar pada pertama kali untuk pakaikan baju, rupanya ia tidak berakhir di situ sahaja. Banyak lagi fasa yang perlu dilalui sehinggalah anaknya Ammar ok untuk ke sekolah.
” Beberapa hari lagi, pasti ada ibu ayah yang akan lalui apa yang pernah kami lalui seperti gambar nombor 1 tu. Gambar tersebut merakamkan detik-detik sukar waktu nak memujuk anak ke sekolah.
Ammar sangat rapat dengan saya. Sayalah sahabat karibnya dari saat dia keluar ke dunia, sampailah umur 4 tahun waktu tu. Dah tentu berpisah dengan saya jadi perkara yang menakutkan untuknya.
Seumur hidupnya, hanya 3 kali kami berjauhan. Pertama kali berjauhan pun dipaksa oleh kakak ipar untuk kami suami isteri keluar berdating. Siap dapat tiket konsert, tapi balik awal sebab hati tak tenang. 😂
1 kali lagi kerana saya sakit dan terpaksa ke hospital dan 1 kali waktu saya nak bersalinkan Aqlan.
Ohoi, waktu nak siapkan dia ke sekolah, bergelut kami laki bini nak pakaikan dia baju sekolah. Bila dapat sarung dan kami nak butangkan baju, Ammar menjerit,
“Jangan ikat leher Ammar! Jangan ikat leher Ammar!”
Cuba bayangkan kalau ada jiran dengar apa yang dijerit Ammar, agak-agak apa yang mereka fikirkan?
2 hari kemudian, kami dah melepasi stage Ammar dah ok pakai baju sekolah, kami lalui cabaran nak masukkan Ammar ke kereta pulak.
Allahu… macam orang gila masukkan dia dalam kereta, dia keluar balik. Kadang-kadang dah pujuk elok-elok, dia setuju. Tapi bila sampai depan sekolah, dipeluk erat mamanya sambil merayu, “Ammar takut mama takde.”
Ayat rayuan tu hampir-hampir buat saya putus asa. Mulalah datang rasa tak sanggup. Lalu saya mesej cikgu Ammar mohon bantuan ‘kaunseling’. Mujurlah cikgu Ammar sedia memberi sokongan penuh.
Sampai di depan sekolah, cikgu-cikgu menyambut dengan ceria. Wajah cikgu ceria. Tapi masing-masing bersiap sedia nak berperang dengan Ammar yang akan bergelut minta dilepas.
Seminggu saya menghantar Ammar ke sekolah, seminggu jugalah tudung saya senget-benget ditarik Ammar selepas serah dia ke tangan cikgunya. Agaknya bercalar-balar juga tangan cikgu bergelut dengan Ammar.
Minggu berganti minggu, Ammar mula seronok ke sekolah. Malah setiap kali nak menjemputnya, pasti dapat respon positif dari guru.
“Puan, tak sangka Ammar ni kelakar! Tadi dia cakap….”
“Puan, Ammar bagus, dia tolong teacher tadi.”
“Puan, Ammar dah hafal banyak surah ya?”
“Puan, Ammar ni very critical thinking.”
Lama juga Ammar nak serasi dengan sekolah, tapi bila dia mula serasi, cuti lama pun dia dah mula bertanya
“Bila nak sekolah? Lama Ammar tak jumpa teacher.”
Jadi, kalau ada di antara yang membaca ini menghadapi cabaran anak yang tak nak ke sekolah, bersabar dan jangan putus asa. Teruskan berkempen kepada anak dan ceritakan keseronokan-keseronokan yang akan diperolehinya bila berada di sekolah.
Doa sangat penting. Setiap malam, bacakan surah Al-Insyirah dan tiupkan di ubun-ubun anak. Mudah-mudahan lembut hatinya nak ke sekolah.
Alhamdulillah walaupun proses menyekolahkan anak saya tidak semudah orang lain, tapi pengakhirannya sangat manis. Sehinggakan waktu nak berpisah dengan guru-gurunya jadi momen yang pahit buat saya.
Melihat anak sendiri disayangi orang lain adalah satu anugerah yang sangat indah.
Melihat kepada tentatif program Ihtifal tempoh hari (Gambar 2) pun dah buat kami perasan tak sudah-sudah. Anak orang lain ada juga yang ‘perform’ solo, tapi tak adalah sampai nama ditulis 2 kali di atas tentatif.
Saya doakan sesiapa yang bakal lalui cabaran seperti saya juga akan mengakhiri cabaran ini dengan kemanisan juga, insya Allah.
Be strong parents!
p/s : Mohon alert juga sekiranya anak bermula gembira di sekolah tapi takut ke sekolah secara tiba-tiba. Takut-takut ada kes yang buat anak trauma.
Tiap orang pasti ada pengalaman tersendiri hantar anak-anak yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Memang huru hara tapi pastinya ia meninggalkan kenangan manis untuk dikenang kembali.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.