Homemade fishcake atau nugget ayam mungkin sudah terbiasa, apa kata kali ini mama cuba sediakan Fishcake Ala-Ala Korean Style pula untuk anak. Mana tahu selera anak bertambah.
Resipi ala Korea ini dihasilkan daripada isi ikan kerisi, udang dan juga sotong. Semuanya diadunkan sekali dan kemudiannya dibentukkan ikut kesukaan. Resipi ringkas tetapi sedap yang dikongsikan oleh Puan Rarra Sakura ini memang mantap. Bukan anak je suka, mama pun layan sekali.
Hari ni Mommyra nak buat makanan korean untuk twins. Twins ni pandai tau. Kelmarin mommyra penyek isi ikan goreng dengan nasi dan bulat-bulatkan. Punya la depa excited makan sampai habis sepinggan. Pastu soknya mommyra ulang balik sebab rasa cam eh mudahnya, bagi macam ni pun dah boleh makan banyak. Hahaha ok, jom main cipta-cipta.
Harini kita nak buat Fishcake. Jemu la yang biasa tu. Jom kita inovatif Fishcake ala-ala Korean style. Dijamin sedap dan twins pun makan banyak.
Ads
Korean Fishcake (Eomuk)
Isi ikan kaler putih (ikan kerisi)
Udang
Sotong
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
1/2 cawan nasi (lau ikut resepi asal takde nasi tapi saja tambah)
2 sudu besar tepung kentang@jagung pun boleh
1/2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3 sudu besar minyak dan lada sulah (semua bahan blend kering bagi betul-betul smooth)
Bahan mentah ni basuh elok-elok ye. Ikan kerisi ni manis tapi banyak tulang. Hati-hati ye semasa nak handle dan pilih isi takut ada tulang terikut. Nak guna banyak pun boleh lagi sedap. Terus blend bersama.
Ads
Macam biasa, boleh kepal atau bentukkan ikut sesuka hati.
Macam saya, saya tepekkan dulu adunan ke belakang sudip (seperti dalam gambar), kemudian lipat atau gulung memanjang guna sudu, terus je gorengkan dalam minyak yang panas (guna api sederhana). Versi dewasa boleh tambah gula dan garam ye. Sekali pandang macam bebola oden pulak bila macam ni.
Ads
Bila dah kekuningan boleh angkat dan toskan. Potong serong. Akan dapat fishcake yang sedap, lembut dan kenyal. Macam twins, dah pandai kunyah sebab gigi dah banyak.
Boleh juga buat bentuk bebola macam ni.
Bagi baby yang baru nak ada gigi, selepas potong fishcake boleh tumbuk-tumbuk dulu dengan lesung batu ke supaya ia lembut dan senang dikunyah. Sentiasa juga pantau anak semasa sedang makan. Takut risiko tercekik. Maklum la bila dah sedap, dia main sumbat banyak-banyak dalam mulut. Hehh la. Risau mommy tau.
Ok. Kalau nak jadi macam cucur, tambah je sayur-sayur. Goreng macam biasa. Mudahkan.
Selamat mencuba yee.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan ibu bila anak-anak di rumah dan masing-masing tengah nak membesar, selera makan tu makin bertambah. Kejap-kejap ‘lapar, nak makan’ tu biasa. Sedangkan baru lepas makan nasi.
Jadi nak memenuhi permintaan anak, kadang ibu pun buntu apa lagi menu yang menarik untuk disediakan.Kali ni boleh cuba resepi dari Cikgu Azlina iaitu apam vanila coklat.
Jom kita cuba pula buat apam vanila coklat yang tanpa menggunakan ovalate tapi jadi gebu gebas. Haa nak tahu macam mana buatnya, tengok resepi di bawah ini.
Resepi apam vanila coklat tanpa ovalate
Bahan-bahan:
Telur 5 biji
3/4 cawan gula pasir(100-120g)
Mix sampai gebu
1 sudu besar esen creamy vanila
5 sudu besar susu pekat manis
Masukkan ke dalam gaul sebati
Tambahkan 2 cawan tepung self rising dan gaul rata berselang seli dengan 1/4 air sprite atau 60ml macam tu ya.
Ok dah rata semua cantik, bahagi dua
Satu bahagian letak 2 sudu besar serbuk koko dan emolco coklat 1 sudu besar
Masukkan dalam loyang saiz 8. Kukus api besar 40 minit. Siap!
Mudah dan sedap sangat. Memang tak rugi cuba sebab cara buatnya pun taklah rumit. Jika kali pertama nak cuba buat pun, mesti akan jadi elok juga.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut je cornflakes pasti akan terbayang ia sesuai untuk dinikmati bersama susu atau makan dengan madu. Kali ni ada kelainan sikit kerana anda boleh buat cornflakes pedas yang ranggup.
Hanya masak dulu sambal manisnya biar betul-betul pekat barulah digaul. Boleh dijadikan kudapan anak-anak yang suka mengunyah.
Resipi yang dikongsikan oleh Umie Nurhayati ini boleh anda cuba dan betul-betul kena selera kerana cukup rasa manis, pedas dan ranggup.
Ada yang suka makan cornflakes pedas tak? Kalau yang belum pernah makan tu boleh try resepi ni, sedap!
Resepi Cornflakes Pedas Rangup
Bahan-bahan:
* 1 cawan cili kisar/serbuk cili
* 1/2 cawan gula perang (hakak kurangkan sikit)
* 5 tbsp madu
* sedikit garam (ikut selera masing-masing)
* 500gm cornflakes
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan masakkan cili kisar hingga betul-betul garing yer.
2. Masukkan gula perang, madu dan garam kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula cornflakes dan gaul rata.
4. Letakkan cornflakes tadi ke dalam dulang pembakar dan lerai-leraikannya supaya masak sekata bila dibakar.
5. Bakar selama 15-20 minit.
6. Bila dah sejuk nak letak kacang ke ikan bilis terpulang pada selera masing-masing.
7. Bolehlah di simpan ke dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba. Moga perkongsian ini menjadi asbab kebaikan untuk kita bersama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...