Homemade fishcake atau nugget ayam mungkin sudah terbiasa, apa kata kali ini mama cuba sediakan Fishcake Ala-Ala Korean Style pula untuk anak. Mana tahu selera anak bertambah.

Resipi ala Korea ini dihasilkan daripada isi ikan kerisi, udang dan juga sotong. Semuanya diadunkan sekali dan kemudiannya dibentukkan ikut kesukaan. Resipi ringkas tetapi sedap yang dikongsikan oleh Puan Rarra Sakura ini memang mantap. Bukan anak je suka, mama pun layan sekali.

Fishcake Ala-Ala Korean Style, Dijamin Sedap, Anak Confirm Makan Banyak!

Hari ni Mommyra nak buat makanan korean untuk twins. Twins ni pandai tau. Kelmarin mommyra penyek isi ikan goreng dengan nasi dan bulat-bulatkan. Punya la depa excited makan sampai habis sepinggan. Pastu soknya mommyra ulang balik sebab rasa cam eh mudahnya, bagi macam ni pun dah boleh makan banyak. Hahaha ok, jom main cipta-cipta.

Harini kita nak buat Fishcake. Jemu la yang biasa tu. Jom kita inovatif Fishcake ala-ala Korean style. Dijamin sedap dan twins pun makan banyak.

Fishcake Ala-Ala Korean Style, Dijamin Sedap, Anak Confirm Makan Banyak!

 

IKLAN

Korean Fishcake (Eomuk)
Isi ikan kaler putih (ikan kerisi)
Udang
Sotong

1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
1/2 cawan nasi (lau ikut resepi asal takde nasi tapi saja tambah)
2 sudu besar tepung kentang@jagung pun boleh
1/2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3 sudu besar minyak dan lada sulah (semua bahan blend kering bagi betul-betul smooth)

Fishcake Ala-Ala Korean Style, Dijamin Sedap, Anak Confirm Makan Banyak!

Bahan mentah ni basuh elok-elok ye. Ikan kerisi ni manis tapi banyak tulang. Hati-hati ye semasa nak handle dan pilih isi takut ada tulang terikut. Nak guna banyak pun boleh lagi sedap. Terus blend bersama.

IKLAN

 

Fishcake Ala-Ala Korean Style, Dijamin Sedap, Anak Confirm Makan Banyak!Macam biasa, boleh kepal atau bentukkan ikut sesuka hati.

Fishcake Ala-Ala Korean Style, Dijamin Sedap, Anak Confirm Makan Banyak! Fishcake Ala-Ala Korean Style, Dijamin Sedap, Anak Confirm Makan Banyak!

Macam saya, saya tepekkan dulu adunan ke belakang sudip (seperti dalam gambar), kemudian lipat atau gulung memanjang guna sudu, terus je gorengkan dalam minyak yang panas (guna api sederhana). Versi dewasa boleh tambah gula dan garam ye. Sekali pandang macam bebola oden pulak bila macam ni.

IKLAN

Fishcake Ala-Ala Korean Style, Dijamin Sedap, Anak Confirm Makan Banyak!

Bila dah kekuningan boleh angkat dan toskan. Potong serong. Akan dapat fishcake yang sedap, lembut dan kenyal. Macam twins, dah pandai kunyah sebab gigi dah banyak.

Fishcake Ala-Ala Korean Style, Dijamin Sedap, Anak Confirm Makan Banyak!
Boleh juga buat bentuk bebola macam ni.

Bagi baby yang baru nak ada gigi, selepas potong fishcake boleh tumbuk-tumbuk dulu dengan lesung batu ke supaya ia lembut dan senang dikunyah. Sentiasa juga pantau anak semasa sedang makan. Takut risiko tercekik. Maklum la bila dah sedap, dia main sumbat banyak-banyak dalam mulut. Hehh la. Risau mommy tau.

Fishcake Ala-Ala Korean Style, Dijamin Sedap, Anak Confirm Makan Banyak! Fishcake Ala-Ala Korean Style, Dijamin Sedap, Anak Confirm Makan Banyak!

Ok. Kalau nak jadi macam cucur, tambah je sayur-sayur. Goreng macam biasa. Mudahkan.

Selamat mencuba yee.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI