Bila dah terlalu banyak makan durian, rasa bosan pula kan? Apa kata anda simpan isi durian dan kemudian boleh dijadikan durian crepe?
Crepe ialah dessert pancake yang sangat nipis, dan diletak pelbagai jenis inti di dalamnya. Kalau nak cuba buat crepe jom ikuti resepi yang dikongsi ini.
Cuma guna tepung gandum je. Hasilnya sama macam yang org jual tu..lembut dan nipis👍
Resepi durian crepe/mille
Bahan-bahan:
2 cawan+satu sudu penuh tepung gandum
2 cawan santan/susu segar
2 cawan air
1 sudu gula
Pewarna makanan-kuning la cantik
3 biji telur gred A-kalau kecil tambah lagi 1
Garam
Setengah cawan minyak jagung/kelapa
Seulas durian/perisa durian
Ads
Cara penyediaan:
Kisar semua bahan lebih kurang 5 minit, tapis dan biarkan kira-kira 15 minit atau sehingga buih2 dah tiada. Panaskan kuali yang tak melekat,sapu minyak masak dengan tisu.
Tuang sesenduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kuali sampai dapat bentuk bulat.. Mesti buat nipis-nipis ye.. Kalau tak nanti tak jadi crepe..jadi lempeng durian.
Ads
Api mesti kecik.. Kalau api besar nanti crepe tu akan berlubang-lubang halus. Bahagian atas/yang tak kena api tu akan jadi bahagian kulit luar ye. Crepe ni tak perlu dibalikkan sewaktu masak diatas kuali.
Masak dalam 2 minit da cukup. Api wajib kecik,kalu boleh,masa bancuhan sentuh kuali,bunyi dia slowww je..klu bunyi kuat.. confirm tebal..hihi
Resepi inti:
Krim- yang non dairy
Isi Durian
Susu pekat manis
Gaulkan isi durian dengan susu, tiada sukatan, kalau suka manis boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati-akan jadi macam paste/jem. Pukul krim yang sejuk sampai gebu-kalau krim tak manis, boleh tambah gula icing. Sudukan atas crepe kemudian tambah isi durian. Bungkus macam nak buat popia..
Ads
Selalunya orang yang berniaga,dia akan masak durian tu dengan tepung kastard dan susu,ye la sebab durian mahal.. kalau nak letak isi saja,tak dapat untung pulak.. untuk makan sendiri boleh la pakai resepi ni.. memang terasa macam makan buah durian.. sedapppp lagi-lagi kalau sejuk.
Musim panas sekarang ni, bila makan sagu gula melaka pun sedap juga. Letak dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, memang terbaik. Bestnya sagu ni ibu boleh buat juadah minum petang atau pencuci mulut seisi keluarga.
Cuma yang menjadi masalahnya, ramai yang kurang arif untuk masak sagu dan mendapat biji yang cantik. Sebabnya sagu ni kalau tak dimasak betul-betul akan terasa mentah ditengah atau jika terlebih masak pula akan jadi bergumpal dan melekat. Nak makan pun jadi tak sedap.
Bagi anda yang tertanya cara nak buat sagu yang teksturnya cantik dan elok, tip yang dikongsikan oleh Waniy SH ini boleh anda cuba. Mesti suami dan anak suka.
1. Air dah mendidih baru masukkan sagu.
Air mesti banyak. Bila air betul-betul mendidih baru masukkan sagu
2. Masak sampai tiada warna putih sagu.
Dah tiada putih-putih tu maknanya sagu dah masak
3. Siram air.
Siram dengan air untuk kurangkan kanji sagu
4. Masukkan dalam air lepas siram.
Letak dalam bekas berisi air
5. Tapis. Letak pewarna.
Tapis masukkan dalam bekasLetak pewarna
6. Biar dalam 10 minit. Siram sekali lagi.
Siram sekali lagi dengan air tapis
7. Siap.
Masukkan dalam mangkuk dan bolehlah letakkan susu dan gula melaka
Alhamdulillah helok kejadian dia dan bolehlah dimakan dengan penuh nikmat❤️
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu kuih raya yang menjadi kegemaran ramai adalah tat nenas. Rasa lemak kulit tat dengan jem nenas yang masam-masam manis, buat tak cukup makan sebiji. Tat nenas ni ada macam-macam versi, jenis gulung atau yang ditekap dengan acuan dan jem diletakkan di sebelah atas.
Resipi yang dikongsikan oleh Raja Azura ini sangat menarik kerana rupa tat nenasnya lain sikit. Sejenis tat gulung tetapi yang menarik adalah hiasannya yang comel.
Sumber foto: Facebook Raja Azura
Ikuti perkongsian resipi ini.
RESIPI TAT NENAS MELARAM
Tat Nenas melaram nama di beri🌹 Guna 💯 buttercup buku 😋😋💕 Bau semerbak wangi 1 umah 😍😍
Sumber foto: Facebook Raja Azura
Bahan-bahan:
250grm butter 40grm gula aicing 40grm tepung jagung 1 biji kuning telur 1 sudu kecil esen vanilla 300grm tepung gandum Jem nenas secukupnye Sedikit pewarna hijau. Kuning telur untuk sapuaan Bunga hiasan
1. Campurkan butter, gula dan esen vanila. Gaul sebati dan masukkan kuning telur. 2. Masukkan tepung jagung Dan gaul hingga sebati masukkan tepung gandum sedikit2 hingga menjadi doh yg lembut. 3. Masukkan doh di dalam bekas kedap udara elak doh kering. 4. Asingkan sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau untuk hiasan. 5. Terap dan sapu kuning telur lilit dengan doh hijau dan hias dgn bunga. 6. Bakar 170c 30-32minit api atas bawah.
Sumber foto: Facebook Raja Azura
Selamat mencuba semua 😘💕
Sumber foto: Facebook Raja Azura
Kalau macam ni punya cantik, nak makan pun tak sampai hati. Resipi tat nenas ni tak jauh beza dengan yang lain, cuma hiasannya itu membuatkan ia lebih istimewa.
Bukan saja sesuai dibuat untuk sambutan Aidilfitri, tapi boleh juga dijadikan idea hantaran atau untuk diberikan kepada insan tersayang.
Sebut sahaja ayam goreng pasti anak-anak tak senang duduk. Selagi tak tersedia di atas meja hidangan, selagi itulah anak asyik bertanya kelaparan.
Resipi ayam goreng ala KFC dengan kriuk-kriuk rangup ini pasti buat anak makan berebut. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Hazlina Hassan ini. Memang mantap!
Sis nak hadiahkan resepi ayam goreng ala Kepci pada korang. Sis dapat pun dari kakak sis. Lepas ni boleh la korang cuba. Silap-silap tokey kepci nangis.
Bahan-bahan:
Ayam
Tepung bestari pedas -untuk anak ganti yang biasa
1 cawan tepung
2 cawan air
Lepas basuh ayam bersih-bersih, lumur dengan tepung bestari pedas ye korang. Pakailah sarung tangan plastik. Kalau untuk anak-anak boleh ganti dengan tepung bestari biasa je.
Lepas lumur, rendam dengan bancuhan tepung bestari pedas tu 1 cawan tepung, 2 cawan air. Biar 15 minit okei.
Lepas 15 min korang masukkan dalam tepung lagi. Gaul-gaulkan. Buat sampai dia jadi berkuping tuh haa.
Goreng ayam mesti tenggelam dalam minyak. Api sedang.
Tu rupa dia. Baru angkat. Korang jangan letak tepung banyak sangat sebab nanti tak berapa garing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!