Pelakon & penyanyi Fiza Abdul Halim akhirnya mengotakan janji mendedahkan wajah bayinya selepas tempoh berpantang. Bayi yang dinamakan Aleena cukup comel, netizen memuji kecomelan bayinya, putih gebu & mempunyai rambut yang lebat.
fizaabdhalim Kan mommy dah janji nak share pic2 saya lepas pantang… so hari ni mommy tunaikan… Nama saya Baby Aleena ????
Baby Aleena adalah anak daripada perkahwinan ketiga Fiza dengan juruterbang Aizat Al-Jefri Abdul Kudus. Daripada perkahwinan pertamanya, Fiza memiliki dua anak perempuan Ferra Aryana, 10, dan Feeya Adyrra, 9.
Para follower Fiza memuji kecomelan Aleena. Aleena yang kini berusia 2 bulan mula mempunyai peminat bila ada yang meminta Fiza untuk sentiasa update tentang bayi kecilnya itu.
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Saksikan Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara 27 November 2018 untuk mendapatkan info lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka botol susu yang selalu anak minum sebenarnya antara salah satu punca anak sakit? Oleh kerana penjagaan kebersihan botol susu yang tidak betul menjadikan tempat untuk kuman dan bakteria berkumpul lebih-lebih lagi di bahagian penutup botol dan puting botol susu.
Menurut Pegawai Perubatan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Redza Zainol, dek pengendalian yang tidak betul, botol susu boleh jadi penyebab anak-anak terkena muntah dan cirit-birit.
“Baru-baru ni jumpa seorang ibu muda. Dia baru dapat anak pertama. Anaknya ni dah berusia sebulan setengah, tapi dah kena masuk wad sebab muntah-muntah dan cirit birit.
“Selepas saya tanya itu dan ini, rupa-rupanya dia tak tahu cara kendalikan alatan menyusu dan cara menyimpan susu tepung yang betul.
“Paling saya terkejut, dia cuma ada dua botol susu sahaja. Mesti terkejar-kejar dia nak bersihkan dan sterilkan botol susu. Lagi-lagi waktu tengah malam,” kongsinya di Facebook.
Menurut Dr Redza, berikut antara tip jika anak gunakan botol untuk menyusu;
1. Cuci botol susu setiap kali digunakan dengan cecair pencuci botol yang khas. Tak boleh guna sabun pencuci pinggan.
2. Gunakan berus khas ketika mencuci supaya puting botol susu tak terkoyak bila dicuci. Puting yang terkoyak atau merekah berpotensi jadi sarang kuman membiak.
3. Wajib didihkan atau sterilkan botol susu sebelum digunakan.
4. Jangan beri anak minum susu yang dah disediakan melebihi tiga jam. Buatkan susu yang baru.
5. Gunakan berus khas untuk bersihkan botol dan puting botol susu. Span cuci pinggan tak mampu bersihkan kotoran di ruangan yang sempit.
6. Keringkan botol susu sebelum digunakan.
7. Sediakan minima tiga hingga empt botol susu di rumah supaya kita tak terkejar-kejar untuk mencuci dan sterilkan botol susu setiap kali anak menyusu.
8. Gantikan botol susu baru sekurang-kurangnya setiap tiga hingga enam bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, retak atau bocor.
Jadi, ibu-ibu jagalah kebersihan sebetulnya dalam kendalikan botol susu anak-anak bagi mengelakkan dijangkiti sebarang penyakit.
Semasa menyusukan bayi baru lahir, anda mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh menyebabkan anda stres dan kadangkala mengalami kemurungan. Sesetengah ibu bimbang jika hal ini akan mengurangkan penghasilan susu badan mereka. Namun, adakah benar stres boleh menjejaskan penghasilan susu ibu? Apa pendapat sains mengenai perkara ini?
Adakah stres mengurangkan susu badan saya?
Jawapannya adalah tidak. Stres tidak akan mengurangkan penghasilan susu badan atau sebagainya. Bagaimanapun, penghasilan susu badan anda pada sesetengah waktu akan berkurangan, contohnya seperti apabila anda bersalin secara pembedahan, atau bayi anda lahir pramatang. Pun begitu, susu badan anda masih mencukupi untuk bayi. Cuma, keadaan ini memerlukan masa dan usaha anda bagi melancarkan penyusuan susu ibu.
Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan stres?
Berikut terdapat beberapa cara untuk membantu anda relaks:
Pertama, cari tempat yang membuatkan anda rasa selesa untuk menyusukan bayi (atau memerah susu). Sebaik-baiknya, carilah tempat yang bebas daripada gangguan. Cuba untuk berehat semaksima mungkin sebelum menyusukan bayi atau memerah susu.
Semasa melakukan proses ini, anda boleh mendengar lagu kegemaran anda, menarik nafas dalam-dalam, berzikir, atau anda boleh meletakkan bauan yang menenangkan dan melakukan perkara yang anda sukai. Sebelum menyusukan bayi, anda boleh membongkokkan pinggang supaya payudara anda dalam keadaan tergantung, dan berada dalam posisi ini beberapa ketika. Ataupun, anda boleh menggerakkan bahu ke belakang dan ke hadapan bagi menggoncangkan payudara anda. Posisi sebegini amat membantu para ibu melegakan tekanan pada leher dan bahu, sekali gus membantu melancarkan penghasilan susu.
Di samping itu, cubalah untuk selalu bersama dengan bayi anda supaya kedua-dua anda dan bayi ‘berasa dekat’ dan berkongsi hubungan emosi. Jika anda tidak bersama dengan bayi (seperti ibu berkerjaya), anda boleh melihat gambar atau video si manja anda semasa memerah susu. Cara ini dapat membantu anda menghasilkan susu badan dengan lancar. Semasa menyusukan bayi pula, sesetengah ibu akan menghirup air bagi melegakan tekanan. Ini salah satu tindak balas lazim yang ibu sering lakukan semasa penyusuan.
Sesetengah ibu juga lebih gemar menyusukan bayi mereka semasa mereka mandi bersama. Cara ini dikatakan dapat membantu melegakan tekanan pada otot anda, sekali gus, merangsang aliran susu badan.
Kesimpulannya, stres tidak mempengaruhi penghasilan susu ibu, seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Walau bagaimanapun, pastikan anda sentiasa positif dan bebas-stres bagi mencipta persekitaran yang sihat untuk anda dan bayi. Jika anda berasa murung, cara terbaik adalah bercakap dengan ahli terapi atau doktor.
.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tempoh berpantang adalah tempoh yang sangat penting untuk si ibu berehat sepenuhnya selepas bertarung nyawa melahirkan si comel. Namun tak semua yang dapat berpantang ataupun berehat dengan baik.
Ada yang terpaksa ulang alik ke hospital menemani si kecil di wad akibat penyakit kuning atau penyakit lain yang mempunyai pelbagai komplikasi. Ada pula bayi yang jenis “High needs”, menangis lebih dari 3 jam sehari. Sudah tentu si ibu dan si bapa keletihan sepanjang hari semata untuk menjaga bayi.
Tak semua ibu bertuah dapat merasai waktu berpantang seperti ibu lain yang bertuah. Setiap ibu berbeza situasinya & berbeza perasaan (hormon). Ikuti perkongsian dari ibu ini.
Masa pantang
Pantang ni 1 tempoh yang ibu tak suka. Kalau orang tanya pantang vs sakit bersalin, ibu pilih sakit bersalin.
Sebab kalau sakit bersalin, yang tanggung sakitnya ibu sorang. Tapi kalau berpantang, sometimes I may hurt someone else. My husband, my parents, my child or other people.
Ada orang tanya, apa yang tak best masa pantang. Bukan tentang makannya. That’s fine with me. Ikan bakar, sayur. I can eat that everyday without any excuse.
Kalau pasal jalan2, i don’t even mind. Sebab ibu bukan kaki jalan. Kecuali kalau en suami pergi jalan luar dr terengganu/kelantan, YES! I DO MIND. #kakiikutsuami.
Tapi yang tak best masa pantang, mentally, physically and emotionally exhausted. Yang tak ramai yang faham. Lain orang lain kesannya.
Mula dari day 1 of confinement, non stop visiting to clinic for jaundice check up every morning, sometimes need to wait till afternoon. And jm visiting in the evening. Badan yang lemah tak cukup rehat, luka belum sembuh, tidur yang tak cukup. Terpaksa gagahkan diri berjalan ke sana ke mari. Bertungku dan mengurut ke laut. Lagi horror bila anak prolonged jaundice.
Orang melawat. Untuk saranan, dari hari 3-5 hari pertama bersalin adalah least favourable waktu untuk melawat. Give the mother time to heal, to rest. Lagi2 kalau ibu2 yang bersalin ceaser.
Anak tidur. Tak kira la masa pantang atau tak. Please, kalau baby tidur, biarkan dia tidur. That’s the only time yang ibu2 ada untuk rehat. Kita tak tahu kalau ibu2 ni dah berjaga sepanjang malam sebab anak meragam. Yang datang sekejap2 nak main dengan baby. Bila baby menangis, siapa yang kena jaga? Ibu dia jugak. So, please be more considerate.
Kerja. Nama pun maternity leave. Tapi ada jugak jenis orang yang tak faham. Call mesej tak kira masa. Kalau sekali dua takpe. Ni kalau berhari2 siap bagi tugas tambahan, nak jugak #^#&$*@¥@,@£#,@*@& #ytjt
Postpartum depression. I guess tak semua orang faham. It’s sort of medical condition. Mental health problem. Ia adalah penyakit. So, if you can’t help, at least try to understand. Don’t judge.
Ibu2 lepas bersalin tak semua sama. Perubahan hormon yang ada. Perubahan bentuk badan. Perubahan rutin harian. Masalah penyusuan. Anak meragam tanpa sebab.
They’re trying really hard to cope. They’re trying really hard to be a great mother. But sometimes, things may not be as easy as they want to. So they need support. Especially from their husband, and those around them.
So instead of judging, please ask. If you see something is wrong with the mother, don’t judge. Don’t comment. But ASK. And UNDERSTAND.
My pantang’s period is almost over. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas perlindungan. Mohon maaf suami, ma, abah kalau ada kesilapan yang dilakukan. And last but not least, my sweetheart. Ammar Danial, I may hurt you a lot during this period. I’m really sorry. I may not be a good mother, but seriously I try really hard to be a better one.
#NAD
#ibusayanganak2ibu
#motherof2
#pantang
#hatethisperiod
#reallytough
#motherhoodjourney
.
Kredit : Nur Fakriah Ramli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa masih tak tahu sebenarnya anak-anak di bawah umur 17 tahun boleh menikmati tambang KTM Komuter secara percuma menerusi program Kad RailLife.