Siapa sangka botol susu yang selalu anak minum sebenarnya antara salah satu punca anak sakit? Oleh kerana penjagaan kebersihan botol susu yang tidak betul menjadikan tempat untuk kuman dan bakteria berkumpul lebih-lebih lagi di bahagian penutup botol dan puting botol susu.
Menurut Pegawai Perubatan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Redza Zainol, dek pengendalian yang tidak betul, botol susu boleh jadi penyebab anak-anak terkena muntah dan cirit-birit.
“Baru-baru ni jumpa seorang ibu muda. Dia baru dapat anak pertama. Anaknya ni dah berusia sebulan setengah, tapi dah kena masuk wad sebab muntah-muntah dan cirit birit.
“Selepas saya tanya itu dan ini, rupa-rupanya dia tak tahu cara kendalikan alatan menyusu dan cara menyimpan susu tepung yang betul.
“Paling saya terkejut, dia cuma ada dua botol susu sahaja. Mesti terkejar-kejar dia nak bersihkan dan sterilkan botol susu. Lagi-lagi waktu tengah malam,” kongsinya di Facebook.
Menurut Dr Redza, berikut antara tip jika anak gunakan botol untuk menyusu;
1. Cuci botol susu setiap kali digunakan dengan cecair pencuci botol yang khas. Tak boleh guna sabun pencuci pinggan.
2. Gunakan berus khas ketika mencuci supaya puting botol susu tak terkoyak bila dicuci. Puting yang terkoyak atau merekah berpotensi jadi sarang kuman membiak.
3. Wajib didihkan atau sterilkan botol susu sebelum digunakan.
Ads
4. Jangan beri anak minum susu yang dah disediakan melebihi tiga jam. Buatkan susu yang baru.
5. Gunakan berus khas untuk bersihkan botol dan puting botol susu. Span cuci pinggan tak mampu bersihkan kotoran di ruangan yang sempit.
6. Keringkan botol susu sebelum digunakan.
7. Sediakan minima tiga hingga empt botol susu di rumah supaya kita tak terkejar-kejar untuk mencuci dan sterilkan botol susu setiap kali anak menyusu.
8. Gantikan botol susu baru sekurang-kurangnya setiap tiga hingga enam bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, retak atau bocor.
Ads
Jadi, ibu-ibu jagalah kebersihan sebetulnya dalam kendalikan botol susu anak-anak bagi mengelakkan dijangkiti sebarang penyakit.
Eh, dah pukul 1 petang, sudah waktu penyusuan tetapi si comel masih tidur. Hmmm… perlu ke bangunkan bayi untuk menyusu atau tunggu sehingga dia bangun sendiri sahaja? Ini ada cara bangunkan bayi untuk menyusu yang boleh ibu cuba – semoga berjaya!
Waktu penyusuan
Bayi yang baru lahir perlu menyusu setiap 2 hingga 3 jam, tetapi kalau dia sedang melelapkan mata, adakah masih perlu untuk bangunkan si manja?
Tidak sampai hati pula untuk mengganggu si comel sedang nyenyak tidur. Itu adalah 1 situasi biasa yang dialami oleh mana-mana ibu dan kami benar-benar memahami keadaan tersebut.
Lagipun, pastinya si kecil nampak comel ketika sedang tidur, bukan?
Tetapi waktu penyusuan adalah penting terutamanya untuk perkembangan kesihatan si manja serta bagi memastikan bekalan susu berada pada tahap terbaik.
Cara bangunkan bayi untuk menyusu – Adakah perlu?
Patut ataupun tidak seorang ibu bangunkan bayi untuk menyusu adalah bergantung kepada:
Adalah sesuatu yang normal untuk bayi yang baru dilahirkan kehilangan berat pada beberapa hari pertama selepas kelahirannya.
Namun, sehingga bayi anda mendapatkan semula beratnya yang hilang – anggaran dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas lahir – adalah mustahak untuk ibu menyusukannya secara kerap.
Ini bermakna anda perlu mengejutkan si manja untuk penyusuan, lebih-lebih lagi jika bayi tidur nyenyak hingga lebih daripada 4 jam.
Sebaik sahaja bayi mendapatkan pola berat badan yang sepatutnya, anda boleh mengubah waktu penyusuan sehingga si kecil terjaga dari tidurnya.
4 alasan bangunkan bayi untuk menyusu
American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan untuk mengejutkan bayi jika mereka tidur berterusan sehingga lebih daripada 4 jam pada 2 minggu pertama.
Ini kerana kebanyakan bayi yang baru lahir perlu menyusu antara 8 hingga 12 kali sehari. Lebih kurang, sekali penyusuan bagi setiap 2-3 jam.
Mungkin anda masih rasa bersalah untuk mengejutkan si kecil yang sedang lena, namun berikut adalah sebabnya:
Perut bayi cepat kosong
Fakta mengatakan bayi akan mencerna susu ibu dengan cepat dan mudah, malahan lebih cepat berbanding pencernaan susu formula.
Proses pencernaan yang cepat, ditambah dengan saiz perut bayi yang kecil – saiz perut bayi hanya lebih besar sedikit daripada bola ping-pong pada usia 2 minggu – maka keperluan fisiologinya perlu dipenuhi setiap 2-3 jam.
Manakala bayi yang diberikan susu formula, waktu penyusuan pula adalah lebih kurang antara 3-4 jam pada bulan pertama.
Ini kerana susu formula memerlukan waktu lebih lama untuk dicerna.
Perlu tambahkan berat badan
Tidak mendapat makanan yang mencukupi boleh memperlahankan proses pertambahan berat bayi.
Bayi baru lahir biasanya hilang antara 5-10% berat selepas kelahiran, bergantung kepada kaedah bersalin.
Mereka memerlukan tempoh beberapa minggu pertama untuk mendapatkan kembali kehilangan berat tersebut.
Tidak mendapat makanan yang mencukupi juga cenderung menyebabkan masalah komplikasi berkaitan jaundis (demam kuning) dan tekanan darah rendah.
Bekalan susu
Jika anda menyusu badan, penyusuan yang kerap dapat membantu menambah dan mengekalkan tahap bekalan susu badan.
Sekiranya anda kurang menyusukan bayi, ia boleh mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu.
Tanda kelaparan
Bayi biasanya akan mengeluarkan isyarat kelaparan seperti memegang bibir atau menghisap jari.
Namun, apabila mereka benar-benar lapar, tangisanlah isyarat paling nyata. Dan, jika ia berlaku anda mengalami sedikit kesukaran untuk menenangkan bayi yang menangis.
Jadi perhatikan sebarang signal tanda lapar yang mungkin diberikan si manja bagi memudahkan proses penyusuan.
Tetapi bagaimana untuk bangunkan si manja yang sedang tidur tanpa membuatkan mereka terkejut dan menangis?
Cara bangunkan bayi untuk menyusu
Untuk bangunkan si manja yang sedang lena bukanlah 1 perkara mudah.
Berikut dikongsikan 7 cara yang boleh ibu cuba untuk bangunkan si manja:
Sentuh si manja
Bangunkan si kecil dengan sentuhan lembut. Caranya adalah dengan menyentuh tapak kakinya. Anda juga boleh berikan sentuhan lembut pada tangan, kaki dan belakang badannya.
Bercakap dengan bayi
Cuba untuk ‘berbual’ dengan si manja yang sedang tidur. Mendengar suara anda mungkin cukup untuk membuatkan mereka terjaga.
Alihkan selimut
Jika bayi kelihatan selesa dengan selimut yang membaluti tubuhnya, cuba alihkan selimut tersebut.
Tetapi ingat, bayi boleh kehilangan suhu badan dengan cepat, jadi jangan biarkan bayi terdedah kepada cuaca sejuk untuk tempoh yang lama.
Cara bangunkan bayi untuk menyusu: Tukar lampin
Pergerakan yang berlaku di sekitarnya dan perasaan apabila lampin ditukar cukup bagi bangunkan bayi untuk menyusu.
Pastikan anda sudah bersedia untuk proses penyusuan badan selepas itu.
Gunakan kain basah
Aik, masih tidak bangun lagi? Mungkin anda boleh cuba lapkan kain basah (suam) pada muka si kecil.
Sendawakan bayi
Tepuk dan gosokkan perlahan-lahan bahagian belakang bayi untuk membuatkan dia terjaga.
Sendawa juga dapat menyingkirkan udara yang terperangkap dalam perut si kecil dan boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa.
Dekatkan bayi kepada payudara
Seandainya tip di atas masih tidak berjaya, cuba kaedah ini sebagai cara bangunkan bayi untuk menyusu.
Rooting reflex (refleks menghisap) yang ada dalam bayi akan membuatkannya tetap menyusu walaupun sedang tidur.
Anda juga boleh menitiskan beberapa titisan susu pada mulut si manja. Bau dan rasa susu mungkin akan membantu mereka menyusu.
Waktu penyusuan penting
Walaupun anda berasa kasihan perlu bangunkan bayi untuk menyusu, tetapi ia adalah 1 proses penting dalam tumbesaran si manja.
Jadi walau senyenyak mana bayi anda sedang lena, bangunkan dia untuk penyusuan. Sebaiknya ikutilah waktu penyusuan disarankan demi perkembangan bayi yang sihat.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Ibu akan terus menyayangi anak-anaknya selagi hayat dikandung badan. Kisah ibu ini benar-benar mengusik perasaan tatkala mengetahui anak istimewa sejak dari dalam kandungan lagi.
Bertuahnya Nur Dalila Sofea ini mempunyai ibu penyayang. NoorSuehana Adnan, ibu 3 orang cahaya mata diuji tatkala kandungan ketiganya mencecah 7 bulan.
Apabila ditanya apa perasaan apabila diberitahu anak dalam kandungan mengalami kelainan selepas melakukan imbasan, ibu ini mengakui bukan mudah untuk menerima kenyataan.
SCAN MASA 7 BULAN, DOKTOR KATA ANAK ADA PENYAKIT
“Semasa scan doktor beritahu anak dalam kandungan mengalami penyakit hidraencephaly, saya rasa sangat sedih. Boleh dikatakan saya hanya termenung sampaikan tidak lalu untuk menjamah makanan kerana memikirkannya.
“Selama ini saya tak boleh melihat anak-anak yang sakit, saya akan rasa sedih. Tapi bila ia berlaku kepada anak sendiri, apabila diri sendiri diuji, baru saya faham perasaan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang begini.” kata Noorsuehana.
MULA-MULA INGATKAN HIDROCEPHALUS
Ibu ini juga turut berkongsi pada mulanya doktor mengesyaki bayi dalam kandungan mengalami penyakit hidrocephalus. Namun selepas melakukan MRI dan CT SCAN doktor mengesahkn Dalila mengalami penyakit hidraencephaly iaitu masalah terlebih air dalam kepala dan sel otak yang sedikit.
DALILA PEMINAT SUSU IBU
Kata ibu ini, Nur Dalila Sofea anak yang sangat baik. Dia adalah peminat susu ibu, dan enggan meminum susu formula walau pun sudah banyak kali cuba diberikan. Apa yang merunsingkan ibu ini, Dalila yang berusia 4 bulan kini hanya seberat 4.8kg.
PASANG ALAT KELUARKAN AIR BERLEBIHAN
Terkini Dalila baru sahaja menjalani pembedahan memasang VP shunt yang berfungsi mengeluarkan air yang berlebihan dari dalam kepalanya.
“Dalila baru lepas menjalani pembedahan pasang vp shunt di kepala pada 9 April lalu. Doakn Dalila akan terus kuat & sihat. Apa yang saya amat harapkan ialah alat vp shunt ini boleh berfungsi dengan elok sehingga ke akhir hayat,” kata Noorsuehana. Buat masa ini Dalila masih dalam pemantaun temujanji dengan pakar neuro setiap bulan untuk melihat shunt yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dapat tahu diri hamil, pastinya perkara pertama yang diharapkan oleh ibu adalah anak yang dilahirkan nanti sihat dan sempurna serta proses kelahiran juga berjalan lancar. Tak kisah anak pertama, kedua, ketiga atau yang ke berapa sekalipun.
Cuma jika Allah takdirkan kita dipilih untuk menjadi ibu bapa pada anak syurga, terimalah dengan hati yang reda walaupun ujian itu agak berat untuk dilalui.
Seperti kisah Puan Nur Haslina Ahmad yang berkongsi kisah anak syurganya dilahirkan ketika usia 35 minggu selepas doktor sahkan “Syndrome Edward”. Dalam 5000 bayi, seorang akan mengalaminya.
Ina ada anak syurga. Siapa ada anak syurga dekat sini. Jom sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.
4 Mac: Check up Doc, Doc hairan kenapa berat naik 2kg setiap kali chek up.
8 Mac: Minum air gula kali ketiga, risau ada kencing manis, result keluaq normal. Dalam masa yang sama masa scan nampak Air Ketuban banyak. Doc suruh refer pakar.
10 Mac: Refer Pakar 1 Seberang Jaya. Doctor pakar suruh refer Pakar 2 pulak untuk details scan.
11 Mac: Refer Pakar 2 untuk Scan Details di kala kandungan 33weeks, semuanya terbongkar kenapa air ketuban ina terlebih dan banyak macam air laut.
Perut Ina dah macam Preggy anak kembar. Dalam Hati istighfar banyak2 moga takdak yang buruk berlaku. Tapi sebaliknya. Anak Ina doktor Pakar suspect “SYNDROME EDWARD”.
“Puan, anak puan jantung berlubang, kepala penuh air dekat belakang, neurobelum otak tak okay, perut anak puan kecik sebulan Sebab tu perut puan penuh air. Baby setiap 40 minit akan kitar semula minum air kencing Tapi anak puan tak then salur darah anak puan tak pergi ke sebelah kiri. Dalaman tak ok, luaran semua normal”
“Dannnn peluang untuk anak puan HIDUP SANGAT TIPIS. Kalau hidup pon mungkin 2,3 jam atau pon 2,3 hari. Paling lama seminggu”
Syndrome Edward ni berlaku dekat 1 daripada 5000 babies dalam dunia. Dan Puan terpilih oleh Allah untuk hadapi ujian ini.
Lepas dengar ni ibarat peluru berpandu tembak ke dada dan gegendang telinga ina. Terus peluk suami dan pegang erat tangan beliau.
“Allahu anak aku”..Dalam hati terus berkata “Ya Allah Aku Redha dengan ketentuanMu”
12 Mac: Ina bayar sejumlah wang untuk ambik sample air ketuban. Ina nak hitam putih for my third baby, Sebab Doc dan ina Kalau boleh tak nak czer. Lepas dah ambil Kena tunggu result 7 hari bekerja.
19 Mac: Result keluar mengatakan anak Ina sah memang ada syndrome Edward. Allahu masa tu p peluk mak mertua sambil menitiskan air mata.
26 Mac: Pergi hospital untuk ambik result rasmi. Malam tu Ina pon tergerak hati complete kan setiap barang. Pukul 11 lebih pecah air ketuban.
27 Mac: Pukul 6-7 pagi contraction semakin teruk. Cucuk ubat tahan sakit pon tak jadi apa.
Pukul 8.15 macam tu masuk labour room.
Pukul 8.45 Ina lahirkan baby.
Pukul 8.46 baby Ina meninggal. Hidup tak sampai satu minit di dunia.
Lahir pada usia kandungan 35weeks 4hari tanpa teriakan. Doktor terus letakkan atas dada untuk peluk dan cium buat kali terakhir.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk anak syurga Ina. Al-Fatihah buat Muhammad Harith Hanzalah Bin Azri Juzaili.
**Teringin nak dapatkan barangan bayi pada harga promosi, klik linkdi sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!