Sebut sahaja nama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, pasti figura ini sentiasa membuatkan kita kagum dengan cara didikannya pada anak-anaknya. Baik Dr Sheikh Muszaphar mahupun isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos, masing-masing punya cara sendiri dalam mendidik anak.
Terbaru menerusi instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi sebuah video yang menunjukkan cara beliau merangsang bayi kembarnya dengan menggunakan Flashcards atau kad imbas.
Sama seperti yang dilakukannya kepada kesemua anaknya, bapa penyayang ini juga turut melakukan hal yang sama kepada pasangan kembarnya, Eusof dan Emelia di usia mereka ini yang sudah pun berusia dua bulan.
Menariknya, Dr Sheikh Muszaphar juga turut berkongsi beberapa tip dan cara untuk merangsang bayi menggunakan kad imbas itu. Katanya ada waktu dan jarak yang bersesuaian untuk mereka.
“Waktu terbaik untuk tunjukkan Flashcards adalah lepas makan, bila baby betul-betul selesa. Boleh nampak dalam mata mereka betul-betul fokus dan rasa ingin tahu.
” Jarak paling terbaik pula adalah 18 inci dari baby. Saiz pula guna yang bersaiz besar, 12 x 12 adalah yang paling sesuai dan idea.
” Tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu perlahan,” kongsinya menerusi video pendek itu.
Ads
Seronok melihat aksi Emelia dan Eusoff yang begitu kusyuk melihat dan mendengar setiap yang diperkatakan oleh bapanya. Bukan hanya memperlihatkan kad imbas abc bahkan Dr Sheikh juga turut membiasakan dengan nombor serta beberapa benda kepada mereka.
Malah kata bapa kepada enam orang cahaya mata ini lagi, merangsang anak melalui kad imbas tidak memerlukan masa yang lama sebaliknya ia perlu dilakukan dengan kerap.
” Paling lama hanya 1 hingga 2 minit sahaja dan buatlah kerap, tiga kali setiap hari.
” Setiap kategori pula tunjukkan pada anak sekurang-kurangnya lima hari. Paling penting perlu sebut dengan jelas dan kuat supaya anak mendengar dengan baik,” kongsinya lagi.
Ads
Pun begitu kata Dr Sheikh Muszaphar lagi, ia bukanlah sebagai ujian buat bayi kita tetapi sebagai satu usaha untuk meninggalkan kesan kepada ingatan mereka.
“Jangan uji anak anda – ideanya adalah untuk meninggalkan kesan ke dalam ingatan mereka,” pesannya lagi.
Video yang dikongsikan olehnya itu ternyata mendapat reaksi dari seluruh pengikutnya. Tidak kurang juga yang terhibur melihat aksi Eusof dan Emelia yang cukup fokus mendengar dan melihat setiap kad.
Ads
Semoga Eusof dan Emelia terus membesar dengan sihat dan bijak seperti kakak dan abang-abangnya.
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina Mohd Yunos mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan bahagia ini, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drsheikhmsuzaphar & @drhalina
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak perlu berbeza mengikut usia. Bagi Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, dia punya cara sendiri mendidik anak sulungnya.
Apa yang menarik, Dr Sheikh bijak mendekati anak sulungnya yang kini menginjak remaja dengan menjadikannya sebagai kawan dalam berbicara.
Terbaru, menerusi Instagramnya, bersempena sambutan hari lahir ke 11 Bella, Dr Sheikh turut memuat naik video pendek perbualannya bersama anak kecil itu bersama-sama.
Namun paling menarik pastinya gaya didikan Dr Sheikh Muszaphar yang begitu bersahaja bertanyakan tentang boyfriend anaknya. Simple dan bersahaja dalam cubaannya mengorek rahsia anak kecilnya itu.
Perkongsian itu sudah pastinya menarik perhatian ramai malah memuji cara didikan beliau.
“Do you have boyfriend or not?,” tanyanya ringkas pada Bella.
Dengan tersipu-sipu malu, Bella cepat-cepat menggelengkan kepalanya tanda tidak punya kawan rapat lelaki seperti yang disoal bapanya.
Nampak keakraban dua beranak ini dalam berbicara. Kata Dr Sheikh lagi, dengan Bella dia punya caranya sendiri malah melebihkan kepada menjadi kawan setiap masa berbanding adik-adik yang lain.
“Dengan Bella, saya ubah pendekatan saya untuk membesarkan Bella. Lebih kepada menjadi kawannya, dengar setiap kata-katanya, faham emosinya dan sentiasa berada di sana pada masa yang diperlukan.
“Sentiasa beri semangat kepadanya dari jauh. Peranan ayah akan menjadi lebih kecil. Lebih kepada BFF dia,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga turut menitipkan ucapan paling manis buat Bella. Katanya kelahiran Bella 11 tahun yang lalu memberi seribu makna dalam hidupnya. Malah banyak memberikan seribu ilmu dalam dunia keibubapaan.
“21 Julai adalah hari lahir Bella dan dia sekarang dah berumur 11 tahun. Betapa masa berlalu. Rasanya baru semalam dia baru dilahirkan. Ingatan masih kuat. Bayi yang cantik sungguh. 12 jam sakit bersalin, macam mana boleh lupa. Bayi besar seberat 3.6 kg.
“Sebagai anak sulung Bella menggalas tanggungjawab yang besar agar menjadi contoh untuk adik beradik yang lain.
“Dibelai, dimanja, di kerah, diperah untuk menjadi yang terbaik. Tak pernah merungut mahupun mengalah demi tuntutan duniawi dan akhirat. Alhamdulillah amat mudah didikannya. Seorang Anak yang baik dan mudah kata.
“Daddy loves you Bella. I learned so much from raising you. Ketabahan & keazaman kamu sentiasa melebihi jangkaan saya. Saya percaya kamu berada di jalan yang betul, jadi diri sendiri, jangan lupa diri dan apa yang kamu mampu lakukan segalanya kerana Allah dan kamu tak akan sesat. Insyaallah Amiin,” katanya lagi.
Video perbualan dua beranak itu pastinya mendapat perhatian dari pengikutnya malah ramai yang memuji cara Dr Sheikh Muszaphar.
Pelakon popular Fizo Omar yang sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak kedua daripada perkahwinannya dengan isteri Fazeera Nazri masih belum berkongsi jantina anak yang bakal lahir.
Pengacara rancangan Roda Panas di Astro ini berkongsi foto isterinya sedang menjalani ujian ultrasound pemeriksaan antenatal bulanan dengan kapsyen menyatakan tidak sabar hendak menanti kelahiran anak keduanya daripada perkahwinan kedua tersebut.
Counting days. Cant wait to see u
Peminat Main Teka-Teki Jantina Bayi
Nampaknya bukan sahaja Fizo dan isteri yang teruja menanti kelahiran anak mereka tetapi peminat-peminat turut sama teruja menantikan kelahiran bayi tersebut. Bahkan mereka turut berteka-teki jantina anak dalam kandungan Fazeera.
Fizo yang sebelum ini sudah pun mempunyai seorang anak perempuan, Wan Maryam, 5, hasil perkahwinan pertama dengan usahawan Mawar Karim pada tahun 2013. Pasangan ini bercerai pada tahun 2019.
Foto: Instagram Fizo Omar
Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Februari lalu, Fazeera mengumumkan dirinya sedang berbadan dua.
Nak banyak info tentang kehamilan dan persediaan bersalin, jangan lupa join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafi, kehidupan semasa PKP ini sangat meresahkan. Masakan tidak, seluruh rakyat Malaysia dikehendaki duduk diam-diam sahaja di rumah dan tidak dibenarkan keluar.
Hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar sebagai wakil untuk membeli barangan atau ubatan penting buat diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.
Ketika di luar, individu disaran menggunakan topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari individu lain.
Ketika perintah ini diumumkan dahulu, ramai netizen yang tak dapat menerimanya. Ada yang tak mematuhi arahan dengan berlegar-legar di luar rumah seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Ada yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau pergi melancong bersama ahli keluarga. Malah, ada juga yang masih berdegil menganjurkan pelbagai kenduri-kendara.
Lebih teruk, ada juga yang melakukan pembelian panik keperluan rumah sehingga mengakibatkan pasar raya menjadi lautan manusia! Kesannya, banyak keperluan seperti roti, beras, mi segera dan minyak masak yang habis stok.
Kehidupan selepas PKP berakhir, apa yang akan terjadi? Adakah anda dapat bayangkan kehidupan selepas PKP ini berakhir?
Adakah kehidupan akan kembali seperti sebelum ini? Hakikatnya, ia tidak mudah seperti yang kita sangka.
Dalam erti kata yang lebih mudah, tidak wujud istilah ‘business as usual’.
Jika hendak difikirkan secara logik, tiada jaminan yang mengatakan wabak COVID-19 akan hilang dengan sepenuhnya selepas tamat tempoh kedua PKP.
Jadi, tempoh ketiga, keempat, kelima dan seterusnya masih perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
Namun, sudah tentu kita juga sudah tidak lagi mahu berada di rumah hingga tiada pendapatan masuk.
Sampai bila kita perlu minta bantuan kerajaan?
Sesuatu perlu dilakukan untuk membolehkan kita hidup kembali normal selepas ini. Apakah yang perlu kita buat selepas wabak COVID-19 reda? Wabak COVID-19 sukar untuk ditamatkan “begitu sahaja”.
Namun, ia boleh reda dengan meratakan lekuk graf jangkitan. Antara usaha yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mematuhi PKP sehinggalah ia berakhir.
Namun selepas ia berakhir, kita masih tidak boleh kembali ke kehidupan normal. Contohnya, kita tidak boleh anjurkan kenduri-kendara, perhimpunan, persembahan atau pertunjukan yang memerlukan kehadiran ramai individu di suatu tempat.
Sebaliknya, kita masih perlu pakai topeng muka dan pengamalan jarak sosial ketika di luar rumah atau di tempat kerja.
Begitu juga dengan aspek kebersihan. Kita masih lagi perlu amalkan etika batuk dan bersin serta mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer untuk mengelak wabak ini berulang.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.