Pelakon Datin Fouziah Gous mendedahkan dia terpaksa menceraikan susu anak keduanya, Zaheen Yusof, 2, selepas payudaranya mula bernanah.
Menurut Fouziah apa yang berlaku ada hikmahnya kerana ia terjadi sebelum dia dan suami, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof berangkat ke tanah suci Makkah untuk mengerjakan umrah pada awal tahun ini.
“Saya menyusu penuh anak kedua saya sejak dia lahir namun saya terpaksa memberhentikannya selepas payudara saya didapati bernanah.
“Mungkin ia berlaku kerana anak saya menyusu dengan banyak dan agak kasar, biasalah anak lelaki.
Ads
“Tapi apa yang berlaku ada hikmahnya kerana ia terjadi sebelum kami sekeluarga mengerjakan umrah.
“Jadi ibadah saya di sana juga menjadi lebih mudah dan saya mula memberikan anak saya susu formula. Alhamdulilah ia dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.
Ads
Pengasas FG Walet itu ditemui selepas sambutan hari jadinya yang diadakan di Artelia, Bangsar Shopping Centre, beberapa hari lalu.
Fouziah berkahwin dengan Datuk Mohd Zhafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 4, dan Zaheen Yusof,2.
Turun berat badan selepas bersalin, ia jarang kedengaran. Lazimnya mama-mama akan naik berat badan lepas bersalin.
Menurut aktres cantik, Amyra Rosli ia terjadi tanpa disedari. Tapi bila sedar berat turun, dia terus mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kerana bimbang masalah kesihatan. Tapi ternyata keputusan pemeriksaan tidak menunjukkan sesuatu yang buruk kecuali tekanan darah yang agak rendah yang telah dihadapinya sebelum ini. Ia berlaku ketika bulan Ramadan lalu dan kini dia bersyukur kerana beratnya telah naik ke 43kg.
Amyra sempat memberitahu, yang ajaibnya, semasa mengandungkan Anaqi, tekanan darahnya menunjukkan bacaan yang baik, tidak rendah seperti sebelumnya. Beratnya sebelum bersalin pulas ialah 58kg.
Aqeef Anaqi, 10 bulan yang sedang aktif juga salah satu ‘pembakar kalori’ buat Amyra. Walau pun tinggal dengan dengan ibu bapanya, Amyra tidak pernah menyerahkan tugas menguruskan anak dan suami kepada orang lain. Semuanya dilakukan sendiri.
Malah setiap hari dia memastikan untuk memasak sendiri sajian makan tengah hari dan malam untuk Aqeef Anaqi dan menguruskan makan pakai suami Amar Baharin. Katanya ia adalah kepuasan bila boleh melakukannya sendiri.
Kini dengan berat badan 43kg, ibu muda ini akui faktor pemakanan juga salah satu sebab berat tidak naik mencanak. Dia yang gemar makanan berkuah, sup dan dimasak secara kukus. Amyra kurang gemar makanan yang bergoreng dan minuman manis.
Aktres 27 tahun ini juga mengamalkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ia juga salah satu sebab kenapa dia sentiasa tampak langsing walau pun sudah bergelar ibu. Senaman ringan di rumah juga dilakukan untuk menjaga kecergasan diri.
Amyra amat berterima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan Anaqi setiap kali dia perlu bekerja diluar. Anaqi juga memberikan kerjasama yang baik kerana tidak banyak meragam serta mudah diuruskan.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah pusat terapi kanak-kanak didakwa menggunakan kaedah terapi bedung kononnya untuk merawat anak yang mengalami masalah lambat bercakap, autisme, ADHD, kurang fokus dan gangguan perkembangan lain. Promosi terapi ini mencetuskan kekecohan besar dalam kalangan ibu bapa apabila ramai mendakwa kaedah itu kelihatan menyeksa anak kecil dan bukannya membantu mereka.
Menerusi video yang tersebar, seorang kanak-kanak dilihat meronta-ronta ketika dibedung secara paksa dalam sesi terapi bedung tersebut, sekali gus menimbulkan rasa marah dan simpati warganet. Ramai termasuk pakar perkembangan kanak-kanak tampil menegur tindakan itu sebagai tidak masuk akal dan tidak berasaskan sains.
Menurut seorang pakar terapi pediatrik yang tampil memberi penjelasan di Facebook, tidak pernah wujud sebarang istilah terapi bedung, terapi ikat, rawatan hormon atau urutan neuro untuk merawat autisme, ADHD atau kelewatan pertuturan. Semua dakwaan sebegini hanyalah taktik pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan atas keinginan ibu bapa membantu anak mereka.
“Dalam usaha kita mencari jalan untuk bantu anak, akan ada pihak yang cuba ambil kesempatan atas kelemahan dan harapan ibu bapa. Tak ada istilah terapi bedung, ikat atau urutan neuro untuk masalah perkembangan. Tolong jangan percaya program sebegini,” tegasnya.
Tambahnya lagi, kaedah membedung secara paksa bukan sahaja tidak membantu, malah boleh menyebabkan trauma, ketakutan melampau dan gangguan emosi kepada kanak-kanak. Anak-anak yang dilihat meronta bukan kerana degil, tetapi kerana mereka berasa sakit dan terancam.
Pakar turut menasihatkan agar ibu bapa lebih berhati-hati dalam memilih rawatan alternatif. Sebarang bentuk intervensi untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan perlulah dijalankan oleh pakar bertauliah dan berasaskan bukti saintifik — bukan melalui kaedah pelik yang tular di media sosial.
“Program terapi tidak bertauliah sebegini hanya akan memburukkan keadaan anak, membuat mereka hidup dalam ketakutan dan trauma,” ujarnya lagi.
Ibu bapa perlu ingat, setiap anak istimewa perlukan bimbingan yang lembut, penuh kasih sayang dan konsisten. Tiada rawatan segera atau ‘ajaib’ untuk perkembangan anak, sebaliknya yang paling penting ialah kesabaran dan sokongan berterusan daripada keluarga. Pendekatan positif jauh lebih berkesan daripada terapi bedung yang berisiko.
Anak tak sihat atau demam, ibu paling susah hati. Situasi ini turut dirasai Noor Nabila selepas kehadiran Jebat Jayden empat bulan lalu.
Menurut Nabila, baru tahu dan faham macam mana perasaan seorang ibu bila tengok anak tak sihat.
“Sebelum ada anak, mungkin kita tak boleh nak selami perasaan seorang ibu tapi bila dah ada zuriat sendiri automatik jiwa rasa sensitif. Ibaratnya kehadiran anak telah mengubah kehidupan seorang wanita.
Menerusi posting di instagramnya, Nabila menyatakan selepas Jebat disuntik dia demam tapi alhamdulillah tak menangis atau merengek.
Cuma Jebat lebih banyak diam kerana badannya lemahnya. Kalau boleh tukar tempat dengan anak, Nabila lebih sanggup. Inilah orang kata kasih seorang ibu tiada batasnya.. macam ni la ya mak kita rasa kan? luah Nabila.
MamaKerja 2026 dibuka pada Ogos 2026. Ibu bekerja di Selangor yang layak berpeluang menerima insentif RM1,000 secara sekali bayar. Semak syarat kelayakan, dokumen diperlukan dan cara memohon.