Kekeluargaan

Gabungan Sukan, Kesihatan & Edutainment di AKE Olympic with Adam & Ayra 2026, Janjikan Kelainan Istimewa!

Share

Al Kauthar Eduqids (AKE) kembali dengan penganjuran besar menerusi AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 yang akan berlangsung pada 17 Mei 2026 bertempat di Hall 2, Setia City Convention Centre, Setia Alam. Acara tahunan ini bukan sekadar hari sukan, tetapi sebuah platform pembinaan sahsiah dan budaya atletik dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah.

Tahun ini, AKE menyasarkan penyertaan seramai 12,000 pengunjung, meningkat berbanding 10,000 penyertaan pada tahun 2025 dengan lebih 5000 orang kanak-kanak yang bakal beraksi pada hari sukan tersebut. Peningkatan ini membuktikan kepercayaan ibu bapa serta komitmen AKE dalam memperluaskan impak positif terhadap perkembangan fizikal, mental dan emosi anak-anak sejak usia awal.

Mewakili kanak-kanak pra sekolah, Adam & Ayra bukan sekadar maskot bagi AKE, namun kedua-dua watak ini sebenarnya diperkenalkan bagi memupuk keberanian, rasa yakin diri, disiplin serta membina kemahiran sosial terbaik dalam kalangan murid tadika.

Konsep Olimpik Dalam Pembentukan Karakter Anak

Berinspirasikan semangat Olimpik, pelbagai aktiviti sukan telah dirangka mengikut konsep temasya tersebut bagi membina disiplin, kerjasama berpasukan dan semangat juang dalam diri kanak-kanak. Setiap checkpoint

direka sebagai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, sambil menggalakkan mereka aktif dan yakin diri.

Pendekatan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelbagai jenis sukan, malah menanam nilai seperti ketabahan, semangat kesukanan dan penghargaan terhadap usaha. Ia menjadi simbol bahawa setiap anak adalah atlet dalam perjalanan perkembangan diri mereka sendiri.

Perasmian Bertemakan Olimpik, Nantikan Kemeriahannya!

Menambah kelainan tahun ini, majlis perasmian AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 bakal dirasmikan oleh 20 orang pengusaha cawangan senior dengan kejutan bertemakan Olimpik. Upacara ini dijangka membawa elemen istimewa yang mengangkat lagi semangat kesukanan dalam kalangan peserta dan tetamu.

Selain itu, aktiviti pentas sepanjang acara akan dijayakan oleh Mimie Haris sebagai pengacara majlis. Kehadiran beliau bakal memastikan setiap pengisian pentas berlangsung dengan lancar, teratur dan penuh tenaga, sekali gus menambah kemeriahan suasana sepanjang hari sukan tersebut.

Rumah Sihat Adam & Ayra: Kesihatan Jadi Keutamaan

Istimewa tahun ini, selain checkpoint sukan, pengunjung turut berpeluang mengunjungi booth Rumah Sihat Adam & Ayra. Di sini, kanak-kanak boleh menjalani pemeriksaan gigi bersama Redha Dental, pemeriksaan mata oleh Avisena Specialist Hospital serta pemeriksaan kesihatan bersama Klinik Dr. Alyna.

Inisiatif ini memberi penekanan bahawa kesihatan adalah asas kepada prestasi dan perkembangan optimum kanak-kanak. Pendekatan menyeluruh ini menjadikan acara bukan sekadar hiburan, tetapi platform kesedaran kesihatan keluarga yang praktikal dan bermanfaat.

Pengisian Pentas yang Mendidik dan Menghiburkan

Selain aktiviti sukan dan kesihatan, pentas utama turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik seperti health talk bersama doktor gigi, pakar mata serta doktor selebriti, Dr. Nisa Khalil (Pakar Perunding Pediatrik). Perkongsian ini disampaikan secara santai dan mudah difahami untuk manfaat ibu bapa dan anak-anak.

Turut menceriakan suasana ialah persembahan roti canai terbang bersama adik Amsyar. Elemen hiburan ini bukan sahaja menghiburkan, malah menjadikan pengalaman acara lebih dekat dengan keluarga yang hadir serta mencipta memori yang sukar dilupakan.

Semangat Kesukanan dan Persembahan Penuh Tenaga

Bagi menghidupkan lagi tema kecergasan, Aliff Muhaimin dan tim turut dijemput membuat persembahan Muay Thai yang sarat dengan disiplin dan ketangkasan. Persembahan ini selari dengan konsep Olimpik yang menekankan kekuatan fizikal dan mental.

Tidak ketinggalan, dua sesi Zumba bersama Nas Adila Dance Crew akan turut memeriahkan acara, memberi peluang kepada kanak-kanak dan ibu bapa untuk bergerak aktif bersama dalam suasana yang ceria dan penuh semangat kekeluargaan.

Konsert Bintang Kecil X AKE Olympic with Adam & Ayra 2026, Pasti Meriah!

Sebagai kemuncak acara, Konsert Bintang Kecil X AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 menjanjikan persembahan penuh tenaga yang merangkumi nyanyian, persembahan bermain alat muzik, tarian serta pelbagai lagi bakat kreatif kanak-kanak dan penghibur jemputan. Konsert ini dirancang sebagai pentas meraikan bakat dan keyakinan diri dalam suasana yang meriah.

Penampilan istimewa dari salah seorang finalis Talk To My Manager musim pertama, Oddah, turut akan membuatkan suasana bertambah ceria dan penuh tenaga!

Konsert ini akan diacarakan oleh selebriti popular, Dazrin Kamarudin, yang bakal menghidupkan pentas dengan gaya pengacaraan yang dinamik dan mesra penonton. Gabungan hiburan berkualiti dan semangat kesukanan menjadikan keseluruhan acara lebih lengkap dan bermakna untuk seisi keluarga.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti liputan eksklusif daripada rakan media AKE Olympic with Adam & Ayra 2026, Pa&Ma, yang akan membawakan sorotan istimewa sepanjang hari sukan tersebut. Saksikan sendiri bagaimana ribuan kanak-kanak melangkah dengan semangat Olimpik yang membara.

Acara ini bukan sekadar program tahunan, tetapi satu usaha berterusan dalam membina generasi aktif, sihat dan berdaya saing sejak usia awal, selari dengan visi pendidikan holistik dan inklusif AKE.

 

Published by
Emy H