Ads

Biarpun Tak Ada Depan Mata, Kita Selalu Jadi Pelindung Insan Tersayang. Ini Cara Mudah Boleh Buat

Sejauh mana sebenarnya rasa kasih dan perhatian kita terhadap insan tersayang? Adakah cukup dengan kata-kata “jaga diri” setiap pagi, atau pelukan hangat sebelum tidur? Kita selalu fikir cinta itu ditunjukkan melalui masa dan perhatian.

Namun dalam diam, ada satu lagi bentuk kasih sayang yang jarang kita bicarakan. Jika benar kita sayang, apa yang kita sediakan untuk masa depan keluarga seandainya sesuatu berlaku kepada kita?

Soalan Yang Kita Selalu Elakkan
Pernah tak kita terfikir, seandainya kita ditakdirkan mendapat penyakit berjangkit yang membawa maut, atau kita pergi dahulu sebelum mereka… adakah mereka benar-benar bersedia terutamanya dari segi kewangan?

Biarpun Tak Ada Depan Mata, Kita Selalu Jadi Pelindung Insan Tersayang. Ini Cara Mudah Boleh Buat

Siapa yang akan menanggung perbelanjaan harian? Bagaimana dengan pendidikan anak-anak? Soalan ini berat, tapi hakikatnya ia adalah realiti yang tidak boleh kita lari. Kita mungkin mampu melindungi mereka hari ini, tetapi bagaimana dengan hari esok jika kita sudah tiada?

Perancangan Sebagai Bentuk Cinta Yang Paling Sunyi
Sebab itulah perancangan masa hadapan menjadi satu bentuk kasih sayang yang tidak terucap, tetapi paling bermakna. Ia bukan sekadar angka atau dokumen, tetapi satu janji bahawa mereka yang kita sayangi masih mampu meneruskan kehidupan walaupun kita tidak lagi menjadi pelindung. Merancang bukan bererti kita menjangka perkara buruk, tetapi kita memastikan mereka tidak terkapai-kapai apabila hidup diuji.

Perlindungan Yang Memahami Makna Keluarga
Di sinilah hadirnya pelan perlindungan keluarga seperti pelan FWD Life First. Pelan ini dibina dengan satu falsafah yang cukup sederhana tetapi mendalam. Jika sesuatu berlaku kepada kita, keluarga tidak sepatutnya menanggung beban kewangan.

Seandainya sesuatu berlaku kepada keluarga kita, kita juga tidak sepatutnya berasa tidak berdaya. Perlindungan ini bukan hanya untuk seorang individu, tetapi untuk seluruh keluarga yang bergantung antara satu sama lain.

Melindungi Lebih Daripada Seorang Individu
Berbeza dengan pelan tradisional yang fokus kepada individu, FWD Life First mengambil kira gambaran yang lebih luas. Ibu bapa, pasangan, anak-anak, dan tanggungjawab yang kita pikul setiap hari,  Sekurang-kurangnya inilah ‘hadiah’ tak ternilai yang boleh kita sediakan buat mereka.

Biarpun Tak Ada Depan Mata, Kita Selalu Jadi Pelindung Insan Tersayang. Ini Cara Mudah Boleh Buat

Sama ada berdepan penyakit, kemalangan atau hilang upaya penuh dan kekal, pelan ini memastikan keluarga anda dilindungi supaya kehidupan mereka boleh diteruskan walaupun kita tidak lagi mampu melakukannya.

Ads

Perlindungan Teras Menjadi Sandaran
Di teras pelan ini, perlindungan asas menyediakan 100 peratus jumlah dilindungi bersama nilai akaun dalam akaun simpanan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh akibat punca semula jadi. Ini membantu keluarga mengekalkan gaya hidup, meneruskan pendidikan anak-anak dan mengurus perbelanjaan harian tanpa perubahan drastik ketika emosi masih rapuh.

Pelan ini melindungi semua keperluan asas anda dan juga menyediakan manfaat pampasan yang pelbagai sehingga 500 peratus daripada jumlah dilindungi bagi kematian & hilang upaya penuh dan kekal (HUPK) disebabkan kemalangan di luar negara.

Selain itu, pelan ini juga memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap penyakit berjangkit bagi membantu meringkankan beban kewangan  anda sekiranya berlakunya sebarang kecemasan kesihatan ke atas diri anda.

Di samping itu, pelan ini turut menawarkan Perlindungan Ihsan Keluarga yang melindungi sehingga 6 orang ahli keluarga anda bagi kematian akibat kemalangan sehingga umur 100 tahun tanpa sebarang pengunderaitan.

Perlindungan Terhadap Penyakit Yang Biasa Dihadapi Rakyat Malaysia
Dalam cuaca tropika seperti Malaysia, risiko penyakit berjangkit sentiasa ada. Denggi, malaria, hepatitis viral dan lain-lain bukan sekadar berita di akhbar. Banyak keluarga pernah mengalami pengalaman kemasukan ke hospital yang berlaku tanpa diduga.

Melalui manfaat penyakit berjangkit, bayaran sekali sebanyak RM5,000 akan diberikan jika kemasukan hospital selama lima hari berturut-turut akibat penyakit berjangkit. Bantuan ini mungkin kelihatan kecil, tetapi ia mampu meringankan kos yang sering datang serentak seperti pengangkutan, penjagaan anak, kehilangan pendapatan atau keperluan perubatan tambahan.

Liputan Untuk Penyakit Bawaan Nyamuk
Salah satu keistimewaan lain untuk pelan ini adalah liputan bagi penyakit bawaan nyamuk seperti denggi, chikungunya, malaria, zika dan ensefalitis Jepun, pelan ini menyediakan perlindungan sehingga 200 peratus daripada jumlah dilindungi bersama nilai akaun dalam akaun simpanan tertakluk kepada had sehingga RM200,000. Dalam waktu yang paling sukar, sokongan kewangan ini menjadi ruang bernafas untuk keluarga yang sedang berdepan dengan kehilangan.

Ads

Biarpun Tak Ada Depan Mata, Kita Selalu Jadi Pelindung Insan Tersayang. Ini Cara Mudah Boleh Buat

Kemalangan Tidak Memilih Tempat
Kemalangan tidak hanya berlaku di jalan raya. Ia boleh terjadi di rumah, di tempat kerja atau ketika melancong di luar negara. FWD Life First menyediakan perlindungan berganda melalui manfaat indemniti berganda. Perlindungan meningkat sehingga 200 peratus bagi kematian atau hilang upayapenuh atau kekal (HUPK) akibat kemalangan, 300 peratus jika kemalangan berlaku di pengangkutan awam atau bangunan awam, dan sehingga 500 peratus jika kemalangan berlaku ketika berada di luar negara.

Bagi rakyat Malaysia yang mungkin sering melancong atas urusan kerja, ibadah atau percutian, perlindungan tambahan ini memberi ketenangan yang sukar digambarkan.

Kasih Sayang Yang Turut Melindungi Ahli Keluarga
Salah satu ciri yang menyentuh hati ialah manfaat penjagaan ihsan keluarga. Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan kepada ahli keluarga terdekat, bayaran sekaligus RM15,000 akan diberikan kepada ahli keluarga tersebut seperti ibu bapa, pasangan dan sehingga empat orang anak. Pelan ini membantu keluarga menguruskan urusan segera tanpa tekanan kewangan tambahan.

Lebih Daripada Wang, Sokongan Emosi Juga Penting
Kehilangan bukan sekadar angka. Ia datang bersama kesedihan dan kekeliruan. FWD Life First turut menyediakan sokongan kaunseling kesedihan hingga sepuluh sesi bagi membantu keluarga melalui proses pemulihan emosi.

Selain itu, khidmat nasihat undang-undang hingga tiga sesi turut disediakan untuk membantu urusan wasiat, pewarisan, penjagaan anak dan penyelesaian harta. Baik untuk pelanggan Muslim mahupun bukan Muslim, mereka turut akan menerima bayaran penuh sebanyak RM2000.  Ini bukan sekadar perlindungan kewangan, tetapi satu sentuhan kemanusiaan yang memahami keperluan sebenar keluarga.

Kasih Sayang Yang Dirancang, Bukan Sekadar Dirasai
Keluarga di Malaysia dibina atas kasih sayang, tanggungjawab dan keinginan untuk saling melindungi. Kehidupan sememangnya tidak dapat diramal. Namun dengan perlindungan yang tepat, keluarga tidak perlu berdepan ketidakpastian seorang diri. Merancang hari ini bukan kerana kita takut kehilangan, tetapi kerana kita mahu mereka terus kuat walaupun tanpa kita di sisi.

Ads

Bagi sebarang maklumat lanjut, jangan segan-segan untuk layari https://www.fwd.com.my/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

paksa bersalin

4 Kaedah Paksa Bersalin Bantu Percepatkan Proses Kelahiran, Ibu Perlu Bersedia!

Paksa bersalin dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses kelahiran apabila ibu masih belum mengalami kontraksi selepas cukup bulan. Ketahui 4 kaedah induce yang biasa dilakukan di hospital serta tip penting untuk ibu hamil.