Garlic Bread Kudapan Berkhasiat Untuk Elakkan Anak Makan Makanan Ringan

Share

Tak tahu nak cuba menu baru untuk anak, apa kata buat Garlic Bread Homemade untuk anak. Selain tiada apa-apa perasa tambahan semestinya ia sesuai untuk buat kudapan anak selain makan nasi atau bubur.

Roti ini pun boleh dicicah dengan sup cendawan dan pasti membuka selera si kecil anda. Nak cuba resipi yang dikongsikan Aya Zuki ikut langkah seperti di bawah:

Azkayra suka sangat! Banyak dia makan!

Btw bawang putih ni kan memang bagus. Antibacteria semulajadi kan. Kalau baby ada selesema elok buat garlic bread ni. Mesti dia makan banyakk sebab sedapp sgtt.

Hari tu Azkayra selesema aya buat ni esok tu terus elokk. Hilang selesema dia.

Bahan-bahan:

1) Roti gardenia (potong panjang2 mcm di atas ya)

2) Bawang putih 1 ulas je dah cukup

3) Parsley flakes

4) Unsalted butter

Cara-caranya:

Tumbuk bawang putih sampai lumat

Unsalted butter dah habis. So aya beli yg ni. Better beli unsalted butter ye

Tumis bawang putih dengan butter tadi

Tumis sampai mcm ni. Jangan sampai hangit pulakk

Campurkan tumisan bawang putih tadi dengan butter

 

Gaul sampai sekata

Letak sikit parsley flakes, jangan banyak sangat ye

Gaul sampai mcm ni

Sapu dekat rotii

Bakar dalam oven/ pemanggang ajaib. Siap!

Sumber: Aya Zuki

IKLAN