Nak ikut mama pergi kerja, itulah gelagat si comel Yusoff Al Qardawi. Telatahnya ini membuat mamanya rasa dilema untuk meninggalkannya ke pejabat.
Video Yusoff telah dimuatnaik Datin Sri Shahida ke Instagram. Pembantu beliau memujuk Yusoff dan cuba untuk mengambil Yusoff beberapa kali tetapi Yusoff menoleh ke arah mamanya. Ini menunjukkan ikatan yang sangat kuat antara Datin Sri Shahida & Yusoff yang kini berusia 4 bulan.
Video tersebut dimuatnaik dengan kapsyen berikut;
Ads
shahidadherbs dilema mak2 nak pergi kerja…dilema nanti rindu dengan si seketul sorang ni…….Korang mcm ni juga x ? . Yusoff pun dah pandai x nak ikut bibik…nak ikut mama pergi kerja lah tu???
Para netizen turut berkongsi pengalaman tentang situasi yang dialami mereka seakan-akan sama. Ada juga yang mengatakan ini adalah bukti betapa kuatnya bonding antara anak dan ibu yang menyusukan dengan susu ibu.
Anak aktif dan hyperaktif pun selalu disalah anggap. Memang ada perbezaan ketara kedua-duanya. Apakah perbezaannya? Ikuti rencangan TV Pa&Ma 30 Oktober 2018, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak boleh jadi cerdik, mengikut rangsangan yang diterimanya daripada orang sekeliling. Usia 18 bulan ke bawah adalah waktu kritikal pembentukan pemikiran. Sekiranya anak boleh mempercayai orang sekeliling, proses rangsangan jadi lebih mudah.
Perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Pakar Keibubapaan Positif, Parent Connect ini boleh ibu bapa lakukan kepada anak-anak dari lahir sehingga berusia 18 bulan.Ibu bapa, pengasuh, penjaga di taska mempunyai peranan sangat besar.
Fasa awal kehidupan seorang anak dari usia 0-1.5 tahun adalah fasa mewujudkan rasa percaya (trust) kepada dunia di sekeliling anak.
KENAPA RASA PERCAYA PENTING?
Apakah signifikasi RASA PERCAYA pada perkembangan pemikiran seorang anak?
Bayi dan anak kecil tidak boleh menjadi ‘pelajar’ (learner) yang kompeten dan tidak boleh menjadi seorang pemikir selagi mereka tidak merasa selamat (secure), disayangi dan dipedulikan (cared for) oleh orang dewasa yang dianggap istimewa oleh bayi dan kanak-kanak tersebut.
Orang dewasa yang istimewa ini perlulah benar-benar faham keperluan anak kecil tersebut dan tahu apakah yang cuba disampaikan melalui ekspresi wajah, gerak tubuh dan bunyi-bunyian yang dibuat oleh bayi atau anak kecil yang belum boleh bertutur dengan baik.
Disebabkan setiap bayi dan kanak-kanak adalah unik, hanya orang dewasa yang istimewa dan rapat dengan anak kecil ini sahaja yang benar-benar mengetahui setiap gerak geri bayi berdasarkan masa yang diluangkan, dan pemerhatian yang dibuat.
CARILAH PENJAGA YANG BOLEH RAPAT DENGAN ANAK
Adakalanya pengasuh lebih mengenali anak kecil berbanding ibubapa sendiri yang sentiasa sibuk. Carilah pengasuh, nurseri atau TASKA yang mempunyai key person atau individu istimewa ini jika anda ibubapa yang bekerja.
JANGAN SIA-SIAKAN MASA KETIKA ANAK KECIL
Bagi ibubapa di rumah, janganlah sia-siakan masa yang ada bersama anak kecil.
Pada usia awal ini, bukanlah bahan mainan yang menjadikan anak bijak, bukanlah program tv kanak-kanak yang ‘educational’ menjadikan anak bijak, bukanlah app yang menjadikan anak bijak, bukanlah vitamin minda yang menjadikan anak bijak, bukanlah jenama susu tertentu yang menjadikan anak bijak, bukanlah kad imbasan yang menjadikan anak bijak, bukanlah kelas atau aktiviti kanak-kanak berbayar yang menjadikan anak bijak, dan bukannya pelbagai produk di pasaran yang mengaku boleh menjadikan anak bijak yang menjadikan anak anda bijak.
Ia sebaliknya yang menjadi asas kepada perkembangan pemikiran anak kecil adalah perhubungan yang rapat atau ‘ATTACHMENT’ di antara orang dewasa yang istimewa dan juga anak kecil itu.
TIDAK MENJADI USAHA SELAGI TIADA SENTUHAN, BELAIAN & GURAUAN
Walaupun anda menghabiskan beribu-ribu ringgit sekalipun untuk membeli produk-produk ‘anak bijak’ di pasaran tetapi jika tidak ada sentuhan, belaian, dan gurauan dengan anak dan anak tidak merasakan bahawa dirinya penting bagi kita, maka perkembangan pemikiran anak tidak dapat berlaku dengan optimum.
PERKEMBANGAN OTAK MELIBATKAN EMOSI
Seperti yang saya tulis sebelum ini, perkembangan bahagian otak yang melibatkan emosi dan perasaan menjadi asas kepada perkembangan pemikiran. Apabila merasa percaya, selesa, selamat dan dipedulikan, anak kecil akan mula rancak meneroka persekitaran mereka yang akan membentuk pengalaman untuk mereka ‘fikirkan’.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Anda mengalami masalah anak lambat merangkak? Sebenarnya kemampuan bayi untuk merangkak biasanya bermula dalam lingkungan 6 hingga 10 bulan.
Merangkak adalah proses permulaan untuk memasuki fasa belajar berjalan sebelum ke peringkat seterusnya. Ibu bapa perlu tahu proses merangkak ni juga dapat kuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk bayi angkat beban dirinya.
Tetapi setiap bayi perkembangannya berbeza-beza juga. Ada yang tidak merangkak tapi terus berjalan. Jadi ibu janganlah bimbang ya.
Cara merangkak pun ada juga beza. Ada yang gunakan tangan dan kaki untuk merangkak. Ada yang merangkak secara bergesel dengan perut dan ada juga merangkak menggunakan punggung dan kaki.
Bagaimanapun, jika anak anda tidak dapat merangkak mungkin ada faktor menyebabkannya. Berikut adalah punca anak lambat merangkak :-
– Bayi anda mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
– Kekurangan nutrisi
– Kurang simulasi merangkak
– Gangguan keseimbangan
Bagi ibu bapa yang ingin merangsang anak merangkak boleh cuba beberapa cara ini:
Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
Sumber: anakibu.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sahaja menimang cahaya mata kembar kedua yang diberi nama Eusoff dan Emelia, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor memang sering berkongsi perkembangan bayinya kepada umum.
Seperti anak-anak beliau yang terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar turut melakukan kaedah TummyTime buat Eusoff yang kini sudah berusia 13 hari. Perkara itu dikongsi beliau menerusi posting terbarunya di Instagram.
Menurutnya ada banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan TummyTime sebaik dilahirkan. Aktiviti ini boleh menguatkan bahagian belakang dan juga leher bayi.
“Saya tidak boleh menekankan pentingnya Tummytime pada bayi.
“Ini menguatkan punggung dan anggota badan yang membolehkan mereka mula merangkak pada fasa lebih awal.
“Ia mengembangkan paru-paru ketika mereka menangis melakukan aktiviti tersebut,” tulisnya.
Tambahnya juga Eusoff mula melakukan TummyTime sebaik sahaja tali pusatnya tanggal. Melakukannya 3 kali sehari selama satu minit setiap kali. Menurut Dr Sheikh Muszaphar TummyTime dapat membantu perkembangan tumbesaran anak-anak.
“Saya bermula dengan Eusoff setelah tali pusat tertanggal. Saya melakukannya 3 kali sehari selama satu minit setiap kali.
“Ideanya di sini adalah untuk menjadikan bayi selesa berbaring di posisi rawan. Saya akan meningkatkan jangka masa hingga 3-5 minit seiring berjalannya waktu.
“Semakin awal kanak-kanak merangkak semakin baik.
“Semakin awal kanak-kanak berjalan lebih baik.
“Semakin awal kanak-kanak membaca semakin baik.
“Semakin awal kanak-kanak melakukan Matematik, semakin baik.
“Semua fasa ini akan mempercepat rangsangan otak dan memaksimumkan potensi sebenar pada anak anda pada tahun-tahun akan datang.
Jelasnya juga dia telah melihat hasil yang luar biasa pada anak-anaknya yang terdahulu dengan melakukan perkara yang sama dan mengharapkan anak mendapat kesan yang serupa untuk Eusoff dan Emelia.
“Saya telah melihat hasil yang luar biasa pada B, T, A & N dan saya mengharapkan E&E dengan kesan yang serupa. InsyaAllah, sekadar berkongsi,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, menurut Dr Sheikh Muszaphar juga dia akan membuat perkara yang sama kepada bayi kembar perempuannya Emelia setelah tali pusatnya tanggal seperti Eusoff.
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Dan kini Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti Am Tambahan Aidilfitri diumumkan oleh Perdana Menteri bagi memudahkan rakyat Malaysia merancang perjalanan pulang ke kampung dan menikmati sambutan Hari Raya dengan lebih tenang bersama keluarga.