Gembira Bertukar Sedih. Hamil 9 Bulan, Baru Tahu Dalam Kandungan Bukan Bayi

Share

Siapa sangka penantian seorang wanita ini selama sembilan bulan yang dianggapnya sebagai tempoh ‘kehamilan’ terjawab dengan berita yang tak disangka-sangka apabila doktor mengesahkan dia tidak mengandung sebaliknya ada objek lain dalam rahim.engan penuh teruja akhirnya membawa perkhabaran duka.

Perkhabaran sedih ini dikongsikan oleh seorang doktor yang membuat pemeriksaan ke atas pesakitnya yang ingin mengetahui bila tarikh dia akan bersalin nanti.

Menerusi aplikasi TikTok, doktor menjelaskan pesakitnya itu sangat menaruh harapan dirinya mengandung kerana ketika membuat pemeriksaan awal sebelum ni dengan kit kehamilan menunjukkan dia hamil.

Kongsi doktor itu lagi, wanita tersebut bertanyakan statusnya memandangkan dia berasakan sudah hamil selama sembilan bulan.

 

Bertindak mengikut prosedur kehamilan, doktor telah menjalankan sesi imbasan ultrasound dan ternyata hasilnya sangat mengejutkan apabila bukan bayi yang dikandung wanita itu sebaliknya ada 3 ketumbuhan berukuran besar dalam perut.

Melalui apa yang diterangkan oleh doktor itu lagi, wanita itu mengakui melakukan ujian kehamilan dan menunjukkan dia mengandung. Sehinggalah dari sehari ke sehari perutnya membesar seperti orang mengandung.

Namun kesilapannya sejak dia buat pemeriksaan sendiri kehamilan, dia langsung tidak mendapat rawatan susulan dengan doktor.

Nasihat doktor itu lagi, ujian kit kehamilan bukanlah tanda kepastian diri hamil walaupun ia positif. Jika betul positif jangan bertangguh untuk buat pemeriksaan lanjut dengan doktor agar boleh membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Sumber: TikTok @channamix.kapsul

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN