Anak kelima kepada pengacara dan pelakon, Sharifah Shahirah dan Ijoy Azhari, Adeena yang genap dua tahun 5 November lalu kini mula jadi perhatian peminat ibunya.
Aksi Adeena yang bersahaja dan pandai cakap sentiasa menghiburkan ahli keluarga. Rata-rata peminat ibunya menyatakan Adeena nampak cerdik dari usia kerana kepetahannya.
Daripada apa yang selalu dikongsikan Shiera di instagramnya, Adeena dilayan seperti seorang kawan dan Shiera sentiasa bercakap seolah-olah Adeena faham semuanya.
Malah menurut pakar pertuturan bahasa pun, nak bagi anak petah bercakap dan bijak, ibu bapa kena selalu main peranan dengan sentiasa merangsang daya pemikiran anak. Buat lah apa sahaja asalkan tak bercanggah dengan perkembangannya.
Daripada perkongsian Shiera sebelum ini pun, dia sentiasa menggalakkan anak-anaknya berani termasuk Adeena. Apa sahaja yang dilakukan, Shiera seboleh-bolehnya nak Adeena buat walaupun permulaan dia agak malu.
Ramai juga yang rasakan keleteh Adeena yang bersahaja dan penghibur keluarganya ibarat seperti Shiera junior.
Ads
Banyak mulut dan ada je idea spontan dari si kecil ini tak mustahillah bila besar nanti ada bakat macam ibunya. Kalau betul-betul di gilap bakat Adeena ini, memang ada potensi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak tak boleh duduk diam tu rezeki. Tu tandanya, otak dia sihat, fizikal dia sihat, emosi dia sihat, tumbesaran dia sihat, dalaman dan luaran dia sihat walafiat.
Yang buat dia jadi tak sihat bila kita suruh dia duduk diam-diam dan ikut arahan macam orang dewasa. Hah, itu bahaya!
Melalui perkongsian Influencer Parenting, Mohd Fhais, fitrah anak yang lasak dan gasak ni Learning Capacity mereka adalah dengan bergerak. Sel-sel otak dia orang berhubung bila dibenarkan bergerak bebas.
Otot kaki dan tangan dia jadi kuat dan kental dengan bergerak bebas. Malah emosi dia juga jadi terurus dan aman sentiasa bila dapat bergerak bebas.
Andai di kongkong dan di perintah-perintah ikut arahan maksudnya kita dah “bunuh” kebolehan belajar dan kemampuan untuk membesar anak dari dalaman.
Ayat mudah, kita “tak bersyukur” pada rezeki yang Allah dah beri pada kita. Lagipun, anak yang lasak dan gasak ni sebenarnya ada potensi jadi orang yang sangat hebat kemudian hari nanti.
Sebabnya sejak lahir lagi mereka dah ada Growth Mindset semulajadi. Ramai anak tak ada benda ni. Itu yang kita patut rasa bertuah sangat. Pandai kita corak, pandai la anak mengorak langkah jadi orang berjaya kelak.
Kredit: Mohd Fhais
Penat anak tak duduk diam, tapi lega bila nampak potensi besar anak-anak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di rumah dan di sekolah kita sering memberi penekanan pada perkembangan motor (pergerakan) kanak-kanak kerana perkembangan itu dapat dilihat dengan jelas dan nyata. Kita juga sering memberi penekanan kepada perkembangan pemikiran (kognitif) kanak-kanak terutamanya keupayaan untuk membaca, menulis dan matematik (akademik semata-mata).
Itu juga dapat dinilai dengan jelas dan nyata. Kita juga sering memberi penekanan kepada perkembangan bahasa dan komunikasi kerana keupayaan berbahasa dapat kita lihat dengan jelas dan nyata.
Bagaimana pula dengan perkembangan emosi? Adakah ia juga turut diberikan penekanan?
Konfigurasi psikologi manusia terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu:
Spiritual, Kognitif, Emosi
1) Komponen SPIRITUAL mendorong manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan hidup berlandaskan taqwa kepada Allah SWT.
2) Komponen KOGNITIF pula melibatkan segala proses mental seperti menilai, menganalisa, merancang, dan membuat keputusan.
3) Komponen EMOSI pula merangkumi semua emosi yang kita rasa seperti gembira, sedih, marah, kecewa, cemburu dan sebagainya.
Walau bagaimanapun KOMPONEN EMOSI adalah komponen yang paling diabaikan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita baik di rumah mahupun di sekolah. Bagi kita, emosi kanak-kanak adalah sesuatu yang harus ditekan dan tidak seharusnya dilayan sedangkan emosi itulah yang paling banyak mendorong tingkah laku kanak-kanak di kala mereka masih belum berupaya untuk berfikir dan membuat keputusan dengan rasional.
BILA EMOSI BERMULA?
TAHUKAH ANDA emosi kanak-kanak berkembang SERENTAK dengan perkembagan fizikal, kognitif dan bahasa?
Dari lahir lagi, kanak-kanak dengan pesatnya membina keupayaan untuk merasai dan meluahkan emosi. Bayi yang menangis sedang merasai emosi dan sedang meluahkan emosi. Ia tidak berlaku tanpa matlamat dan tujuan. Apabila bayi ini ditenangkan, disentuh, didukung dan dilayan, mereka akan merasai emosi positif dan faham bagaimana rasanya apabila emosi negatif itu dibimbing.
RESPON POSITIF daripada ibubapa dan penjaga akan membantu mereka untuk memahami emosi sendiri, belajar untuk membimbing emosi sendiri dan juga belajar untuk memahami dan respon kepada emosi orang lain dengan positif juga.
EMOSI MEMBENTUK INDIVIDU YANG BAIK
Asas interaksi sosial ataupun keupayaan untuk membina perhubungan dengan orang lain terbina pada lima tahun pertama hidup manusia dan ia berkait rapat dengan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Interaksi sosial ketika usia awal inilah yang menjadi asas penting kepada pembinaan persahabatan, perhubungan intimasi, keibubapaan yang efektif, keupayaan untuk bekerjasama dalam tugasan dengan orang lain dan juga keupayaan untuk menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.
Mengabaikan perkembangan emosi akan meninggalkan kesan kepada keharmonian keluarga dan juga masyarakat.
TAHUKAH ANDA bahagian otak yang mengawal emosi berkembang terlebih dahulu berbanding bahagian otak yang digunakan untuk berfikir dan membuat keputusan?
Di penghujung usia tadika, kanak-kanak yang memiliki asas perkembangan emosi yang kukuh didapati mempunyai kapasiti untuk meneka emosi, bercakap tentang emosi sendiri dan emosi orang lain dan menggunakan pengetahuan dan bimbingan tentang emosi ini untuk menguruskan interaksi sosial dengan orang lain.
Mereka mempunyai EMPATI.
Mereka faham apabila orang lain dalam kesusahan.
Mereka tidak mentertawakan orang lain yang dalam kesedihan.
Mereka tidak memperkecil-kecilkan masalah orang lain.
Mereka tidak mengambil ringan kekecewaan orang lain.
Mereka tidak ketawa apabila membaca berita orang bunuh diri ataupun dibuli seperti kes yang saya tulis semalam.
EMOSI MEMBENTUK INDIVIDU YANG BIJAK
Kajian saintifik* juga mendapati, perkembangan emosi berkait rapat dengan keupayaan untuk merancang, menilai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini merupakan komponen kognitif yang menyeluruh dan bukan akademik sahaja.
Ia bermula dari peringkat usia tadika lagi. Apabila perkembangan emosi kanak-kanak tidak diberi penekanan pada usia 5 tahun terawal, kanak-kanak didapati memiliki keupayaan untuk fokus dan keupayaan membuat keputusan yang lemah.
BAGAIMANA MEMUPUK PERKEMBANGAN EMOSI?
Nampak remeh tetapi memberi impak yang besar. Kanak-kanak harus diajar untuk MENGENALPASTI emosi sendiri.
Apa perasaan kita apabila sesuatu situasi itu berlaku kepada kita?
Apakah yang dirasakan apabila sesuatu situasi itu berlaku kepada seseorang?
Emosi harus DIAKUI terlebih dahulu, bukannya diabaikan ataupun ditekan.
Apabila memahami apakah emosi yang dirasai, kita kemudiannya perlu MEMBIMBING emosi tersebut dengan PENYELESAIAN MASALAH.
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa marah?
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa sedih?
Apakah yang harus dilakukan apabila merasa kecewa?
Semua ini perlu dibincangkan dan dididik dari peringkat awal kerana ia akan menjadi panduan tingkah laku bagi kanak-kanak.
Jika tidak dibimbing, kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan bagaimana untuk bertindak balas terhadap emosi.
Tidak ada alat atau peranti yang dapat membimbing emosi melainkan dengan meluangkan masa untuk mewujudkan perapatan, berinteraksi dan bersembang atau berbincang dengan kanak-kanak.
Jangan lupa, cara kita mengawal emosi kita juga akan menjadi panduan untuk anak-anak.
Ini merupakan proses yang paling sukar.
Memahami emosi TIDAK menjadikan anak lembik sebagaimana tanggapan sesetengah orang. Mereka yang membuli orang lain adalah mereka yang terabai emosinya dari awal. Tunjuk gagah di luar tetapi lembik di dalam. Itukah yang kita mahu?
Demi anak istimewanya Emery, Edry Abdul Halim telah pun berpindah ke Manchester, United Kingdom bersama keluarganya dua minggu lalu.
Keputusan perpindahan ke Eropah diambil semata-mata nak memastikan anak ketiganya yang juga anak autism itu mendapat pendidikan terbaik di sana.
Edry memberitahu dia memilih untuk menetap di Manchaster kerana di sana terdapat sebuah sekolah khas untuk golongan autism.
Katanya lagi, di Manchaster juga terdapat pelbagai kemudahan untuk golongan itu termasuk pusat beli-belah dan panggung wayang khas untuk anak-anak autism.
“Sekolah untuk autism di Manchaster dan Liverpool antara yang terbaik di dunia dan sebab itu kami sekeluarga memilih untuk menetap di sana.
“Semua ini kami lakukan untuk Emery dengan harapan dia mendapat pembelajaran yang terbaik,” katanya.
Tambah Edry, dia bercadang untuk menetap di negara itu selama beberapa tahun mengikut perkembangan anaknya dan jika tiada perubahan dia mungkin berpindah ke Australia pula.
“Kita lihat macam mana progres Emery dan kalau ada perkembangan positif kami akan kekal di sini dan jika sebaliknya mungkin kita ke Australia pula.
“Di sana juga mempunyai sekolah untuk autism yang antara terbaik di dunia,” jelasnya.
Penyanyi dan komposer itu juga berkata, empat anaknya masih belum lagi dapat menyesuaikan diri sejak mereka berhijrah ke sana.
“Mereka masih menyangka pemergian ke negara Eropah itu adalah untuk bercuti dan bukannya menetap untuk jangka tempoh yang panjang.
“Tambahan pula sekarang masih cuti musim panas… Jadi sesi persekolahan masih belum bermula.
“Insya-Allah ada masa sedikit ini saya mahu bawa mereka bercuti di sekitar Eropah terlebih dahulu sebelum mereka bersekolah,” katanya.
Sumber: Mstar & ig Edry
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!