Kehamilan

‘Gender Reveal’ Meriah, Pilih Tema Serba Putih, Shima Anuar Umum Timang Bayi Lelaki!

Share

Pelakon, Shima Anuar bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki selepas mengumumkan jantina anak ketiganya itu dalam satu majlis.

Majlis mengumumkan jantina anak ketiga beserta doa selamat berlangsung cukup meriah dengan tema serba putih.

Melalui perkongsian Shima di Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memuat naik video sejak awal kehamilannya sehinggalah majlis pengumuman jantina itu.

“From the day we found out about it, to the day majlis doa selamat and baby gender reveal,” tulisnya dikapsyen.

Melalui video yang dikongsikan, Shima pada awalnya memberikan kejutan kepada suami dan anak-anak dengan memberikan kit kehamilan ketika awal kehamilannya.

Anak-anak bersorak riang untuk menyambut kelahiran adik baru dalam keluarga mereka.

Dihujungnya, Shima turut berkongsi majlis serba putih yang dimulai dengan bacaan doa selamat dan kemudian dilengkapkan dengan pengumuman jantina bayi.

Suasana bertukar menjadi gamat bila mana belon berwarna putih dipecahkan diiringi letupan kecil berwarna biru menandakan bayi lelaki.

Penampilan Shima yang hadir berjubah warna putih, lengkap mengenakan hijab dipuji kenalan dan peminatnya di Instagram. Jelas terpancar seri ibu mengandung.

Meninjau di ruangan komen, Instagram ibu cantik manis ini turut dihujani dengan ucapan tahniah serta doa agar dipermudahkan kelahirannya nanti.

 

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN