Dalam beberapa minggu pertama, ibu mungkin tertanya-tanya macam mana nak tahu bayi dah kenyang atau tak, cukup ke susu yang diberikan dan macam-macam lagi.
Menurut Baby Centre kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.
Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.
Ads
Bagaimanapun, perkongsian dari Puan Sharifah Syazreen Al-idrus mengenai macam mana nak tahu baby newborn dah kenyang atau belum sangat menarik.
Ads
Perasan tak masa susukan anak, mula-mula dapat susu tu genggaman tangan dia kuat, tandanya dia tengah dahaga.
Lepas tu lama kelamaan genggaman dia makin loose/relaxed tandanya dah kenyang.
Ads
Jadi nak tahu baby dapat susu cukup atau tak, kena peka dengan genggaman tangan dia. Senang kan!
Tahukah mama papa, aktiviti seni dapat membantu anak untuk meluahkan emosi mereka? Pendedahan kepada seni sejak anak masih kecil memberi kesan yang positif pada diri mereka. Anak-anak yang sedang membesar sukakan cabaran, penerokaan serta bertanya tentang sesuatu kepada orang yang lebih dewasa.
Ini adalah kerana mereka sedang melalui proses perkembangan dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial. Pada usia lebih kurang 3-6 tahun, perasaan ingin tahu dalam diri anak sangat tinggi dan mereka amat menggemari aktiviti seni berbentuk hands-on.
Apabila anak melakukan sesuatu aktiviti, mereka akan menjadi lebih aktif, berkeyakinan tinggi dan lebih cerdas. Bagus kan? Bila anak melakukan kerja seni, mereka akan banyak melakukan pemerhatian dan percubaan. Dengan itu, ia merangsang daya imaginasi dan kreativiti mereka.
Salah satu aktiviti seni yang bagus adalah seperti yang dikongsikan oleh Diana Nasir ini. Melalui akaun Instagramnya, dia telah memuatnaik sebuah video anak kembarnya mewarna pakaian cara tie dye. Dapat dilihat keterujaan The Angguns semasa melakukan aktiviti tersebut. Diana memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk melakukan kerja mewarna.
Paling teruja bila lihat hasilnya. Di penghujung video, anak-anak kembar Diana mengenakan baju T yang mereka warnakan sendiri. Memang cantik dan berseni! Menurut Diana, anak-anaknya membuat kerja yang baik dan sempat pula berseloroh jangan pula si kembar ambil semua baju putih untuk diwarnakan.
Ketika anak sedang explore seni, janganlah berkira sangat dengan mereka. Biarkan mereka buat sepah atau jadi kotor. Itu semua dapat membentuk kreativiti dan kemahiran mereka. Anak juga akan lebih fokus dan paling bagus, mereka tidak akan BERMAIN GAJET! Jadi, biarkan anak bereksplorasi dan lakukan aktiviti seni selalu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, satu kes yang sangat menyentuh hati dan membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa telah tular. Seorang ibu meluahkan kekecewaannya apabila kes gangguan seksual terhadap anaknya diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). Lebih menyedihkan, pelaku dipercayai seorang pemandu pengangkutan sekolah — seseorang yang sepatutnya boleh dipercayai menjaga keselamatan anak-anak kita.
Dalam satu rakaman video, si kecil itu dengan polos menceritakan bagaimana ‘pakcik’ itu minta dicium dan turut mencium pipinya. Perbualan ini mungkin kedengaran biasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi ibu bapa yang peka, ini petanda bahaya yang sangat besar.
Realitinya, anak-anak kita sedang membesar dalam dunia yang jauh berbeza dari zaman kita dahulu. Dulu, kita diajar untuk hormat semua orang dewasa. Tapi sekarang, kita kena ajar anak untuk tahu sempadan sentuhan. Sentuhan yang baik dan sentuhan yang tak sepatutnya berlaku.
Ibu bapa hari ini perlu jadi “detective” emosi dan tingkah laku anak sendiri. Bila anak mula tunjuk tanda-tanda murung, takut nak ke sekolah, atau tiba-tiba jadi terlalu pendiam — JANGAN abaikan. Itu mungkin jeritan minta tolong dalam diam.
Dalam kes ini, ibu mangsa bertindak cepat dan tegas — satu langkah yang sangat penting. Tapi apabila sistem masih gagal melindungi, kita tak boleh diam. Kita kena terus bersuara. Media sosial, saluran NGO, kaunselor — semua ini boleh jadi platform untuk bantu anak kita dapat keadilan.
“Gila ap, suka-suka hati suruh cium-cium dan cium anak orang, OMG sumpah gila, kita nak pegang anak orang pun tak berani sebab kita tahu kadang-kadang ada parent tak suka, inikan pula kiss. GILAA.”
“Not normal? Kenapa kena cium anak orang terutama masa orang tak ada?? Untuk apa ek?”
“Mana boleh suka-suka cium anak orang?!? Kena aku, kalau polis tak ambil tindakan memang aku lah yang bertindak dengan orang-orang macam ni.”
“TINDAKAN SUKA CIUM BUDAK MEMANG SGT TAK OK, DAN TAK PERLUUUU!! … Benda I PALING MENYESAL SEKALI WAKTU TU, I SURUH ANAK I SALAM DGN diorg… then paling terkejut PAKCIK TU KISS NECK ANAK I, PIPI ANAK I..eeeeee mmg bodohlahhhh ingat balik..”
Anak-anak adalah amanah. Dan amanah itu tak patut kita lepaskan hanya kerana kita terlalu sibuk atau terlalu percaya pada sistem. Dunia tak lagi selamat seperti dulu, tapi kita boleh jadi benteng pertama untuk lindungi mereka.
Dan ingatlah — bila seorang anak berani bersuara, itu petanda dia percaya pada kita. Jangan biar kepercayaan itu dikhianati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkembangan setiap anak kecil mungkin berbeza-beza, tapi jika ingin mengasah kemahiran motor halus anak, beberapa aktiviti yang akan menyeronokkan si kecil akan mengalihkan perhatian anak dari gajet.
Malah, tak perlu tunggu anak usia enam tahun untuk asah motor halusnya, takut nanti jejas pembelajarannya di tadika. Ini kerana kemahiran motor halus ini penting untuk anak-anak belajar menulis, zip baju, guna gunting dan sebagainya yang melibatkan pergerakaan jari.
Penguasaan skil motor halus amat penting untuk si kecil untuk menguasai pelbagai kemahiran sebelum ke sekolah. Mama dan papa boleh lakukan pelbagai 10 aktiviti ini di rumah untuk membantu mereka.
Penguasaan kemahiran motor halus amat mustahak untuk melakukan melibatkan penggunaan halus otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari. Dengan perkembangan kemahiran ini, si manja dapat menyelesaikan tugas-tugas penting seperti menulis, memotong menggunakan gunting, menyuap makanan sendiri, membutangkan pakaian sendiri dan zip.
Mama dan papa boleh melakukan aktiviti rangsangan yang disarankan ini untuk membantu anak menguasainya. Lebih awal dilakukan maka lebih baik.
1.BERMAIN PASIR
Pasir sama ada pasir kinetik atau pasir biasa merangsang jari-jemari dan tapak tangan si kecil. Sediakan alatan yang lain seperti penceduk, trak kecil untuk mengangkut pasir dan acuan. Selain itu, isikan pasir ke dalam dulang dan biarkan si manja melakar di atasnya. Anda juga boleh membawa si kecil ke pantai dan ajaknya untuk membina istana pasir. Tentu dia seronok!
2.DOH MAINAN
Doh mainan memang sesuai untuk tujuan sensori motor halus. Dia bebas menguli, memicit, mencubit doh pelbagai warna. Ini adalah latihan yang baik untuk jari dan ibu jarinya. Berikan penggelek dan acuan untuk menjadikan permainan lebih menarik.
3.MENAMPAL
Menampal kertas mahu pun pelekat boleh menggalakkan si manja menggunakan tangannya. Anda boleh ajaknya membuat kolaj pelbagai bentuk seperti buah epal, payung dan sebagainya.
4.MENGKATEGORIKAN OBJEK KECIL
Objek kecil seperti butang, pompom, klip kertas dan tutup botol pelbagai warna boleh dimanfaatkan sebagai permainan si kecil. Anda boleh menyuruh si kecil mengasingkannya mengikut warna atau bentuk yang berlainan.
5.BUSY BOARD
Bermain dengan busy board ialah aktiviti yang bagus untuk si kecil. Ia menggalakkan penguasaan si manja untuk membutangkan baju, membuka tombol, membuka ikatan, memasang zip dan sebagainya.
6.MENYUSUN MENGIKUT BENTUK
Ambil sekeping kadbod dan lukis dua garisan iaitu zigzag dan berombak. Sediakan juga objek seperti kacang atau butang. Minta si manja untuk menyusun objek mengikut garisan-garisan ini. Penggunaan hujung jari untuk mengambil objek melenturkan otot jari dan tangan mereka.
7.MENJAHIT
Sediakan kadbod mengikut bentuk yang anda sukai dan tebuk lubang pada sekelilingnya. Berikan anak benang kasar atau tali dan minta mereka masukkan tali ke dalam lubang pada sekeliling kadbod. Ketika tangan memasukkan tali ke dalam lubang, mereka telah menggunakan jari dan serta koordinasi mata-tangan.
8.RANTAI PASTA
Sediakan semangkuk pasta penne dan seutas benang kasar yang bersaiz besar. Ajak anak untuk memasukkan benang ke dalam lubang pasta sehingga membentuk rantaian panjang. Anda boleh mewarnakan penne menggunakan pen penanda untuk efek yang lebih cantik dan menarik.
9.MENGGUNAKAN PENYEPIT
Anda boleh menyediakan objek seperti pompom, bebola kecil atau pasta penne berwarna dan biarkan si manja mengasingkannya mengikut warna menggunakan penyepit. Selain itu, boleh juga ajak si manja bermain air menggunakan syringe. Ia boleh menggalakkan penggunaan jari dan tangan.
10.MELAKAR MENGIKUT GARISAN
Melakar atau tracing adalah aktiviti yang baik untuk motor halus. Ia boleh dilakukan dengan membiarkan si manja melakar dengan meniru garisan yang telah anda buat pada kertas. Buku yang mempunyai latihan menyambungkan titik juga adalah saranan yang baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.