Lama tak dengar khabar buah hati rakyat Malaysia ni kan? Walaupun kisah awalnya dah lebih setahun dikongsikan sebelum menjalani rawatan, nampaknya orang ramai masih ingat si comel Ainul Mardhiah.

Setiap apa yang dikongsikan oleh kedua ibu bapa Ainul Mardhiah akan jadi perhatian. Lagi-lagi bila nampak perubahan yang positif dari semasa ke semasa selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulutnya sekitar Jun tahun lalu.

“Sekarang Boleh Borak Dengan Ainul.” Pandai Gelak Kena Sakat Dengan Walid & Mama 

Sekarang boleh borak dengan Ainul. ‘Respond’ dia tu geram je!

Kini perkembangan terbaru Ainul nampaknya semakin ceria, pandai bergurau dan dah faham apa orang cakap dengannya.

Menurut walid Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul dah pun mencapai berat 7 kilogram, semakin sihat dan pandai. Nampak dia begitu ceria sekali dan mula nak belajar sesuatu yang baru.

“Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Ainul pun dah panjang akal sekarang. Macam-macam dia nak belajar dan buat.

IKLAN

“Tengok perkembangannya tak sangka Allah bagi peluang kedua untuk kami bersama-sama membesarkannya dan memberi kasih sayang,” kongsinya.

Terbaru dalam perkongsian video di instagram mama Ainul, Nurul Erwani, Ainul dah pandai berinteraksi dengan walidnya dan faham apa orang cakap. Keletah Ainul cukup buat sesiapa yang tengok rasa gembira.

Asyik kena sakat dengan mama

Selain itu, mama Ainul juga berkongsi video Ainul dah pandai gelak manja apabila digeletek. Seronok lihat senyuman manis Ainul walaupun masih ada lagi temujanji dengan doktor untuk pastikan Ainul sihat sepenuhnya.

IKLAN

Walaupun ramai yang tidak mengenali Ainul dan keluarganya secara dekat, namun semuanya teruja dan nak tahu kisahnya sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN [Pakar Bedah UK Datang Lawat Ainul. Buat Check-Up & Apa Yang Dibimbangkannya Tak Berlaku]

Kita yang tak kenal pun pasti ternanti-nanti perkembangannya dari semasa ke semasa. Lihat senyuman dia pun dah rasa lega.

Tambah walid Ainul semasa di temuramah oleh wakil Pa&Ma sebelum ini, Ainul sihat semuanya dengan izin Allah. Malah doa dari orang ramai semasa di awal kisahnya dikongsikan benar-benar memberi impak yang besar dalam diri Ainul.

IKLAN

“Sekarang Boleh Borak Dengan Ainul.” Pandai Gelak Kena Sakat Dengan Walid & Mama 

“Tiada apa yang kami boleh ucapkan selain sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat ini. Rezeki Ainul ni sentiasa dipermudahkan walaupun sebelum itu kami tak kuat nak melaluinya seperti sekarang.

“Betullah orang kata setiap anak tak kira apa sekalipun keadaannya sentiasa akan beri rezeki yang kita tak jangka,” katanya.

Sumber: Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI