Sebagai ibu bapa, jika anak-anak tidak sihat atau terkena penyakit yang boleh berjangkit kebiasaanya akan dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk banyakkan berehat di rumah. Penyakit berjangkit boleh merebak dan menyerang kanak-kanak lain terutama bayi yang mana imunisasi tubuh bayi masih belum kuat.

Tapi masih ada yang berdegil dan membawa anak yang tidak sihat ke tempat terbuka seperti taman permainan ataupun pusat membeli belah. Dietitian Fizah Sobr berkongsi pengalaman beliau berhadapan dengan situasi ini dan beliau menasihati supaya ibu bapa menjaga pemakanan anak-anak supaya dapat pulihkan tenaga anak yang sedang sakit.

Geram Sangat Dengan Mak Ayah Yang “Selfish” Bawa Anak Jalan-Jalan Walaupun Anak Sakit. Penyakit Mudah Berjangkit
Throwback tahun lepas waktu ammar kena HFMD. Mama duduk senyap senyap dekat rumah

Seorang ayah tengah mendukung anak di tengah tengah tempat membeli belah
Anaknya kelihatan lemah,longlai, dan tidak bertenaga..Tetapi yang menarik perhatian saya kepada pasangan ayah anak ini adalah kulit anaknya. PENUH DENGAN BINTIK MERAH YANG BERNANAH. Aku sangat geram, mak pak yang selfish.

‘Maaf Encik, kenapa dengan anak encik ye..’
” Kena chickenpox”
‘ Kenapa bawa jalan jalan encik…bahaya…boleh jangkit orang lain’
” Alaa bosan duduk rumah…”

Tarik nafas dalam dalam sebelum nak membebel

Mommy, daddy mak, ayah, papa, mama sekalian
Tahukah anda dengan membawa anak keluar quarantine waktu tengah sakit yang senang berjangkit bukan sahaja membahayakan orang lain tetapi MEMBAHAYAKAN NYAWA ANAK ANDA JUGA !!!

IKLAN

Apabila anak tengah sakit IMUN SISTEM DOWN

Pada asalnya badan anak boleh lawan penyakit lain seperti demam, selsema dan lain lain
Tapi kalau dalam keadaan ini bawa keluar..orang lain bersin sikit.. terus akan berjangkit dekat anak

Senang sangat nak kena jangkitan lain ..

IKLAN

mungkin tindakan si ayah bawa anak keluar ini anak dah terkena jangkitan lain seperti HFMD, atau Rotavirus
Jika bergabung banyak banyak penyakit ini boleh MEMBAWA MAUT !!!

Apa yang boleh diberi untuk bantu pulihkan tenaga anak nak melawan penyakit ni?

1. Pastikan hidrasi cukup
– minum air yang berkhasiat seperti air kosong, fresh juice, susu…bukan sahaja ada air tetapi juga ada zat yang boleh menggantikan zat yang hilang melalui muntah/cirit birit

IKLAN

2. Bagi makanan sejuk dan senang ditelan
– makanan sejuk seperti pudding (custard,creme caramel,dlll), ice cream (boleh buat di rumah menggunakan susu), smoothie buah (buah campuran ice cream/full cream milk)
– senang ditelan dan tidak pedas..boleh ubah dari nasi biasa ke bubur, meehoon/kuehteow/mee soup/ladna/tomyam putih, kentang lenyek dan lain lain

3. Elakkan makanan berlemak dan berminyak
– ini boleh meningkatkan rasa loya dan keberangkalian anak muntah

Tolong quarantine di rumah…ada sebab kerajaan memberi cuti quarantine..
Nak bagi mak ayah teman anak mereka yang sakit DI RUMAH sehingga sembuh betul betul..

Rasanya patut ketua jabatan buat surprise call atau mintak whatsapp LIVE location..baru tahu betul betul ke anak buah tengah cuti kuarantin ke tengah merayau rayau
Kalau bukan di rumah cuti kuarantin tolak dari cuti rehat

Terlalu ramai menyalahgunakan kemudahan yang diberi

Sumber: Dietitian Fizah Sobr
www.nasihatdiet.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI