Lahir tak cukup bulan dengan berat 2.4 kilogram, nampaknya anak sulung kepada pelakon Dayana Roza kini membesar dengan sihat. Rata-rata yang melihat Astrid Raheeya pasti akan rasa geram apatah lagi dengan lengannya yang berlapis-lapis dan pahanya yang seolah-olah minta digigit.
Dilahirkan pada 20 Julai 2021, pergi mana-mana Astrid akan jadi perhatian. Sebelum ini, Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin ada maklumkan walaupun di awal kelahiran Astrid perlu dipantau rapi oleh doktor, kini perkembangannya tak macam bayi pramatang.
Makin besar, makin banyak akal dan dengan mata yang bulat serta suka tersenyum memang buat semua orang geram dengannya.
Kongsi Dayana Roza, sebelum ini berat Astrid dah mencapai 9.2 kilogram dan mungkin selepas dah mula makan beratnya lagi cepat bertambah.
Apabila ada peminat bertanya apa rahsia Astrid membesar dengan sihat, Dayana menjelaskan rutin tidur dan minum susunya memang teratur.
Ads
Betullah seperti apa yang dikongsikan oleh pakar kanak-kanak pun, jika bayi mendapat tidur yang berkualiti di samping penyusuan yang betul, berat bayi akan naik dengan konsisten.
Sebelum ini Dayana Roza pernah beritahu dalam keluarganya melahirkan bayi tidak cukup bulan sudah jadi perkara biasa dalam kehidupannya dan keluarga. Ini kerana dia sendiri lahir tidak cukup bulan. Malah, adik pun mengalami situasi sama. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang pelik dalam keluargnya.
Cuma, Dayana bersyukur walaupun lahir awal, dia berpeluang melahirkan bayi secara normal tanpa sebarang komplikasi berlaku pada bayi.
Ads
Dalam laporan media sebelum ini, pelakon yang digilap bakat menerusi program realiti, Anak Wayang itu berkongsi, emosinya tidak stabil ketika mengandungkan Astrid.
Ketika berbadan dua, dia agak tertekan dan selalu fikir bukan-bukan. Namun, tak pasti apakah berkaitan dengan situasi semasa COVID-19 atau perkara lain.
Ads
Alhamdulillah kini kehadiran Astrid Raheeya dianggap pelengkap dalam rumah tangga Dayana dan suami.
Kredit: IG Astrid Raheeya & Dayana Roza
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi demam panas. Ibu bapa mana yang tidak bimbang apabila si anak mengalami demam panas. Apatah lagi, ia berlaku di tengah malam dan klinik pula sudah tutup!
Melihatkan wajah si anak yang selalu gembira, kini jadi monyok dan tak lalu makan, sudah pasti anda dan suami tak tenang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.
Demam bukan penyakit, melainkan tanda sistem pertahanan tubuhnya sedang aktif bekerja. Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Mengapa bayi demam panas?
Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa bayi demam panas, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuklah:
masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis
virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut
Oleh itu, ibu bapa hendaklah prihatin dengan tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan bayi anda diserang demam panas:
1.Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’).
Anak menjadi kurang aktif serta menunjukkan gerak balas yang perlahan apabila dipanggil, menangis dalam keadaan yang lemah ataupun dengan nada tangisan yang tinggi seperti tidak selesa.
Kesukaran untuk bernafas, sama ada nafas yang laju ataupun nafas berbunyi.
Tidak makan atau minum seperti biasa.
Tanda kekeringan yang serius seperti kurang kencing serta bibir dan lidah yang sangat kering.
Demam yang melebihi 5 hari.
Suhu badan yang terlalu tinggi ; melebihi 38C untuk bayi kurang dari 3 bulan dan suhu melebihi 39C untuk anak-anak yang berumur antara 3-6 bulan.
Bengkak sendi dan angggota badan.
Bengkak ubun-ubun untuk bayi kurang dari umur 1 tahun.
Sawan.
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.
Merawat Bayi Demam Panas
Pastikan anak kekal terhidrat dengan memberi mereka minum air putih yang cukup serta berikan mereka makan makanan yang berair seperti sup dan bubur. Jika bayi berusia bawah 6 bulan cukup dengan terus berikan bayi susu ibu dengan sekerap yang mungkin kerana susu ibu adalah immunisasi pasif yang membekalkan nutrisi lengkap pada bayi, kekal tersedia dan steril serta membekalkan antibodi untuk bayi melawan jangkitan yang dialami.
Pakaikan mereka pakaian yang longgar dan tidak tebal agar haba tidak terperangkap. Pakaian daripada kapas adalah pilihan yang terbaik kerana ia dapat menyerap peluh. Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.
Gunakan span atau kain yang dibasahkan dengan air dan ditekapkan pada tubuh anak untuk menarik panas keluar dari badan. Gunakan air suam dan tidak digalakkan untuk menggunakan air sejuk atau ais kerana ia boleh menyebabkan anak menggigil dengan lebih teruk dan boleh menyebabkan badan bertindak balas dengan menaikkan lagi suhu badan yang semestinya boleh membahayakan lagi anak anda.
Boleh berikan anak ubat yang dibenarkan seperti Paracetamol (panadol syrup) untuk kanak-kanak. Untuk kesan yang lebih cepat ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil ‘supp’ atau nama penuhnya ‘suppository’) digunakan.
Antibiotik juga boleh digunakan kerana ia membunuh kuman. Perlu diingat, penggunaan berlebihan atau secara tidak teratur akan menyebabkan kesan jangkamasa panjang yang buruk. Rujuklah ke doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tip Ekstra!
Lap dan basahkan badan setiap masa apabila rasa badan anak panas.
Lap guna air asam jawa (diramas dan ditambah air).
Sentiasa manjaga dan monitor suhu badan anak.
Basahkan badan anak atau lap menggunakan perahan daun bunga raya (diramas di dalam air sehingga keluar lendir lalu disapu pada kepala dan badan).
Pastikan dia mendapat tidur yang cukup (tidur cukup membantu mempercepatkan pemulihan).
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurut Liza Hanim di instagramnya, dia menyatakan semasa lahir Fateh tidaklah besar sangat. Hanya 2.8 kilogram dan sekarang selepas sebulan lahir naik 4.2 kilogram.
“Assalamualaikum dunia…. perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ni Fateh 44 hari.
“Fateh lahir kecik je, 2.8kg tapi hari ni dah 4.2kg. Doakan Fateh menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang beriman serta berjaya dunia akhirat. #babyfatehlh,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan Fateh selain mendoakan agar anak lelakinya itu membesar dengan sihat.
“Tahniah… Semoga mnjadi ank yang soleh, anak yang akan berbakti pada ibu bapa… Semoga membesar dengan sihat… Selamat berpantang kak Liza Hanim,” komen @adeqristynaa_angah
“Comelnya! Besar dengan sihat & kuat baby Fateh, moga jadi pelindung untuk ibu & ayah kelak,” tulis @arilabdul
“Macam baby girl saya kak @lizahanim79. Lahir 2.76kg, sebulan 4.2kg. Semoga Al Fateh menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat,” kongsi @anishafizah_ismail
Berusaha Turunkan Berat
Dalam pada itu juga, Liza Hanim turut berusaha untuk menurunkan berat badannya selepas bersalin.
Katanya lagi selain penjagaan pantang untuk kesihatan dalaman dia juga turut menitikberatkan kecergasan fizikal physiotheraphy.
Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Foto: Instagram @lizahanim79
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi popular, Hazama mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu rawatan In vitro fertilization (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.
Menurutnya, demi kesihatan isteri, dia serta isteri tidak terburu-buru untuk mendapatkan cahaya mata malah lebih berserah kepada rezeki dari-Nya.
“Perkara ini akan kami fikirkan semula tahun depan. Tahun ini, kami mahu ‘enjoy’ dahulu. Buat masa sekarang, keadaan masih belum mengizinkan kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.
“Saya dengan kerjaya seni, manakala isteri pula sibuk menguruskan perniagaan Asam Laksa yang semakin mendapat sambutan. Alhamdulillah, rezeki selepas pandemik.
“Tahun depan, umur isteri sudah memasuki 43 tahun. Saya risau juga sebab selalu dengar, mereka yang hamil pada usia melebihi 40 tahun, risikonya agak tinggi,”
“Kita doakan sahaja yang baik-baik. Kami sudah berusaha dan berdoa, malah pelbagai ikhtiar turut dilakukan, namun rezeki belum menyebelahi saya dan isteri.
“Jika ada, adalah… Tetapi, jika sebaliknya saya reda dengan ketentuan rezeki. Bagi saya, dalam setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Kami cuba seimbangkan perkara itu, selain sentiasa bersyukur.
“Saya okay sahaja, tiada masalah. Keluarga pun okay, malah mereka tidak memberikan kami tekanan untuk segera menimang cahaya mata. Tekanan itu selalunya datang daripada orang luar,”
Hazama mendirikan rumah tangga bersama Genervie atau nama sebenarnya, Kam Shi Ling
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...