
Pengumuman dari YAB Tan Sri Dato; Haji Muhyidin Haji Mohd Yassin sebentar tadi pastinya membuka sedikit ruang dan keyakinan kepada pengusaha taska dan ibu bapa untuk menghantar kembali anak-anak ke taska.
Melalui pengummam yang dibuat, Perdana Menteri turut memaklumkan pemberian insentif yang memberi kelebihan kepada ibu bapa. Pastinya ia memberi sedikit kelegaan dan memberi penambahbaikan untuk kedua-dua pihak.

“Bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar semula anak-anak mereka ke taska, kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan,” katanya.
Selain itu, e-Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian.
Paling menarik, insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak akan juga turut diberi sehingga RM3,000. Langkah ini akan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan LHDN. Hal ini pastinya memberi sedikit kelegaan terutama kepada ibu bapa yang membayar cukai pendapatan setiap tahun.
Bantuan Untuk Ibu Tunggal Dan OKU
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa bantuan lain yang memberi pulangan bermanfaat untuk semua. Malah ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya juga tidak terkecuali.
Antaranya bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan, kerajaan akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.
Dianggarkan 300 ribu pencari kerja akan mendapat manfaat melalui dua insentif iaitu:
Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan
Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
Paling menarik, untuk golongan ibu tunggal OKU turut sama diberikan perhatian. Sehubungan itu, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.
Bayaran ini InshaAllah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha. Kerajaan juga akan memperuntukkan geran kepada pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Autisme? Jangan Panik, Ayah Ini Kongsi Langkah Yang Ibu Bapa Boleh Ambil

Autisme bukan sekadar kelewatan perkembangan, tetapi satu spektrum yang mempengaruhi cara seseorang berfikir, berkomunikasi, dan berinteraksi dengan dunia sekeliling. Setiap anak ASD (Autism Spectrum Disorder) adalah unik, dengan tahap kemampuan dan cabaran yang berbeza.
Khairul Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Super Daddy, berkongsi tentang Autism berdasarkan pengalaman peribadinya. Ramai yang bertanya mengenai cabaran membesarkan anak ASD (Autism Spectrum Disorder), dan beliau berkongsi maklumat penting yang boleh membantu ibu bapa mengenali tanda-tanda awal serta memahami intervensi yang diperlukan.
Malam ni aku nak share sikit pasal Autism, sebab ramai pm tanya pengalaman aku.
Psikiatrist dan psikologist buat ujian Autism melalui penilaian CARS (Childhood Autism Rating Scale). Patient akan dinilai mengikut skala 1-4.
1 adalah nilai paling rendah iaitu untuk mild (high-functioning) dan 4 merupakan nilaian paling tinggi untuk tahap yang paling ‘severe’ (low-functioning).
Jadi, Autism ni dibahagikan kepada 3 lah senang cakap. Ringan (mild), sederhana (moderate) dan teruk (severe).
Jom kita belajar sikit.
A. Severe Autism (Low-Functioning)
Low functioning bermaksud pesakit berfungsi pada tahap paling rendah. Banyak perkara kita kena uruskan untuk dia. Depa ni biasanya dikategori sebagai Classis Autism, Childhood Disintegrative Disorder atau Rett’s Syndrome.
Kebanyakan depa ni kena dibantu seumur. Tak boleh berfungsi sendiri. Ciri-ciri kategori ini ialah :
1. Terjejasnya fungsi mental dan kognitif.
Ada yang sampai ada ke paras terencat akal. Mempunyai IQ kurang dari 70 dan kurang upaya menguruskan diri juga berkomunikasi.
2. Masalah komunikasi.
Ada antara depa yang tak dapat bercakap langsung (non-verbal). Ada yang boleh bertutur tapi ada masalah besar menggunakan perkataan dalam komunikasi.
3. Masalah Tingkah Laku.
Kebanyakannya ada masalah sensori yang serius. Sensori ni adalah masala deria seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sebagainya. Sensori depa ni sangat sensitif atau tidak sensitif langsung. Masalah sensori ini boleh sebabkan depa jadi tantrum.
4. Masalah Sosial.
Sukar nak berinteraksi dengan depa ni sebab depa tak ambil perhatian terhadap percakapan/perbuatan pihak lain di sekeliling depa.
B. Moderate Autism
Depa ni didiagnos sebagai Classic Autism, Childhood Disintegrative Disorder, Rett’s Syndrome atau juga PDD-NOS.
Yang moderate ni pula masih kena bantu, namun ada banyak benda depa boleh uruskan sendiri. Antara ciri-ciri depa ni ialah :
1. IQ Normal Atau Bawah Normal
Biasanya depa ni IQ 100 (normal) atau bawah dari tu. Sukar nak menguruskan diri sendiri.
2. Kesukaran Berkomunikasi
Depa ni juga ada masalah untuk berkomunikasi secara berkesan. Depa selalu cakap berulang-ulang atau bahasa ‘repetitive’. Depa lebih suka berkomunikasi dengan bahasa isyarat atau gunakan gajet.
3. Masalah Tingkah Laku
Antara yang jelas boleh kita nampak adalah depa suka berpusing (spinning), menggoyangkan badan kedepan dan belakang berterusan (rocking), mengibaskan tangan di muka atau depan mata (hand flapping) atau jalan berjengket.
Benda ni biasa depa akan buat bila sensori atau deria depa seperti pendengaran (bunyi bising), penglihatan (cahaya terang)terdedah secara berlebihan.
4. Masalah Sosial
Depa ni lone ranger. Suka bersendirian dan tidak pandai berinteraksi dengan pihak lain. Susah nak dapatkan attention dari depa ni walaupun depa sedar ada orang lain di sekeliling depa.
C. Mild Autism (High-Functioning)
Depa ni biasanya didiagnos sebagai Asperger’s Syndrome, Classic High-Functioning Autism, PDD-NOS. Depa ni nampak normal dan boleh hidup, bekerja dan ada tanggungjawab macam orang lain.
Antara ciri-ciri membezakan depa ni ialah :
1. IQ Normal Atau Lebih Dari Normal.
Kebanyakan depa ni IQ normal atau sampai tahap genius. Namun depa tetap bergelut atau susah bila kena buat keputusan yang mendadak, kena tukar rutin dan sebagainya.
2. Skill Verbal Dan Cabaran Komunikasi.
Depa yang didiagnose sebagai ‘high-functioning autism’ mesti boleh bercakap. Namun ada antara depa yang bercakap macam robot atau cara intonasi dia bunyi pelik. Depa ni susah nak faham bahasa berkias dan sebagainya.
3. Masalah Tingkah Laku Yang Minimum
Masalah sensory depa ni agak minimum. Depa tak suka perubahan rutin, atau apa sahaja yang berubah dalam susunatur, perletakan dan sebagainya.
Kadangkala nampak depa buat pergerakan berulang ‘repetative’ jika sensory depa tak selesa . Depa ni suka topik-topik tertentu sahaja. Ada suka sains, ada suka math, ada suka drawing dan sebagainya.
4. Abnormal Dalam Bersosial
Masalah utama Asperger ni adalah interaksi sosial. Depa takut dengan ‘eye-contact’, so depa tak suka pandang mata bila bercakap. Depa tak pandai tafsir body language orang lain. Depa juga sukar terima pandangan atau perspektif pihak lain.
Haa, begitulah sedikit sebanyak.
Boleh berubah atau diubati ke?
Depa ni boleh berubah jika parents buat intervensi dari awal usia lagi. Jangan bertangguh-tangguh. Gali dan dapatkan ilmu serta nasihat dari pakar serta dariparents yang ada pengalaman membesarkan anak istimewa ini.
Biasanya hanya intervensi yang boleh mengubah atau membentuk depa ni. Antaranya adalah Terapi Pertuturan dan Terapi Cara Kerja, sangat-sangat membantu depa.
Autisme ni bukan jenis penyakit, ia adalah sindrom.
Takdak ubat yang makan dan dia jadi baik. Hanya INTERVENSI sahaja yang dapat bantu depa.
Anak sulung aku Khaleef ambil masa hampir 2 tahun untuk didiagnos sebagai ASD (Autism Spectrum Disorder). Beberapa pertemuan awal dengan psikiatrist, beliau off hand bagitau yang Khaleef ni Asperger.
Namun dia tak mahu buat keputusan official. Yelah nak diagnos anak orang lepas tu nak bagi status OKU kan, mestilah dia nak buat keputusan yang tepat.
Kebetulan waktu tu Khaleef tengah sedih sebab mak dia meninggal, so mungkin impak emosi dan depression yang buat dia jadi macam tu. Namun selepas 2 tahun berulang alik buat terapi barulah doktor nampak sendiri ciri-ciri autustik dia tu.
So, teruslah doktor diagnose dia dengan ASD. Sekarang ni depa dah tak guna terma Asperger tu katanya. Semua yang autism dikategorikan sebagai ASD atau Autism Spectrum Disorder
So, korang kalau ada anak yang ada ciri-ciri yang korang rasa pelik maka jangan bertangguh. Dapatkan nasihat pakar agar dapat didiagnos segea dan buat intervensi, demi masa depan anak-anak.
Banyak test online untuk saring Autism ni. Boleh jer google dan buat. Kalau result kata positif maka bawalah jumpa pakar yer.
Semoga bermanfaat.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy.
NOTA: Jika ada pakar yang membaca dan jika ada kesalahan dalam maklumat yang saya sampaikan, mohon tegur saya. Terima kasih.
Sumber: Khairul Abdullah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Allah Sentiasa Menjaga & Melindungimu Di Sabah,” Ardell Sertai Misi Bantuan, Sebak Tinggalkan Suami & Anak

Nama Ardell Aryana dengan misi kemanusiaan memang cukup sinonim. Pelakon kecil molek isteri kepada Nadzmi Adhwa ini sering menghulurkan bantuan dan menyertai misi-misi kemanusiaan sama ada di dalam negara mahupun luar negara.
Memandangkan situasi covid-19 di Sabah yang semakin teruk dengan kes-kes terbaru yang banyak serta kes kematian baru yang mencatat angka yang membimbangkan, Ardell Aryana menyertai misi bantuan ke negeri Di Bawah Bayu itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Pergi Sabah Hantar Bantuan
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh suaminya, Nadzmi Adhwa di Instagram miliknya. Memuat naik video pendek merakam momen sayu Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.
Menerusi hantaran tersebut, Nadzmi memohon doa dari semua agar mendoakan isterinya sepanjang perjalanan dan juga kesejahteraan isteri tercinta sepanjang keberadaan di Sabah.
“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang
“Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu.
Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu. Saya sayang awak. Abi tahan airmata tadi,” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut mengirimkan doa agar Ardell berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.
Semoga segala usaha baik Ardell ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Didoakan juga semoga Ardell dan kumpulan misi bantuan ini sentiasa berada dalam Lindungan Yang Maha Esa.
Sumber: IG Nadzmi Adhwa
Baca: Ardell Dah Nak Bersalin, Suami Turut Jalani Ujian Saringan Covid-19 Demi Anak Yang Bakal Lahir
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syukur & Gembira Geran Pembukaan Semula Taska”, Pengusaha Tadika Mohon Tadika Turut Di Buka!

Setelah hampir tiga bulan terpaksa menutup operasi, pengumuman dari YAB Tan Sri Dato; Haji Muhyidin Haji Mohd Yassin semalam yang membenarkan pembukaan Taska pastinya memberi sedikit kelegaan buat semua pengusaha taska.
Bukan hanya geran untuk pengendalikan Taska bahkan insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak akan juga turut diberi sehingga RM3,000 kepada ibu bapa pasti menggalakkan lagi ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka.
Bukan mudah untuk kembali membuka semula Taska ditambah dengan SOP yang ketat, namun dengan geran yang diberikan kerajaan, setidak-tidaknya dapat meyakinkan ibu bapa untuk kembali menghantar anak mereka disamping merasa lebih selesa dan tenang untuk kembali bekerja.
Berkongsi kegembiraan yang dikongsikan oleh Perdana Menteri semalam, Pengasas Rangkaian Tadika Dzul Iman, Pn Badariah Ismail turut sama berkongsi rasa gembiranya namun masih menanti pengumuman untuk pembukaan semula Tadika.
“Syukur dan gembira dengan berita ini. Pastinya geran pembukaan ini sangat membantu sahabat-sahabat pengusaha taska yang sedang menghadapi saat sukar sejak PKP bermula.
Namun rasa terkilan dan kecewa bila TADIKA tidak turut disebut sebagai penerima geran. Mungkinkah ada kekeliruan maklumat? Hakikatnya pengusaha Tadika juga mengalami kesusahan yang sama. Dan turut memberi khidmat didikan dan jagaan yang tidak jauh berbeza dengan Taska.
Sangat berharap pihak kerajaan akan menyemak semula kelayakan untuk geran ini, dan memasukkan pengusaha TADIKA sebagai penerimanya, di samping pengusaha Taska,” luahnya berkongsi.
Lalui SOP Yang Ketat
Bercerita mengenai SOP yang ketat yang perlu dipatuhi oleh semua penguasaha Taska dan Tadika kelak, Puan Badariah mengakui ianya adalah kewajipan yang perlu dilakukan dengan sebaiknya demi memastikan keselamatan anak-anak dan guru diutamakan.
“SOP ini adalah keperluan. Memang SOP ini menyebabkan kerja pengusaha dan guru bertambah secara berganda. Namun kita komited untuk mematuhi semua SOP ini kerana memahami bahawa ia penting untuk kesihatan semua pihak, terutama anak-anak kesayangan kita semua.
Kebimbangan untuk kembali buka Taska?
Tidak perlu bimbang jika dibuka dengan mematuhi SOP. Pihak taska dan tadika mengambil inisiatif melatih guru dan pengasuh agar dapat melaksanakan SOP seperti yang digariskan. Kita juga prihatin dengan keperluan penjarakan sosial. Ia mungkin mengurangkan kapasiti sesebuah tadika atau taska untuk menerima semua anak serentak.
Keperluan pada jadual anjal dan kefahaman serta kerjasama ibubapa amat diperlukan. Ibubapa yg masih boleh menjaga dan mendidik anak di rumah, boleh memilih untuk belum menghantar. Ini dapat memberi ruang untuk ibu ayah yang tiada sistem sokongan yang lain untuk diberi keutamaan di awal pembukaan ini.
Apa plan tindakan, SOP yang telah dijalankan hingga kini?
Kita telah menyediakan SOP khusus berdasarkan panduan SOP yang dikeluarkan oleh pihak kementerian yang berkaitan. Menjadi tanggungjawab pengusaha untuk memastikan guru difahamkan kepentingan SOP ini dan diberi latihan perlaksanaan yang wajar.
Selain itu, keperluan emosi anak-anak mestilah diberi perhatian ketika SOP dilaksanakan. SOP perlu dipatuhi dalam suasana mesra dan kasih sayang. Anak diasuh untuk patuh, bukan dipaksa patuh.

Adakah insentif cukai pendapatan satu tindakan bijak?
Inisiatif ini sangat bagus dan banyak membantu. Sungguh gembira bila Perdana Menteri menyebut bahawa ibubapa yang menghantar anak ke Tadika turut menerima insentif ini. Sedikit keliru bila ia diurus di bawah KPWKM yang memantau Taska. Tadika pula di bawah KPM. Moga penyelarasan yang efektif dapat dilakukan antara dua kementerian ini agar insentif ini benar-benar dapt dinikmati oleh ibubapa Taska dan Tadika.
Saya cadangkan semoga Taska dan Tadika dapat diletakkan di bawah kementerian yang sama. Kedua-dua institusi ini memberi khidmat didikan dan jagaan pada kumpulan kanak-kanak yang sama, yang terangkum dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Dengan meletakkan Taska dan Tadika di bawah satu kementerian, keberkesanan pengurusan dan peningkatan kualiti perkhidmatan akan lebih mudah dilaksanakan.
Begitu kongsi beliau sambil mengharapkan semoga ada sinar untuk pembukaan Tadika semula selepas ini, selain pembukaan Taska kepada anak-anak ibu bapa yang bekerja.

Bantuan Untuk OKU & Ibu Tunggal
Semalam selain mengumumkan geran untuk pembukaan Taska, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa bantuan lain yang memberi pulangan bermanfaat untuk semua. Malah ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya juga tidak terkecuali.
Antaranya bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan, kerajaan akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.
Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan
Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
Paling menarik, untuk golongan ibu tunggal OKU turut sama diberikan perhatian. Sehubungan itu, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.
Artikel berkaitan:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI