Bersalin melalui kaedah pembedahan berbeza dengan bersalin normal. Luka dalamannya mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Luaran nampak sembuh tapi dalamnya belum tentu lagi.
Selain menjaga luka, pemakanan juga penting bagi memastikan luka dalaman ibu cepat-cepat sembuh. Bagi ibu baru lepas bersalin, sebaiknya elakkan jenis makanan ini.
Makanan yang menyebabkan luka czer bernanah
“Ada ke makanan yang boleh menjadi punca luka czer bernanah?” Ini merupakan antara persoalan sering bermain di fikiran, betul tak?
Secara amnya, makanan bukanlah penyebab berlakunya nanah pada luka C-Section tersebut. Nanah terjadi apabila terdapat kemasukan bakteria di dalam luka pembedahan.
Sel-sel darah putih daripada saluran darah akan berkumpul di sekeliling bakteria dan menghalangnya daripada merebak. Ia akan dikeluarkan daripada badan sebagai nanah bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Makanan protein tinggi kandungan asid
Pengambilan ikan boleh mencetuskan kegatalan pada kulit sehingga menyebabkan luka C-Sec menjadi bernanah.
Antara ikan yang perlu dielakkan semasa tempoh berpantang adalah ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru serta makanan laut lain seperti udang dan kerang-kerangan.
Ikan bilis bermata biru boleh dimakan semasa berpantang, manakala jenis bermata besar perlu dielakkan kerana boleh mengakibatkan kegatalan.
Elakkan juga makanan seperti susu lembu, telur, oat, barli dan kekacang yang boleh mencetuskan alahan.
Bagi ibu yang tidak mempunyai alahan, tiada makanan yang perlu dielakkan dan ibu boleh makan seperti biasa mengikut keperluan.
Namun jika sebaliknya, anda dinasihatkan untuk menghindari pengambilan makanan daripada sumber ayam dan daging kerana merupakan antara makanan yang menyebabkan gatal pada luka.
Tip berpantang czer
Biasanya tempoh berpantang adalah antara 44 hari hingga 100 hari. Pun begitu, jika anda menjalani pembedahan C-Sec, tempoh masanya akan menjadi lebih lama sedikit. Ini kerana badan memerlukan masa bagi memastikan luka czer sembuh sepenuhnya.
1. Pengambilan makanan berkhasiat
Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting untuk setiap individu dan ia menjadi bertambah penting buat ibu selepas melahirkan anak, khususnya bersalin czer.
Sudah tentu diet makanan anda harus mengandungi protein, karbohidrat dan tinggi kandungan zat.
2. Ambil buah-buahan serta sayuran
Ini kerana ia mengandungi pelbagai jenis zat, vitamin, mineral serta kaya kandungan serat yang dapat membantu pergerakan usus, sekali gus mengurangkan kecenderungan mengalami sembelit.
3. Rehat secukupnya
Sepanjang tempoh berpantang, amat penting untuk para ibu mendapatkan rehat yang mencukupi. Ini dapat membantu menyegarkan badan dan mengembalikan tenaga yang hilang – sepanjang tempoh kehamilan dan proses bersalin.
4. Jangan terus kembali aktif
Pastikan diri bersedia terlebih dahulu dan paling penting, luka pembedahan telah sembuh sepenuhnya. Jika tidak pasti, berundinglah dengan doktor bagi menentukan waktu sesuai untuk kembali aktif. Sebaiknya, mulakan dengan senaman ringan seperti regangan atau berjalan, dan elakkan aktiviti berintensiti tinggi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak sakit dan tidak sihat, kitalah paling susah hati. Apa kata kita bantu anak untuk tingkatkan imun tubuhnya. Nak buat macam mana?
Menurut perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan, aktiviti grounding dan sunning ini antara yang paling membantu untuk meningkatkan imun anak. Tak perlu lama pun, cukup hanya 20 minit setiap hari. Jom cuba!
Grounding dan sunning untuk kuatkan imun anak. Buat setiap hari, paling kurang 20 minit sehari.
Cuba buat 2 minggu je, dah boleh nampak kesan positif pada imuniti anak. Tak susah, depan rumah pun boleh. Berkaki ayam atas rumput waktu siang.
Grounding. Main atas tanah, rumput, pasir. Bawa ke taman pun mudah. Main depan rumah pun boleh.
Pergi pantai lagi best, tapi susah jugak kalau hari-hari, seminggu sekali okay lah kan. Biar anak berkaki ayam.
Sunning. Main bawah cahaya matahari. Untuk anak-anak, mulakan dengan waktu awal pagi sebelum jam 10, dan lewat petang selepas jam 5.
Waktu terbaik waktu matahari terik tengahari, tapi mungkin tak sesuai untuk anak kecil.
Kebaikan grounding dan sunning;
1. Immune booster
– Anak yang banyak terdedah dengan grounding dan sunning, akan kuat imuniti diorang. Susah nak jatuh sakit, dan
akan cepat sembuh bila tak sihat. Ramai macam ni, Allah izinkan, alhamdulillah.
2. Mood booster
– Kalau perasan mood anak dah lain je, terus bawak grounding depan rumah. Perubahan akan sangat ketara, dari nangis mengamuk, terus boleh happy dan ceria.
3. Sleep booster
– Try konsisten buat setiap hari 20 minit, kitaran tidur anak pasti lebih baik. Boleh tidur awal, dan kualiti tidur pun makin baik.
Boleh cuba k!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak mana yang tak teruja bila dengar ibu ayah nak bawa mandi kolam kan? Tapi pernah tak terjadi bila mana anak pulang daripada bermain air kolam, mereka mula nampak lemah dan tak bermaya?
Jika pernah, mungkin ibu ayah perlu lebih berwaspada selepas ini! Ikuti penjelasan daripada Dr Taufiq Razif ini.
Saya paling risau kalau anak anak jadi sakit bila balik dari mandi kolam!
Tak kisah la jadi demam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit ke sebab jatuh sakit lepas balik daripada mandi kolam ni adalah sejenis Recreational Water Illness ( RWI )
Kuman dalam air kolam tu ada bermacam jenis.. Ada E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang memang susah nak mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin.
Sekali kuman kuman ni semua masuk ke dalam saluran penghadaman, boleh kena cirit birit anak kita tu.
Kalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan. Mata pun mula la jadi pedih dan merah menyala.
Kalau anak kita ada luka kat badan mereka lagi la bahaya. Terus kuman kuman tu boleh masuk ke pembuluh darah anak kita.
Tu la kenapa kalau anak jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam, cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye!
p/s : Pssst.. Kalau air kolam tu bau klorinnya kuat sangat pun hati hati ye. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing
p/s : Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye sebab rasanya ramai lagi yang belum tahu tu
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!