Bila anak sakit dan tidak sihat, kitalah paling susah hati. Apa kata kita bantu anak untuk tingkatkan imun tubuhnya. Nak buat macam mana?
Menurut perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan, aktiviti grounding dan sunning ini antara yang paling membantu untuk meningkatkan imun anak. Tak perlu lama pun, cukup hanya 20 minit setiap hari. Jom cuba!
Grounding dan sunning untuk kuatkan imun anak. Buat setiap hari, paling kurang 20 minit sehari.
Cuba buat 2 minggu je, dah boleh nampak kesan positif pada imuniti anak. Tak susah, depan rumah pun boleh. Berkaki ayam atas rumput waktu siang.
Grounding. Main atas tanah, rumput, pasir. Bawa ke taman pun mudah. Main depan rumah pun boleh.
Ads
Pergi pantai lagi best, tapi susah jugak kalau hari-hari, seminggu sekali okay lah kan. Biar anak berkaki ayam.
Sunning. Main bawah cahaya matahari. Untuk anak-anak, mulakan dengan waktu awal pagi sebelum jam 10, dan lewat petang selepas jam 5.
Waktu terbaik waktu matahari terik tengahari, tapi mungkin tak sesuai untuk anak kecil.
Ads
Kebaikan grounding dan sunning;
1. Immune booster
– Anak yang banyak terdedah dengan grounding dan sunning, akan kuat imuniti diorang. Susah nak jatuh sakit, dan
akan cepat sembuh bila tak sihat. Ramai macam ni, Allah izinkan, alhamdulillah.
Ads
2. Mood booster
– Kalau perasan mood anak dah lain je, terus bawak grounding depan rumah. Perubahan akan sangat ketara, dari nangis mengamuk, terus boleh happy dan ceria.
Kalau anak kecil mengalami masalah cirit-birit, muntah dan demam, tolong jangan pandang remeh kerana kalau dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyebabkan masalah dehidrasi. Mungkin bagi orang dewasa serangan penyakit tersebut adalah penyakit biasa dialami oleh sesiapa sahaja tapi tidak pada anak kecil bawah umur 5 tahun.
Ibu ayah yang mempunyai anak kecil bawah umur tersebut harap ambil perhatian dengan apa yang dikongsi oleh Dr Rusyainie Ramli ini.
ANAK DEHIDRASI?
Apa yang patut mak ayah tahu?
Statistik menunjukkan di Malaysia, salah satu penyebab kematian kanak-kanak di bawah usia 5 tahun ialah Acute Gastroenteritis (AGE).
Simptom-simptom AGE dalam kanak-kanak:
1. Cirit-birit
2. Muntah
3. Demam
AGE disebabkan oleh jangkitan kuman seperti virus atau bakteria pada sistem penghadaman.
Disebabkan simptom-simptom itu, kanak-kanak akan hilang air dan garam galian dari badan dan ini menyebab dehydrasi yang boleh membawa maut kalau tidak dirawat dengan betul dan cepat.
Simptom-simptom dehydrasi yang mak ayah mesti peka:
1. Mulut kering
2. Bila anak menangis, air mata tak ada atau sedikit sangat
3. Mata nampak macam cengkung
4. Untuk bayi, ubun-ubun dia macam ke dalam
5. Lampin yang dipakai kurang jumlahnya dari biasa atau kurang kencing
6. Kulit nampak kering dan sejuk dari biasa
7. Merengek atau kelihatan tidak selesa
8. Kelihatan lemah dan tidak bermaya
Objektif dalam merawat dehydrasi ialah:
1. Menggantikan cecair badan yang hilang
2. Mengembalikan air dan garam galian badan ke tahap normal
KKM telah menyediakan garis panduan untuk merawat dehydrasi bergantung kepada tahap dehydrasi.
Tanda-tanda kanak-kanak yang mengalami cirit birit dan muntah tetapi masih belum mempunyai symptom-simptom dehidrasi, biasanya doktor akan membenarkan kanak-kanak itu dirawat di rumah. Ini adalah dehidrasi ringan.
Sila lihat gambar yang telah saya sertakan untuk langkah-langkah yang mesti diikuti selepas doktor mengatakan anak selamat di rumah.
Untuk dehidrasi sederhana, doktor akan menilai situasi sama ada anak akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan atau dibenarkan pulang untuk dirawat di rumah.
Doktor akan memasukkan anak ke wad sekiranya didapati anak itu mengalami dehidrasi teruk.
Tanda-tanda dehidrasi teruk:
1. Terlalu lemah atau mungkin tidak sedarkan diri
2. Mata sangat cengkung
3. Mulut dan lidah terlalu kering
4. Anak menangis tetapi tiada air mata
5. Tak mampu nak minum pun
6. Kulit abdomen menjadi sangat kendur bila dicubit.
TOLONG JANGAN TUNGGU SEHINGGA ANAK SUDAH SANGAT LEMAH DAN TIDAK BERMAYA barulah mahu ke hospital.
Musim cuti sekolah ini pasti ada mama papa yang sudah pun merancang lebih awal untuk membawa anak berjalan-jalan atau bercuti lebih jauh.
Bercuti memang menyeronokkan apatah lagi anak-anak kecil kita. Namun jika anak sakit, sama ada demam, batuk atau selesema ada baiknya mama papa fikirkan dahulu kesihatan anak-anak sebelum membuat keputusan untuk membawa mereka bercuti. Lebih-lebih lagi bila demam anak tidak reda walaupun sudah masuk hari ketujuh. Jaga-jaga, ia mungkin petanda anak diserang influenza.
Bila anak disahkan influenza, mama papa kenalah lebih berjaga-jaga dan peka dengan semua perkara. Anda harus beri lebih perhatian kepada kesihatan anak-anak. Sebaiknya biarkan anak berehat di rumah sahaja supaya tidak menyebarkan virus kepada orang lain.
Sepanjang tempoh anak demam, ada beberapa perkara mama papa perlu turuti.
1.Jangan bawa anak keluar rumah
Ini perkara paling asas mama papa harus pantau. Pastikan sepanjang waktu demam, elakkan membawa anak keluar rumah, lebih-lebih lagi ke tempat ramai orang seperti pusat membeli belah atau majlis keraian seperti kenduri-kendara. Bukan sahaja anak tidak selesa malah boleh menjangkiti kanak-kanak lain. Kena prihatin!
2. Pilih eskalator berbanding lif
Jika terpaksa keluar rumah, sebaiknya pilih bawa anak menaiki eskalator dan elakkan guna lif. Ruang lif yang sempit dan tertutup membolehkan virus diterima dan disebarkan kepada orang lain yang berada di dalam lif. Lebih buruk lagi jika di dalam lif berkenaan terdapat bayi atau kanak-kanak lain. Tutup mulut anak jika ada pengguna lif yang batuk atau bersih, supaya tidak memburukkan lagi keadaan anak.
3. Bawa berjumpa doktor
Perkara pertama ketika anak demam, bawalah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Periksa bagaimana keadaan sebenar anak kita dan dapatkan pengesahan daripada yang pakar. Jangan sesekali bawa anak keluar berjalan-jalan jika anak disahkan influenza!
4.Jangan pergi sekolah atau taska
Bila anak disahkan influenza, elakkan sama sekali ke sekolah atau taska. Selagi anak belum reda daripada demamnya, selagi itulah anak harus ditempatkan di rumah sahaja. Ibu bapa kena prihatin dengan memberitahu guru di sekolah atau taska ketika anak demam. Ini bagi mengelakkan kanak-kanak lain terkena jangkitan di sekolah.
5. Ambil makanan seimbang
Pastikan anak makan makanan yang seimbang dan berkhasiat walaupun kurang selesa kerana demam. Tambahkan makanan yang tinggi vitamin dan zat galian dalam menu anak. Pujuk anak untuk makan supaya cepat pulih daripada demamnya.
Periksa simptom-simptom anak yang terkena influenza. Berikut beberapa petanda yang boleh dikaitkan dengan influenza.
* Anak akan mengalami demam dahulu ataupun dimulai dengan sakit tekak dan demam.
* Demam yang tinggi dan tidak surut walaupun sudah diberikan paracetamol.
* Rasa sakit kepada dan sakit badan.
* Diikuti batuk, selesema dan bersin.
* Tidur juga jadi terganggu.
* Mungkin juga ada cirit dan loya serta muntah.
* Bagi individu yang biasa lelah, boleh juga mencetuskan lelah.
Jika anak menunjukkan tanda-tanda sesak nafas atau pernafasan laju, dehidrasi (lampin kering dan menangis tiada air mata), tidak mahu makan dan minum, segeralah bawa segera anak ke hospital.
Ingat, pastikan anak diberikan jumlah air yang mencukupi dan kerap. Mama papa juga perlu lebih prihatin dengan membasuh tangan setiap kali menguruskan anak seperti menyediakan susu atau menukar lampin. Jika batuk atau selesema, tutup mulut dan jauhkan diri daripada anak. Gunakan hand sanitizer pada anak setiap kali keluar. Penting!
Pilih Sambucol Black Elderberry
Salah satu makanan tambahan yang membantu mengekalkan kesihatan sepanjang demam adalah dengan pengambilan produk Sambucol Black Elderberry. Produk yang diakui oleh ramai ibu bapa ini sesuai untuk dewasa juga kanak-kanak.
Produk yang mula dihasilkan pada 1991 ini nyata cukup dikenali dan diyakini untuk membantu menyihatkan tubuh badan. Menariknya setiap botol Sambucol bersaiz 120ml mengandungi 1000 buah elderberry yang berkualiti tinggi. Jadi tidak hairanlah hasilnya cukup memukau untuk kesihatan tubuh badan.
Ia diformulasikan untuk membantu meredakan masalah selsema serta mampu memendekkan tempoh demam selsema disamping menggalak imuniti tubuh ketika demam.
Dengan kuasa menghentikan virus, menghalang virus daripada terus merebak dan berpanjangan serta melawan virus untuk menjadi lebih kebal dan penggalak imun tubuh menjadikan ia produk lengkap pilihan ibu bapa.
Mama boleh dapatkan produk ini lazada.com.my. Untuk keterangan lanjut boleh layari Facebook Sambucol.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka botol susu yang selalu anak minum sebenarnya antara salah satu punca anak sakit? Oleh kerana penjagaan kebersihan botol susu yang tidak betul menjadikan tempat untuk kuman dan bakteria berkumpul lebih-lebih lagi di bahagian penutup botol dan puting botol susu.
Menurut Pegawai Perubatan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Redza Zainol, dek pengendalian yang tidak betul, botol susu boleh jadi penyebab anak-anak terkena muntah dan cirit-birit.
“Baru-baru ni jumpa seorang ibu muda. Dia baru dapat anak pertama. Anaknya ni dah berusia sebulan setengah, tapi dah kena masuk wad sebab muntah-muntah dan cirit birit.
“Selepas saya tanya itu dan ini, rupa-rupanya dia tak tahu cara kendalikan alatan menyusu dan cara menyimpan susu tepung yang betul.
“Paling saya terkejut, dia cuma ada dua botol susu sahaja. Mesti terkejar-kejar dia nak bersihkan dan sterilkan botol susu. Lagi-lagi waktu tengah malam,” kongsinya di Facebook.
Menurut Dr Redza, berikut antara tip jika anak gunakan botol untuk menyusu;
1. Cuci botol susu setiap kali digunakan dengan cecair pencuci botol yang khas. Tak boleh guna sabun pencuci pinggan.
2. Gunakan berus khas ketika mencuci supaya puting botol susu tak terkoyak bila dicuci. Puting yang terkoyak atau merekah berpotensi jadi sarang kuman membiak.
3. Wajib didihkan atau sterilkan botol susu sebelum digunakan.
4. Jangan beri anak minum susu yang dah disediakan melebihi tiga jam. Buatkan susu yang baru.
5. Gunakan berus khas untuk bersihkan botol dan puting botol susu. Span cuci pinggan tak mampu bersihkan kotoran di ruangan yang sempit.
6. Keringkan botol susu sebelum digunakan.
7. Sediakan minima tiga hingga empt botol susu di rumah supaya kita tak terkejar-kejar untuk mencuci dan sterilkan botol susu setiap kali anak menyusu.
8. Gantikan botol susu baru sekurang-kurangnya setiap tiga hingga enam bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, retak atau bocor.
Jadi, ibu-ibu jagalah kebersihan sebetulnya dalam kendalikan botol susu anak-anak bagi mengelakkan dijangkiti sebarang penyakit.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.