Tanyalah mana-mana ibu pun, pasti mengharapkan anak yang dilahirkan sihat sempurna hendaknya. Namun jika dah ketentuan dari Allah, nak tak nak tetap kena reda dan menerimanya dengan hati terbuka.
Percayalah ibu yang melalui ujian seperti ini, Allah dah janjikan ganjaran pahala atas kesabarannya membesarkan amanah tersebut.
Bagi seorang ibu, Liyana Jasni, kisah yang dikongsikan mengenai anak perempuannya yang diberi nama Anggun Inara berusia 1 tahun 5 bulan cukup meruntun hati. Tak sangka di sebalik kecomelan anak kecil ini sebenarnya tersembunyi kesakitan yang ditanggungnya.
Walaupun secara luaran nampak sihat sempurna, doktor mengesahkan Anggun Inara anak yang sangat istimewa kerana sejak dilahirkan tidak mempunyai pundi kencing, rahim dan kemaluan tak normal. Lebih menyedihkan apabila buat pinggangnya juga bermasalah tidak seperti bayi lain.
“Doakan pembedahan anak saya berjaya”
Bismillahirrahmanirrahim. Taktau nak mula macam mana sebab saya bukanlah penulis yang baik tapi saya nak anda semua tahu tujuan utama saya menulis ni bukan untuk meraih simpati. Saya nak mintak tolong semua orang doakan urusan pembedahan anak saya 23.08.2020 dipermudahkan. Since dia lahir dulu terlalu ramai doakan yang baik-baik untuk dia walaupon tak tau dia sakit apa. Terlalu ramai yang bagi dia hadiah/duit walaupon mummy tak pernah mintak. Thank you so much.
Anggun Inara binti Ahmad Ridzuan. Anak yang sangat special yang terpilih untuk segala dugaan ini. Dia nampak normal secara luaran kerana ketidaksempurnaan dia terselindung. “Masalah anggun ni sangat complex. Saya tak pernah jumpa case macam ni” ayat yang sama kami akan dengar dari mana2 doktor baik dari HO / MO / Specialist. Anggun dilahirkan dengan kemaluan yang tidak normal. Bahagian depan dia kosong/plain/takde apa apa bukan seperti kanak-kanak perempuan yang lain. Senang cerita macam doll tu laa kan kosong je kan? Hehe. Habis macam mana anggun kencing?
32 jam lahir terus jalani pembedahan
Anggun ada 1 lubang kat belakang yang Allah SWT jadikan lubang kencing dia. Ada juga 1 lagi lubang dipanggil sacral dimple iaitu lubang pada tulang belakang. Lubang najis? Tak ada. Selepas 32 jam anggun dilahirkan, dia menjalani 1 operation untuk buat colostomy ataupon stoma. Usus dia dikeluarkan di tepi perot untuk bagi dia berak. Kesian anak mummy masa tu dah keras perot dia sebab tu doc cepatkan operation. Anggun dah jalani macam2 procedure untuk tengok organ dalaman dia. Fluroscopy, DTPA, CT SCAN, MRI. Tapi doc cakap tak dapat gambaran yang betul-betul jelas tentang organ dalaman anggun. Tapi yang pastinya buah pinggang anggun memang tak normal.
Fungsi buah pinggang semakin terjejas
Waktu dilahirkan memang 1 buah pinggang bengkak dan 1 lagi tak berada di “lokasi” yang sepatutnya. Fungsi? Tidak normal. Doctor cakap mungkin anggun juga takde pundi kencing/ rahim dan vagina. Hanya Allah yang tahu perasaan mummy daddy waktu tau ni semua tapi siapalah kami untuk mempersoalkan kejadianNYA. Kuat kuat kuat dan teros kuat. Tapi apa apa pon akan dapat tahu pada operation dia nanti. Jadi operation ni untuk apa? Disebabkan anggun hanya ada 1 saluran laluan yang berkongsi untuk kencing dan berak, doctor akan cuba pisahkan. Lubang kat belakang tu akan cuba dipindahkan dan akan buat 1 lubang najis. Semua ni bukan untuk kesempurnaan di mata kami. Tapi demi kesihatan anggun.
Masalah Anggun sangat complicated
Disebabkan berkongsi saluran tu la anggun dah 8 kali kena UTI & Urosepsis (jangkitan kuman pada kencing). Jadi operation ni adalah usaha supaya anggun dah tak kena jangkitan kuman lagi. Bila kena jangkitan kuman, fungsi buah pinggang anggun akan semakin terjejas. Latest bacaan urea adalah 10.6 dan creatinine 103. Sangat tinggi untuk baby 1 tahun 5 bulan. Ini lah sedikit cerita tentang anggun. Mummy nak cerita panjang sangat takut org bosan dah. Terlalu complicated masalah anggun. Sampaikan doc cakap the whole day 23/08/2020 tu nanti memang booking untuk operation anggun je.
Mummy dah tak senang duduk fikir berapa lama la anggun kena operate nanti. Tapi mummy tau anak mummy sangat kuat. Dah macam2 adik go through sepanjang 1y5m ni dan mummy daddy janji akan teros kuat demi adik. Semoga dengan perkongsian ni mummy dapat minta tolong dari semua orang untuk doakan semua urusan adik start dari sebelum – semasa – selepas operation dipermudahkan.
Semoga berjalan lancar dan adik cepat-cepat kuat untuk recover selepas operation. Terima kasih yang sudi membaca dan mendoakan Anggun Inara. Semoga Allah kurniakan rezeki dan pahala yang melimpah ruah untuk anda semua.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menjaga anugerah Allah SWT ini sebaik mungkin. Anak jatuh katil adalah perkara yang boleh dielakkan. Jangan kerana kecuaian kita, anak menderita.
Menurut perkongsian daripada Dr Alifah Aminuddin, Pegawai Perubatan dari Kajang Plaza Medical Centre (KPMC), keadaan anak boleh menjadi teruk jika melibatkan kecederaan otak. Jika melibatkan bahagian penting pada otak, fungsi bahagian yang dikawal oleh otak boleh menjadi rosak. Sebagai contoh jika berlaku pendarahan di bahagian oksipital, jika tidak dirawat atau lambat mendapatkan rawatan, kanak-kanak boleh menjadi buta.
Tanda-tanda bahaya selepas anak jatuh katil
Kebiasaannya jika jatuh yang serius boleh berlaku 2 keadaan;
Ada kes yang berlaku apabila anak jatuh katil sehingga menyebabkan bengkak muka dan meninggal, ia berlaku hanya disebabkan pendarahan berterusan didalam ruang intracranial seterusnya menyebabkan tekanan intracranial dan menghimpit saraf-saraf dan bahagian penting otak seterusnya oksigen tidak dapat sampai ke bahagian otak maka berlakulah nekrosis dan sel-sel otak akan mati, maka kematian boleh berlaku.
Jika anak muntah selepas terjatuh atau hentakan pada kepala, ia disebabkan berlaku pendarahan di kepala dimana tekanan intrakranium meningkat. Tekanan ke
bahagian medulla; kawasan untuk mengawal muntah.
Ujian CT scan otak tidak perlu dilakukan sekiranya tiada simptom-simptom seperti muntah-muntah, anak berkelakuan tidak aktif atau sawan. Jika risau masih boleh melakukan ultrasound bagi kes-kes yang perlu.
Jika tiada sebarang simptom berkaitan seperti dinyatakan diatas, maka ibu bapa tidak perlu risau kalau anak tidak tidur lena. Tetapi sekiranya tidur lena dan jika dikejutkan tidak bangun atau aktif maka perlu dibawa ke hospital dengan kadar segera.
Ada beberapa tip untuk ibu ayah gunakan bagi mengelak anak dari terjatuh katil;
Kredit: Dr Alifah Aminuddin
Pegawai Perubatan
Kajang Plaza Medical Centre (KPMC)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila masuk bulan ramadan, ramai ibu bapa yang cuba nak mendidik anak-anak agar berpuasa seawal usia yang boleh. Maka banyaklah pujuk rayu dan ganjaran yang sesetengah ibu ayah berikan supaya anak kecil dapat berpuasa selama yang mungkin.
Namun adakah puasa penuh memberikan kesan kepada anak-anak kecil ini untuk membesar? Adakah tip yang boleh dilakukan jika anak itu sendiri yang meminta untuk berpuasa? Ikuti perkongsian daripada Dr Izzar Anwar.
𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔? 👨👧
Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Tapi kalau nak mendidik anak untuk berpuasa, tak salah. Tapi janganla sampai memudaratkan anak 😨
Anak-anak kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi serta tak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan/minum. Takut kalau disuruh juga anak-anak kecil tu berpuasa full, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.
Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah2 sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganla expect untuk anak berpuasa seharian.
Untuk anak-anak kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam dahla. Supaya mereka rasa kebersamaan tu. Yela, feeling sahur dengan family sekali, berbuka sekali, tu yang anak-anak suka dan akan ingat. Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke. Ok la
Kalau nak melatih anak-anak berpuasa, ibu bapa perlu ingat :
✅ sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.
❌ JANGAN beri makanan bergula tinggi/ MANIS. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak
❌ ELAKKAN makanan MASIN untuk mengurangkan rasa dahaga.
❌JANGAN PAKSA anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung), dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang
❌ Air berkabonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan
Yang paling penting dan saya selalu tekankan ialah pemakanan seimbang. Tak kisahla masa bulan Ramadan atau tak. Makanan kena ada cukup zat dan nutrisi dari semua kumpulan makanan. Check di #drizzarshares.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.