
Hati ibu mana yang tidak tersentuh dan gembira apabila melihat anak mencapai sesuatu yang membanggakan. Lebih manis apabila kejayaan itu bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi si kecil, malah turut membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.
Siapa sangka, pada usia baru lima tahun, seorang kanak-kanak sudah mampu mencipta kenangan cukup istimewa apabila berjaya membawa pulang dua pingat emas buat negara.
Itulah pencapaian membanggakan gimnas cilik Malaiqa, atau nama penuhnya Malaiqa An Noura, yang berjaya meraih dua pingat emas dalam pertandingan gimnastik berirama di Korea Selatan.
Malaiqa menyertai Shine Cup International Rhythmic Gymnastics Competition 2026 bagi kategori Under 6, yang juga merupakan penyertaan antarabangsa pertamanya.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Gimnas Cilik Malaiqa, Usia 5 Tahun Raih Dua Emas

Menurut ibunya, Intan Liyana, Malaiqa pada awalnya berdepan rasa gementar kerana pertama kali menyertai pertandingan di negara asing.
Namun, rasa gugup itu tidak menghalang si kecil daripada memberikan persembahan terbaik. Malah, gimnas cilik Malaiqa bukan sahaja berjaya meraih dua pingat emas, tetapi turut mencatatkan skor peribadi tertingginya.
Lebih menyentuh hati, sebelum berangkat ke Korea Selatan, Malaiqa sudah menyatakan hasratnya untuk memenangi pingat emas bukan semata-mata untuk dirinya sendiri, sebaliknya mahu membawa kejayaan itu pulang buat Malaysia.
“Before we left Malaysia, she told me, ‘I want to win Golds for Malaysia, Mommy. Not for myself.’”
Impian kecil itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Malaiqa berjaya membawa pulang dua pingat emas sebagai buah tangan istimewa buat negara.
Bagi seorang ibu, tentunya tiada yang lebih membanggakan daripada melihat anak bukan sahaja berusaha bersungguh-sungguh, tetapi mempunyai semangat dan impian yang begitu besar pada usia yang masih kecil.
Intan berkata, pencapaian tersebut bukan sekadar mengenai pingat atau skor yang diperoleh, sebaliknya perkembangan positif yang ditunjukkan anaknya sepanjang perjalanan sebagai gimnas cilik.
Dia berasa bangga melihat Malaiqa semakin berani, kuat dan yakin pada dirinya setiap kali menyertai pertandingan.
“Walaupun nervous being at a different country for the first time, somehow she even managed to beat her own personal high score,” tulisnya.
Perjalanan Gimnas Cilik Malaiqa Daripada Mudah Menangis Hingga Semakin Berani
Sebagai seorang ibu yang mengikuti perjalanan anaknya sejak awal, Intan turut mengenang bagaimana Malaiqa sebelum ini merupakan seorang kanak-kanak yang mudah menangis ketika pertama kali menyertai pertandingan.
Namun, sedikit demi sedikit, pengalaman mengajarnya untuk menjadi lebih berani dan yakin.
Melihat senyuman Malaiqa selepas selesai melakukan rutinnya kali ini menjadi satu momen yang cukup bermakna buat keluarga.
Bukan sekadar kerana membawa pulang dua pingat emas, tetapi kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana seorang anak kecil belajar mengatasi rasa takut, mengawal rasa gementar dan percaya terhadap kemampuan dirinya.
Perubahan yang ditunjukkan gimnas cilik Malaiqa juga memperlihatkan bahawa setiap pengalaman yang dilalui seorang anak boleh menjadi ruang untuk mereka belajar dan membina keyakinan diri. Daripada seorang kanak-kanak yang mudah menangis ketika pertandingan, kini Malaiqa mampu berdepan cabaran lebih besar apabila bertanding jauh dari tanah air.
Keberanian Anak Juga Satu Pencapaian Besar

Kadangkala, kejayaan anak bukan hanya tentang berada di tempat pertama atau membawa pulang pingat. Keberanian untuk mencuba, bangkit daripada rasa takut dan terus melakukan yang terbaik juga merupakan satu pencapaian besar yang wajar diraikan oleh ibu ayah.
Sokongan keluarga sepanjang perjalanan anak juga boleh menjadi sesuatu yang cukup bermakna. Bagi anak yang masih kecil, peluang untuk meneroka minat, belajar daripada pengalaman dan membina keyakinan sedikit demi sedikit boleh menjadi sebahagian daripada proses mereka membesar.
Apa yang dilalui gimnas cilik Malaiqa menjadi contoh bagaimana pencapaian seorang anak boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Pingat tentunya menjadi kenangan manis, tetapi keberanian untuk berdiri di pentas pertandingan antarabangsa pada usia lima tahun turut menjadi pengalaman yang tidak mudah dilupakan.
Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”
Gimnas Cilik Malaiqa Bawa Pulang Emas Buat Malaysia
Pencapaian Malaiqa di Korea Selatan menjadi satu lagi langkah indah dalam perjalanannya sebagai gimnas cilik.
Dua pingat emas itu bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi buat Malaiqa, malah menjadi kenangan manis apabila impian kecil seorang kanak-kanak berusia lima tahun untuk membawa pulang emas buat Malaysia akhirnya tercapai.
Lebih istimewa, pertandingan antarabangsa pertama ini turut memberi peluang kepada gimnas cilik Malaiqa untuk mencipta skor peribadi terbaik dan membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa rasa gementar tidak semestinya menjadi penghalang untuk melakukan yang terbaik.
Pada usia yang masih kecil, pengalaman sebegini pastinya menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang Malaiqa dalam sukan gimnastik berirama. Setiap latihan, pertandingan dan pengalaman baharu akan terus menjadi ruang untuknya belajar serta mengembangkan potensi diri.
Semoga pencapaian ini terus menjadi pembakar semangat buat Malaiqa untuk melangkah lebih jauh, dan pada masa yang sama menjadi inspirasi kepada ibu ayah untuk terus menyokong minat serta potensi anak-anak sejak kecil.
Sumber: Intan Liyana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

