Ragam anak berkhatan sememangnya menghiburkan. Ada yang begitu tenang dan berani tidak terkecuali juga yang penuh aksi drama sebelum selesai waktu berkhatan. Semuanya satu kenangan manis sementara anak hendak membesar.
Penyampai radio, Issey tidak terkecuali berkongsi kisah dua anak lelakinya yang selesai bersunat dan masih di dalam tempoh pemulihan.
Tanpa sebarang drama yang dikongsikan namun gambar yang dikongsikan Issey menerusi Instagramnya itu jelas menggambarkan ketenangan pasangan suami isteri ini saat menjaga anak mereka.
Issey dan isteri dilihat begitu kreatif bila mana meletakkan meja sebagai penghadang demi memastikan anak-anak tersayang dalam keadaan baik. Sangat kreatif. Idea Issey dan isteri itu juga membuatkan pengikut Issey cuit hati.
“Beza budak sekarang dengan kita dulu bersunat.
“Kita dulu layan panggung sabtu jer dekat tv. Pastu sebelah ada tempurung satu. Budak sekarang gadjet jer la peneman.
“Terima kasih meja ikea. Senang urusan kami,” kongsi Issey menerusi Instagramnya.
Ads
Perkongsian gambar Issey dengan meja yang diletakkan pada anak dengan diseliputi oleh pengalas membuatkan kedua anak-anak Issey nampak cukup selesa. Apatah lagi berbekalkan gajet berbanding zaman dahulu yang hanya menonton televisyen sahaja.
Rata-rata pengikut Issey di Instagram memuji tindakan pasangan ini dan akan turut sama mengambil idea bernas ini untuk anak mereka kelak. Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang turut sama berkongsi tip kepada Issey di ruangan komen.
Antaranya adalah melalui pembelian alatan khas untuk anak pakai selepas waktu bersunat dan juga memakaikan anak dengan seluar yang lebih besar agar lebih dilindungi.
“Good idea Issey”
“Nak tiru”
Ads
“Idea bagus ni sey. Akak nok wak gini jugok la”
“Ada jual underwear for sunat. Shoppee banyak, lagi senang. Pakai tu anak tak payah baring or pakai kain dahhh.”
“Belikan seluar dalam berkhatan which quite comfortable for them. Day time boleh pakai dengan loose bermuda… malam boleh la cover dgn meja macam ni.”
Semoga kedua anak-anak Issey cepat-cepat sihat dan kembali aktif seperti dahulu.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @isseyfazlisham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di usia yang baru mencecah umur 2 tahun, siapa sangka anak kecil ini diuji dengan kehilangan orang penting dalam hidup mereka sekaligus. Masih belum memahami kehilangan kedua ibu bapanya walaupun perasaan rindu untuk memanggil ibu dan abi sentiasa meniti di mulut Muhammad Arfan Ziqri.
Sejak pemergian kedua ibu bapa Arfan setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Syed Putra hampir dua bulan lalu, kini Arfan dijaga sepenuhnya oleh ahli keluarga di kedua-dua belah pihak di Kelantan.
Leka bermain di pusara ibu dan abi
Melalui perkongsian bapa saudara Arfan, Azuan Shamsuddin yang membawa anak kecil ini menziarahi pusara kedua ibu bapanya nyata mengundang sebak.
Ini kerana melihat keletahnya bermain di pusara ibu dan abinya sambil memanggil “ABI, IBU” cukup mengambarkan kerinduan Arfan kepada insan yang paling rapat dengannya sebelum ini.
Walaupun belum pandai meluahkan isi hatinya, dari raut wajah dan tingkah laku Arfan nyata masih mengharapkan kehadiran insan yang amat penting dalam hidupnya itu.
Ajak balik tak nak, asyik panggil ibu
Menurut Azuan lagi Arfan dilihat seolah-olah ingin bercakap dengan ibunya. Dia juga kelihatan amat merindui allahyarham ibu dan abinya dan tak mahu berganjak apabila diajak pulang.
“Bila cakap ibu kat sini dia pun duk bu bu bu seolah-olah memanggil. Tak nak balik, suka duk main pasir situ, kat rumah tak main pasir pun.
“Allahu jelas nampak dia rindu, tarik tangan nak balik pun tak mahu,” kongsinya.
Sebelum ini, kisah arwah Nurul Ashikin dan suaminya, Lans Koperal Muhammad Shakiran Shamsuddin, 30, tular selepas pasangan ini terlibat dalam kemalangan maut selepas motosikal ditunggangi melanggar sebuah lori di Jalan Syed Putra menghala pusat bandar.
Ketika kemalangan itu, arwah Nurul Ashikin sedang hamil anak kembar dan kandungannya sudah hampir dua bulan namun semua ahli keluarga tak mengetahui berita kehamilan tersebut sehingga menjumpai buku pemeriksaan kandungan dalam beg tangan arwah.
Apa yang membuatkan Arfan cukup merindui ibunya itu, pagi sebelum kejadian tersebut, arwah Nurul Ashikin sempat berpesan pada anaknya “Jangan nangis-nangis, petang ibu ambil ye” ketika menghantar Arfan ke rumah pengasuh.
Perkara ini telah dikongsikan oleh pengasuh anak arwah yang dikenali sebagai Nor. Namun ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menolaknya.
Membesarlah dengan penuh kasih sayang
Memandangkan Arfan masih memerlukan kasih sayang, orang ramai yang mengikuti kisahnya ini sentiasa mengharapkan keluarga kedua-dua belah pihak memberi sepenuh kasih sayang buat anak yatim piatu ini dan sentiasa berada dalam keberkatan Allah.
Kepada ayah saudaranya jadilah pemegang amanah yang terbaik. Jaga anak ini dengan penuh kasih sayang kepada adik Arfan. Semoga Arfan kuat dan tabah membesar dengan baik dan menjadi insan berjaya serta menjadi sehebat Rasullulah SAW. Baginda juga seperti anakanda. Sayang Arfan!
Bila habis tempoh berpantang, ibu yang berkerja perlu kembali ke pejabat. Apa yang membuatkan ibu-ibu risau adalah bila keadaan anak yang suka mengempeng. Apa yang menjadi kebimbangan adalah bayi anda akan menangis dan keadaan itu akan menyusahkan pengasuh atau nurseri yang menjaganya.
Bayi yang menyusu atau BF sampai tidur adalah normal kerana mereka berasa selesa dan selamat dalam dakapan ibu. Jadi untuk memberikan rasa yang sama walaupun ketika bersama pengasuh atau penjaga, perkongsian daripada Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi yang tidak asing lagi mungkin boleh menjadi penyelesaian buat masalah yang dihadapi.
Ikuti perkongsian beliau:
” SAYA SELESA BIAR ANAK TIDUR MENGEMPENG, TAPI RISAU NANTI SUSAHKAN PENGASUH…”
Sebelum saya jawab, saya perlu betulkan sedikit ayat ibu ini yang berbunyi: “Masalah nya sekarang, bayi saya akan BF sampai tertidur “.
BF sampai tertidur BUKAN satu masalah. Ia fitrah. Ia normal. Bukan sahaja kerana anak merasa selamat dan selesa berada di dalam dakapan ibu, tetapi juga kerana aksi mengempeng (nurse to sleep)ini MEMENUHI KESEMUA 5 sensasi yang alam rahim pernah berikan kepada bayi.
Posisi mengiring+terlangkup semasa dalam 🤰➡️bayi mengiring rapat stomach to stomach semasa di riba ibu 🤱
Bunyi bising rahim dari degup jantung ibu+pergerakan tisu, otot dan organ dalam badan ibu+bunyi aliran darah🤰➡️bunyi jantung ibu bila telinga bayi rapat ke dada ibu🤱
Hayunan yang bayi rasa setiap kali ibu bergerak+ kerana terapung dalam air ketuban🤰➡️ibu menepuk-nepuk punggung bayi + ibu bergerak-gerak akibat beralih membetulkan posisi badan ketika menyusukan bayi🤱
Bayi menghisap jari ketika di dalam rahim 🤰➡️bayi menghisap susu/puting ibu 🤱
Nampak bagaimana aksi mengempeng meniru atau ‘replicate’ cara rahim ?
Maka tak hairan ramai bayi mudah diam dan tidur bila menyusu di badan ibu➡️ bayi dapat ‘skin to skin’ dengan ibu ➕ dapat juga replika cara ibu rahim nya dulu tenangkan dan tidurkan dia. 2 in 1…memang double syok.
Now, soalannya, bagaimana bila ibu tiada❓ Bolehkan bayi survive tidur tak ada ibu ni❓Risaunya…
Jawapan pendek nya: BOLEH. No worries mommy.
Kalau lah anak manusia ni tak boleh langsung beradaptasi atau ‘cari jalan’ tidur tanpa nenen ibu, hai….alamatnya kena berhenti kerja lah semua ibu-ibu BF yang memang jenis tidurkan anak sambil menyusu.
Di antara yang sedang membaca posting ini pun saya yakin benar ada ibu yang: sedang di tempat kerja + ada anak memang jenis tidur mengempeng + kini sedang di taska/rumah pengasuh.
Kan?
Cuma, ada 1 perkara yang ibu perlu sedar
✔️ Anak infant berusia bawah 4 bulan PERLU EKSTRA BANTUAN untuk bertenang dan lena TAK KIRA SAMADA KETIKA DI RUMAH SENDIRI ATAU DI TASKA kerana perkembangan mental dan motor mereka yang ‘primitif’. Ayat mudah nya: infant tak tahu dan tak mahir nak tenangkan diri dan tidur ‘sendiri’ kecuali jika bayi anda dari kategori easy-going.
Ekstra bantuan itu SAMADA dari ibu atau alat. Either one. Contoh nak kasi mudah faham ayat ni: jika ibu tak nak dan tak larat nak dodoi anak lama-lama ibu gunalah buai (yang patuh spesifikasi of course).
Untuk infant, memang either one perlu ada. Tak boleh dan kejam sebenarnya jika ibu atau mana-mana penjaga ada sikap: saya tak nak dodoi anak DAN saya jugak tak nak anak saya berbuai. Saya nak anak saya boleh tidur sendiri (nota: ~20% bayi infant memang perlukan elemen constant swinging untuk kekal tenang).
Bekal alat pengganti untuk pengasuh!
Maka, dengan pengetahuan ini, apa yang ibu perlu buat ialah ganti saja lah elemen berikut:
1.Pelukan ibu ➡️ bedung
2.Bunyi jantung ibu ➡️ bunyian white noise atau soothing sound dari mesin/alat/radio/phone
3.Dodoian ibu ➡️ buaian
4. Hisap puting ibu ➡️ puting tiruan.
Bekalkan sajalah alat-alat tersebut kepada pengasuh anda.
NOTA PENTING: ada bayi perlukan bedung + white noise saja . Ada bayi perlukan bedung + white noise + buai . Ada bayi perlukan bedung + white noise + buai + puting. Ada bayi perlukan bedung + white noise + puting. Belajarlah cara untuk kenalpasti anak anda perlukan ‘apa’ dan ‘berapa’. Bila dah kenalpasti, bekalkan saja kepada pengasuh. Cara nak kenalpasti? Kena belajar lah.
Inilah ‘beauty’ anak infant. Mereka belum pandai mendiskrimasi (memilih/favoritism) di antara manusia. Ya, bayi paling kenal ibu mereka dan paling gemar memanding wajah manusia berbanding objek lain namun ‘behavior attachment’ mereka belum kukuh terbentuk. Maka, asal ‘kena cara’, tenang dan dan tidurlah mereka di mana-mana saja , dengan sesiapa saja.
✔️ ⏸️…..baby besar 4 bulan ke atas yang dah pandai pilih orang pula macam mana?
Pertama sekali, bayi besar tidak perlukan lagi ekstra bantuan sebanyak dan sekerap bayi infant.
Kedua, sekitar 3-4 bulan, bayi perlahan-lahan belajar membezakan manusia dengan lebih terperinci dan mengukuhkan behavior attachment nya dari masa ke semasa.
Inilah permulaan bayi mula memilih primary mother figure (penjaga utama) , secondary mother figure (penjaga ke dua) dan seterusnya.
Primary mother figure selalunya ibu kandung bayi walaupun sesiapa saja yang paling banyak meluangkan masa berada di dalam hidup bayi secara AKTIF DAN SENSITIF boleh menjadi primary mother figure ini. Misalnya dalam kes ayah yang menjadi penjaga utama kerana ketiadaan ibu misalnya.
Secondary mother figure boleh jadi ayah kandung bayi, nenek bayi, makcik bayi….malah guru atau pengasuh bayi!
Bayi MEMILIH individu yang menjadi secondary mother figure nya juga berdasarkan siapa yang paling aktif dan sensitif terhadapnya bila primarily mother figurenya tiada/tidak ‘available’.
Maka tak hairan bayi ada favourite teacher atau favorite pengasuhnya.
Maksudnya, bayi memang boleh beza orang, cara dia di layan oleh setiap orang dan cara dia di tidur kan oleh setiap orang. Inilah juga sebab nya elok saja bayi tidur di ribaan atok sedang kan bila nampak ibunya, mula lah nak cari susu ibunya.
Asal ada usaha dari pihak pengasuh untuk sayang dan bina hubungan dengan bayi, bayi dan pengasuh akan sama-sama cari jalan untuk serasi.
Inilah juga sebabnya mengapa ibu tak perlu sehingga berbalah tentang cara pengasuh menidurkan bayi selama mana cara tersebut tidak membahayakan bayi. Dan ibu juga tak perlu nak ikut cara pengasuh tidurkan bayi dek risau bayi keliru. Tidak. Bayi tak keliru.
Ibu tidur kan bayi cara ibu mahu dan selesa. Pengasuh juga tidurkan bayi cara dia rasa paling berkesan dan selesa.
NAMUN, tentu sekali isu tidur tidak seelok ketika bersama ibu di rumah itu tak dapat di elakkan. Suasana, jumlah beban tugas dan keterbatasan masa adalah halangan terbesar bila anak di bawah jagaan pihak lain. Sedikit sebanyak ia pasti akan beri kesan sedikit kepada kualiti dan jumlah tidur bayi.
Asalkan kita sedar pengasuh telah berusaha memberikan yang terbaik, InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang dibesarkan dalam suasana yang bahagia dan sering melihat papanya sangat mencintai dan sayang isteri (mamanya), maka dia akan membesar sebagai orang yang hebat satu hari nanti. Bila ada anak, biasanya hidup kita akan berubah. Dalam usaha mendidik anak, seorang papa akan mula melakukan sesuatu perkara secara berbeza.
Lebih mengambil berat tentang segala keperluan anak sama ada dalam soal mencurahkan kasih sayang mahu pun penyediaan materialnya. Seseorang yang bergelar ayah akan menjadi lebih bertanggungjawab menjaga dan memastikan anak tersayang sentiasa dilindungi dan disayangi sepenuh hati. Daripada semua perkara tersebut, ada satu perkara penting yang papa boleh buat dan akan memberikan impak besar dalam hidup seorang anak. Apakah dia?
1. Cinta dan sayangi mama mereka sepenuh hati
Nampak ‘simple’ tapi kesannya sangat besar. Mencintai dan menyayangi ibu anak anda adalah perkara terhebat yang anda boleh lakukan untuk si kecil!
2. Tunjukkan rasa cinta anda pada isteri anda
Cara anda layan dan tunjukkan kasih sayang pada isteri sangat penting kepada anak. Apabila anak melihat yang papanya sangat menyayangi mama, mereka akan faham erti kasih sayang. Anak lelaki belajar bagaimana cara yang betul menyayangi dan menghormati wanita bila mereka besar nanti. Anak perempuan pula belajar bagaimana sepatutnya seorang lelaki patut melayan wanita yang dia cintai.
Mencintai ibu anak-anak anda sebenarnya cara terbaik memupuk nilai kasih sayang dalam diri anak. Cinta dapat menggalakkan dan memberi inspirasi kepada anak untuk sentiasa berkasih-sayang, hormat-menghormati dan bertolak-ansur dalam kehidupan. Mereka tidak belajar nilai tersebut daripada buku tetapi mempelajarinya daripada pemerhatian terhadap kedua ibu bapa.
4. Keharmonian membentuk kebahagiaan
Rumah yang bahagia dan penuh rasa cinta akan melahirkan anak-anak yang gembira dan ceria. Ia penting untuk membantu perkembangan dan tumbesaran positif anak. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan dilimpahi kasih sayang yang cukup akan membesar sebagai anak yang hebat.
Apabila papa dan mama sentiasa berkasih sayang dan tak bergaduh depan anak-anak, tentu impian anda untuk mempunyai anak yang berakhlak dan mendengar kata akan terlaksana.
Kerjasama dua belah pihak sangat penting untuk melahirkan anak yang positif tingkah lakunya. Anak dapat merasakan ikatan yang hebat dalam pasukan papa dan mamanya, dan mereka tahu bukan hanya seorang sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendidik mereka menjadi anak yang baik tetapi sebaliknya dua orang penting bekerjasama memastikan si kecil sentiasa berada di landasan yang betul.
Jadi, bila sudah bergelar ayah, kasih sayang anda bukan sekadar untuk anak, tetapi terus cintai dan sayangi ibu anak-anak anda seperti zaman bercinta dulu bahkan patut lebih lagi. Ia akan memberikan faedah yang sukar dinilai dengan wang ringgit!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.