Gugur Kali Kedua Selepas Tiga Bulan. Almy Nadia & Fizz Fairuz Reda Belum Ada Rezeki Timang Cahaya Mata Seorang Lagi

Share

Selepas mengalami pendarahan tanpa henti tiga hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri Ahad lalu, pelakon dan isteri kepada Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia disahkan keguguran.

Dalam satu laporan akhbar tempatan, Fizz Fairuz berkata Almy selamat menjalani pembedahan, petang Khamis, berikutan pendarahan teruk itu.

“Ramadan lalu, Almy membuat ujian kehamilan selepas tidak datang haid selama sebulan.

“Pada mulanya, ujian berkenaan menunjukkan bacaan negatif. Tetapi selepas seminggu, isteri buat sekali lagi dan keputusannya positif.

“Ketika itu, biarpun tempoh isteri mengandung semula agak cepat selepas keguguran, Februari lalu, kami reda.

“Namun, beberapa hari sebelum Aidilfitri, Almy mengalami pendarahan luar biasa dan sakit perut,” katanya lagi

Fizz berkata, doktor pada mulanya menjangka darah beku dalam rahim isteri sebagai punca pendarahan teruk.

“Isteri menjalani ujian imbasan dan doktor mendapati ada ketulan seperti darah beku bersaiz satu sentimeter (sm).

“Selepas enam hari, saiz luka membesar menjadi 6 sm, itu yang menyebabkan Almy sakit teruk,” katanya.

Artikel menarik: Lepas Keguguran Tahun Lalu, Isteri Hamil Lagi. Bakal Lahirkan Anak Perempuan Oktober Nanti, Cef Naem Ucap Rasa Syukur

Fizz berkata, sejak mengalami pendarahan banyak sehingga demam, mereka kerap membuat pemeriksaan di hospital.

“Isteri mengadu sakit pada sebelah malam. Saya minta dia mengambil ubat demam dan berjanji membawanya ke hospital pada keesokan hari.

“Akibat tidak tahan menanggung sakit seperti hendak bersalin, dia langsung tidak boleh tidur malam.

“Semalam, sebaik tiba di hospital, doktor menjalankan ujian imbasan dan mendapati jantung kandungan yang berusia enam minggu, sudah tiada.

“Jadi doktor mengarahkan Almy segera menjalani proses mencuci rahim kerana tidak mahu mendatangkan risiko,” katanya.

Fizz berkata, mereka reda tiada rezeki untuk menimang seorang lagi cahaya mata.

“Bagi saya, ini lebih baik daripada terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada nyawa isteri.

“Setakat ini, doktor beritahu tiada masalah untuk isteri mengandung lagi. Tetapi kami mahu berehat sementara waktu.

“Ini kerana Almy dua kali keguguran dalam tempoh singkat. Biarlah rahimnya kuat dulu,” katanya.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Almy Nadia sendiri melalui akaun Instagram miliknya, pelakon ini memuat naik satu video untuk memberikan serba sedikit penjelasan atas apa yang berlaku kepadanya.

Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, dia reda atas nasib sama yang pernah berlaku kepada dirinya pada Februari tahun ini apabila usia kandungan yang berusia 14 minggu keguguran.

Dalam perkongsian tersebut juga, Almy turut ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Malah menurutnya Allah nak bagi rezeki yang lagi besar buat keluarganya selepas ini.

“ Sebenarnya saya mengandung 6 minggu 3 hari, tetapi saya mengalami pendarahan.

“ Saya tak tahu apa yang saya makan.

“Kemudian, apabila pendarahan berlaku, doktor cucuk di bahagian perut untuk kuatkan rahim.

“Boleh dikatakan banyak juga darah dan ia berlaku ketika malam sahaja sepanjang raya. ketika siang tiada pendarahan

“Apabila sampai di hospital, doktor cek dan scan beritahu saya bahawa tiada kantung,” kongsi Almy.

 

Pasangan itu yang berkahwin pada 2014, memiliki tiga cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 2 tahun.

Semoga pasangan ini tabah menerima berita keguguran kali kedua yang dialami oleh Almy. Didoakan Almy cepat sembuh dan semoga dikurniakan rezeki lain pada masa hadapan.

Sumber: BH Online & Media Hiburan

Artikel menarik: Tak Dapat Describe. Hanya Ibu Yang Pernah Lalui Akan Tahu, Sedihnya Bila Keguguran

IKLAN