Pemergian seorang kanak-kanak yang tercekik gula-gula ‘gummy mata’, Allahyarham Mohamad Fahmi membuatkan hati kecil seorang insan bergelar ibu dan ayah turut terkesan dan bersedih.
Ibu dan ayah antara yang paling berang kerana gula-gula dari China ini dijual dengan begitu berleluasa di pasaran dan tidak terkecuali di sekolah.
Meninjau di pelbagai ruangan komen media social, ramai yang mula mengutarakan supaya mengharamkan jualan ‘jajan’ itu di pasaran.
Gula-gula Gummy Eyeball ini mungkin nampak menarik dan menyeronokkan, tetapi ia boleh menjadi perangkap maut kerana ia adalah penyendal saluran pernafasan kanak kanak yang sempurna.
Ads
Kenapa gummy eyeball sangat berbahaya?
* Tekstur licin & kenyal – Mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.
Ads
* Bentuk bulat & besar – Jika tidak dikunyah sempurna, ia boleh tersangkut di saluran pernafasan.
* Sukar dikeluarkan jika tersedak – Berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.
Ads
* Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil – Mereka belum pandai mengunyah dengan betul dan lebih mudah panik jika tercekik.
Kanak-kanak bukan tahu bahaya—mereka hanya tahu makanan itu manis dan seronok dimakan.
Jika nampak gula-gula ini dijual di sekolah atau kedai berhampiran, laporkan dan suarakan kebimbangan anda. Jangan biarkan tragedi ini berulang.
Kredit: Public Health Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak dibuli bukan sekadar kisah di sekolah ia boleh meninggalkan trauma yang mendalam, merosakkan keyakinan diri dan mengganggu emosi mereka untuk jangka panjang. Sebagai ibu bapa, kita perlu peka terhadap tanda-tanda anak dibuli dan tahu cara bertindak segera supaya perkara ini tidak berulang.
Seorang peguam, Liyana, yang juga ibu kepada dua anak, berkongsi pesanan penting: jangan diam, kumpul bukti, dan ajar anak untuk berani melawan pembuli dengan cara yang betul. Katanya, peranan ibu bapa sangat besar dalam memastikan anak tidak menjadi mangsa berterusan.
Apabila anak memberitahu mereka dibuli, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendengar dengan penuh empati. Jangan memarahi atau menyalahkan mereka. Berikan pelukan, yakinkan bahawa mereka tidak bersalah, dan beritahu bahawa ibu bapa akan membantu. Sokongan emosi ini membuatkan anak rasa selamat untuk terus bercerita.
Liyana menegaskan, anak-anak perlu diajar untuk membuat aduan kepada guru atau pihak berwajib jika dibuli. ‘Lawan balik’ yang dimaksudkan bukan dengan keganasan, tetapi dengan cara mempertahankan diri yang selamat — seperti berkata tegas “Jangan buat saya macam ni!”, berlari ke kawasan selamat atau mencari orang dewasa untuk membantu.
Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah, bawa perkara ini kepada pihak atasan seperti pentadbir sekolah melalui surat rasmi. Jangan teragak-agak untuk membuat laporan polis, terutamanya jika melibatkan kecederaan fizikal atau ancaman keselamatan. Langkah ini penting untuk memastikan ada rekod rasmi dan tindakan diambil.
Simpan semua mesej, rakaman suara, atau gambar kecederaan. Catat tarikh, masa, lokasi, dan saksi kejadian jika ada. Bukti ini adalah kunci utama untuk membuktikan kebenaran dan memastikan pembuli bertanggungjawab.
Selepas insiden buli, ibu bapa perlu membantu anak memulihkan keyakinan diri. Luangkan masa berkualiti bersama, libatkan mereka dalam aktiviti yang mereka minat, dan jika perlu, dapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi kanak-kanak.
Kesimpulannya, membiarkan anak berdepan pembuli tanpa tindakan segera boleh memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang. Sebagai ibu bapa, kita perlu menjadi pelindung dan pendengar setia. Ingatlah pesan peguam ini kumpul bukti, bertindak segera, dan pastikan anak tahu mereka tidak bersendirian.
Bayangkan kesedihan sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka seorang wanita muda yang meninggalkan kampung halaman dengan harapan mencari rezeki dan masa depan yang lebih baik. Nur Afiyah Daeng Damin, 28, hanya mahu bekerja keras demi keluarganya. Namun, impian itu berakhir dalam penderitaan yang tidak terbayangkan.
Akhirnya, keadilan berpihak kepada mangsa.
Memetik laporan media, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap sepasang bekas suami isteri Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 44, dan Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 37 selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah, dalam kejadian tragis yang berlaku antara 8 hingga 11 Disember 2021 di sebuah kondominium di Penampang.
Untuk makluman, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd merupakan finalis MasterChef musim 2012.
Kisah ini bukan sekadar berita mahkamah, tetapi pengajaran mendalam tentang nilai nyawa, tanggungjawab, dan kesan kekejaman terhadap sebuah keluarga yang kini kehilangan selamanya. Di sebalik hukuman ini, terdapat luka yang tidak akan sembuh bagi keluarga Nur Afiyah, yang hanya dapat mengenal pasti jasadnya melalui gelang di pergelangan tangannya.
Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng memutuskan Ambree, seorang kontraktor, bukan sahaja perlu menjalani hukuman penjara, tetapi juga menerima 12 sebatan rotan. Sebaliknya, Etiqah, bekas finalis program realiti masakan, dikecualikan daripada hukuman sebatan atas faktor jantina, seperti diperuntukkan dalam Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah. Di kandang tertuduh, Ambree kelihatan tenang, tetapi Etiqah menundukkan kepala, menutup wajahnya, seolah-olah dibebani kesedihan atau penyesalan.
Kedua-dua tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dengan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika hukuman mati tidak dijatuhkan. Hakim Lim menegaskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah, termasuk fakta bahawa Nur Afiyah meninggal akibat kecederaan yang disengajakan dengan niat bersama oleh kedua-dua tertuduh, seperti ditakrifkan dalam Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan. Pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap pertuduhan.
Kekejaman yang Menyayat Hati
Timbalan Pendakwa Raya, Dacia Jane Romanus, dalam hujahannya, meluahkan kekecewaan terhadap kekejaman yang dialami Nur Afiyah. Beliau berkata, “Si mati adalah seorang wanita muda yang berusaha mencari rezeki secara jujur semasa pandemik global. Ketika orang lain berlindung di rumah, dia pula menghadapi penderitaan berpanjangan di tempat kerja, yang akhirnya menjadi lokasi kematiannya.” Dacia menegaskan bahawa Ambree dan Etiqah, sebagai majikan, sepatutnya menyediakan perlindungan, tetapi sebaliknya menyeksa Nur Afiyah setiap hari, merampas hak asasinya, dan akhirnya nyawanya.
Namun, walaupun Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 telah berkuat kuasa, mahkamah memilih hukuman penjara 34 tahun, dengan alasan mengambil kira kekejaman yang dilakukan dan tempoh penderaan yang panjang. Hakim Lim menjelaskan bahawa walaupun peguam bela, Datuk Ram Singh (mewakili Ambree) dan Datuk Seri Rakhbir Singh (mewakili Etiqah), dengan hujahan rayuan, mahkamah tidak dapat mengabaikan penderitaan yang dialami mangsa.
Kedua-dua tertuduh, yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan, kini diperintahkan menjalani hukuman penjara serta-merta mulai hari ini. Kes ini bermula di mahkamah pada 29 Disember 2021, dengan tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan pada 17 November 2022. Namun, di sebalik fakta undang-undang, kisah ini meninggalkan pengajaran yang mendalam. Ia mengingatkan kita tentang pentingnya menghormati nyawa manusia, tanggungjawab sebagai majikan, dan akibat buruk daripada kehilangan kemanusiaan.
Nyata tiada hukuman yang dapat mengembalikan anak, isteri, atau adik mereka. Tetapi melalui kes ini, kita diingatkan untuk menghargai setiap insan di sekeliling kita, melindungi mereka yang lemah, dan memastikan tiada lagi keluarga yang perlu menanggung kesedihan sebegini. Semoga tragedi ini menjadi cermin bagi kita semua untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Membimbangkan! Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan bahawa kadar kelahiran di Malaysia mencatat penurunan sebanyak 11.5% kepada 93,500, berbanding 105,613 kelahiran pada suku pertama tahun 2024.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.
Difahamkan nisbah jantina bagi kelahiran hidup adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Selangor mencatat bilangan kelahiran tertinggi dengan 18,254 kelahiran (19.5%). Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatat jumlah terendah dengan hanya 278 kelahiran (0.3%).
Golongan ibu berusia antara 30 hingga 39 tahun mencatat 49,816 kelahiran (53.3%), diikuti oleh kumpulan umur 20 hingga 29 tahun (39.3%).
Hanya 1.4 peratus kelahiran melibatkan ibu berumur kurang daripada 20 tahun, manakala terdapat tiga kelahiran dicatatkan oleh ibu yang berusia 55 tahun dan ke atas.
Dari segi etnik, kaum Melayu menyumbang sebanyak 68.8% (64,326 kelahiran), diikuti oleh Bumiputera Lain (12.6%), Cina (8.6%) dan India (3.8%).
Etnik Cina dan India mencatatkan penurunan ketara kerana berkurang sebanyak 1 peratus dan 0.4 peratus berbanding suku pertama 2024.
Selain itu, Ketua Perangkawan turut menyatakan bahawa jumlah penduduk Malaysia kini dianggarkan seramai 34.2 juta, meningkat sebanyak 0.9 peratus berbanding 33.9 juta pada suku pertama 2024.
Beliau menjelaskan penurunan kadar kelahiran dan kadar kesuburan (Total Fertility Rate atau TFR) kini merupakan isu global yang memberi tekanan terhadap struktur demografi, pertumbuhan ekonomi serta keseimbangan sosial.
“Banyak negara kini mencatatkan TFR di bawah paras penggantian 2.1 anak bagi setiap wanita berusia 15-49 tahun. Ini memberi kesan kepada populasi menua, penurunan populasi dan tenaga kerja,” ujarnya.
Negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand, China dan Rusia yang sedang menghadapi cabaran ini melaksanakan pelbagai dasar sokongan keluarga, pemberian insentif kewangan serta peluasan cuti bersalin sebagai usaha untuk mengatasi isu populasi yang semakin menua.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!