Anak-anak kecil sememangnya kerap jatuh sakit, demam, selesema dan batuk disebabkan antibodi yang masih lemah.

Ibu mana yang tak risau bila anak mula jatuh sakit lebih-lebih lagi masih kecil dan tiada ubat yang sesuai. Sebenarnya anak-anak boleh mendapat khasiat daripada buah-buahan yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang boleh menyembuhkan penyakit. Seperti perkongsian ibu ini yang mana dia menggunakan buah delima untuk menyembuhkan batuk si kecil.

Baru teringat nak share, since salsabila tetiba batuk hari tu kalutnya lah mak dia ni ,risau anak batuk lelama oi. Jangan memain, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru-paru tau ..Nauzubillahiminzalik.

“Guna Air Buah Delima Sahaja” Ibu Kongsi Tip Rawat Batuk Anak & Cepat Sembuh
Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU. So far memang ramai kata bagus guna madu. TAPI ,bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu .

So try cari alternatif lain. Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu, function dia sama macam madu, bersifat panas and tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus .

Baca artikel:

“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk

IKLAN

Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!

Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak

Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang,dua tiga hari baru perasan yang batuk tak ada langsung dah . Mak mak yang ‘over kalut’ macam kita ni kalau anak batuk or selsema boleh lah try naaa . .😂

“Guna Air Buah Delima Sahaja” Ibu Kongsi Tip Rawat Batuk Anak & Cepat Sembuh

Oh lupa nak bagitau, tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar, sentiasa meleleh. So kena sedut selalu ye and lendir kahak keluar melalui poopoo baby. Ini kesan yang saya nampak dekat Salsabila.

IKLAN

Kalau makin teruk please refer doctor ye ?

Takda mak yang nak anak sakit, semua mak nak yang terbaik untuk anak memasing tapi sakit demam batuk selsema tu tetap tak boleh nak elak, memang kena lalui jugak. Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai sorang mak, nanti lama-lama jadi Pro dah .

“Guna Air Buah Delima Sahaja” Ibu Kongsi Tip Rawat Batuk Anak & Cepat Sembuh

Supermom gituuu !😍

*Anak anugerah ALLAH SWT . Amanah untuk mak ayah, usaha lah beri yang terbaik untuk anak-anak ikut kemampuan kita .

IKLAN

Semoga beri manfaat untuk semua❤❤❤❤

Khasiat Buah Delima

Buah delima bukan sahaja baik kerana ia dianggap makanan sunnah yang diamalkan Nabi Muahmmad saw. Tetapi juga khasiatnya turut dibuktikan oleh kajian sains. Ini kerana buah delima sangat kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan, antaranya:

Anti-oksida– Menghalang radikal bebas seterusnya menguatkan imunisasi badan.
Vitamin C– Membantu mengawal fungsi organ tubuh dan menguatkan daya tahan badan.
Vitamin K– Penting dalam proses pembentukan tulang.
Vitamin B– Baik untuk peredaran darah dan kesihatan saraf.
Fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi.
Lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit. Bagus untuk individu yang ingin kurus dan dapat menjaga kesihatan jantung.
Serat– Elakkan sembelit dan baik untuk kesihatan usus.

Kredit : Farhany Ami Murad

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI