Penggunaan produk yang tidak bersesuaian boleh memudaratkan bayi, apatah lagi hingga mengakibatkan sawan. Bahayanya!
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini perlu mama papa ikuti. Jangan terikut-ikut menggunakan setiap produk yang mengandungi camphor atau kapur barus tanpa memeriksa terlebih dahulu amaran atau cara penggunaannya. Setiap produk dilengkapi label dan ada yang telah memaklumkan yang ia tidak selamat untuk bayi.
BANYAK DALAM PRODUK JENIS SAPUAN Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK 2 TAHUN KE BAWAH Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka.
Ads
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.
JANGAN LETAK DI HIDUNG, MATA ATAU KULIT Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.
BACA LABEL, JADILAH IBU AYAH YANG BIJAK Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!
Public Health Malaysia juga turut berkongsi beberapa produk yang tidak sesuai untuk bayi bawah 24 bulan.
Momen menyusukan anak sememangnya saat yang paling indah. Bonding dengan anak terasa cukup kuat. Sampai saatnya bila mana susu makin berkurang dan anak sudah mula kurang minat, ibu merasa kosong dan sedih. Begitu kuatnya penangan menyusukan bayi.
Mengekalkan produksi susu juga bukan mudah, perlukan usaha dan tenaga yang berterusan dari ibu. Ini tip yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya Yaakob dari Prexious Lactation Centre.
TIPS RINGKAS “MAINTAIN” PRODUKSI SUSU.
✅ Menyusu sesuai demand atau permintaan bayi. Menjadualkan penyusuan susu ibu akan menganggu produksi. Contohnya:
Bayi saya menyusu 3 jam sekali. Kalau bayi minta sebelum 3 jam, ibu akan berikan puting kosong / pacifier. Penyusuan berjadual di atas akan mengganggu demand dan supply sekali gus mengganggu produksi susu ibu.
✅ Co sleeping, atau tidur bersama bayi akan membantu ibu untuk respond lebih cepat terhadap penyusuan susu ibu.
Selain itu, ibu juga tidak terlalu letih kerana penyusuan dengan posisi berbaring akan membantu ibu untuk berehat dan menyusui.
✅ Tubuh badan seorang individu dewasa mengandungi 60-70% air. Ini bermakna, lebih dari separuh tubuh badan kita adalah air. Bayangkan sekiranya kita tidak menjaga hidrasi tubuh.
Individu dewasa di sarankan untuk minum 8 gelas sehari iaitu kira-kira 1.6 – 2 liter. Ibu menyusu pula disarankan untuk minum 8 – 13 gelas sehari iaitu 1.6 – 2.6 liter. Apatah lagi sekarang cuaca sangat panas. Hidrasi tubuh sangat penting untuk dijaga.
✅ Betul adalah hampir tidak memungkinkan untuk kita sarankan ibu untuk medapat tidur 6 hingga 8 jam. Namun pastikan istirahat/tidur yang ibu dapatkan itu adalah tidur yang berkualiti. Biarpun hanya tiga jam, tapi 3 jam yang berkualiti.
✅ Penyusuan di malam hari adalah salah satu tips untuk mengekalkan produksi yang susu yang baik.
Selain dari hormon prolaktin yang lebih tinggi di malam hari, permintaan yang kerap tanpa gap yang terlalu lama akan membantu mengekalkan produksi melalui ciptaan demand dan supply.
Ada segelintir yang merasakan penyusuan di malam hari adalah sesuatu yang melelahkan. Pemberian susu diberikan menggunakan botol dan EBM oleh penjaga atau pasangan.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tak risau melihat keadaan anak yang sakit. Tambah menyedihkan apabila keadaan anak semakin hari semakin merisaukan hati ibu. Sama seperti perkongsian Puan Syera apabila bayinya yang baru dilahirkan terkena jangkitan pada bahagian mata sehingga menyebabkan kedua-dua mata anaknya berdarah.
Risau dengan keadaan si kecil itu, dia terus mendapatkan rawatan pakar mata. Tambahnya lagi emosi agak terkesan kerana dia masih berada dalam tempoh berpantang. Kejadian ini menjadikan dia dan suami ibu bapa yang lebih kuat untuk Marissa. Ikuti perkongsian ini.
Masa saya lahirkan Qaseh Marissa Sofia, husband tangkap gambar memang nampak mata kanan bertahi tapi after esok tu tengok ok dah. Masa awal-awal kami perasan mata kananya seperti ada tahi mata sedikit tapi memang tak jangka boleh jadi teruk. Masa usianya 14 hari, memang ketara nampak banyak tahi pada mata kanannya sampai tak boleh celik.
Kami ke klinik dan diberikan ubat titis sebab tak ada ubat untuk bayi. Tapi keadaan matanya makin teruk. Masa kami cuba lap, tiba-tiba keluar darah pula.
Panik tak usah cakaplah, saya pula pertama kali bergelar ibu. Bila jadi macam ni memang sedih sangat tengok keadaan baby sendiri.
Saya sendiri masih berpantang, menangis tak berhenti mengenangkan kesakitan baby. Selepas mata kanan, kemudian mata kiri pun turut berjangkit, bengkak dan berdarah.
Memang kami berulang bertemu pakar mata kerana mahu mata anak sihat kembali.Masa berdarah tu doctor dah cakap infection dah,jadi saya terus bawa anak jumpa pakar mata Enam kali berulang untuk rawatan cuci luka. Dalam tempoh sebulan jugalah baru kedua-dua mata bayi kami pulih.
Alhamduillah kini mata bayi kami pulih sepenuhnya. Doktor bagi ubat titik khas untuk dia. Usianya pun dah dua bulan dan makin lucu keletahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Berita tragis mengenai pemergian seorang anggota polis berpangkat konstabel ketika hampir waktu berbuka petang 6 Mei benar-benar membuatkan ramai bersimpati dengan isteri dan anak perempuan arwah yang baru mencecah usia setahun.
Menerusi laporan media, pemergian arwah secara mengejut itu dipercayai kerana tertembak oleh rakan sendiri di rumah sewa ketika menunggu waktu untuk berbuka puasa.
Mangsa, Norhalim Tumiran, 25, baru sebulan bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu sebelum kejadian yang meragut nyawanya itu.
Bagaimanapun, status di Facebooknya pada 1 Mei lalu seolah-olah memberi petanda. Mungkin kebetulan juga arwah baru melaporkan diri di Sibu dan tak dapat pulang beraya.
Apa yang menyentuh hati pada status terakhir arwah yang berasal dari Pahang itu adalah dia memaklumkan tahun ini tidak dapat beraya bersama keluarga, baik di rumah keluarga sendiri mahupun keluarga mertua kerana tugas.
Baru sambut anniversary ke-2
Mangsa yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga juga baru sahaja menyambut hari ulang tahun perkahwinan pada pertengahan April lalu.
Seolah dapat tahu ajalnya dekat
Melihat status terakhir mangsa, ramai yang mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Nor Halim.
Walaupun tiada ikatan kekeluargaan, pemergian dihujung Ramadan benar-benar buat ramai yang bersimpati. Mereka juga sempat memanjatkan doa berharap agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Rupanya allahyarham beraya disana
Luahan arwah tak dapat nak beraya dengan kedua keluarga, akhirnya jadi kenyataan dan ‘beraya’ di sana.
Walaupun tiada ikatan persaudaraan, ramai yang mendoakan arwah di tempatkan dikalangan orang beriman. Buat isteri, anak dan seluruh ahli keluarga moga diberi kekuatan menempuhi hari-hari mendatang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!