Aduh! Ketika buat ujian UPT tadi, terang dua garis. Anak sulung masih kecil, mungkin tidak faham situasi yang dia akan menjadi anak sulung tidak lama lagi. Tiba-tiba saja ada tanggung jawab untuk menjadi abang atau kakak. Macam mana mahu beritahu kepada mereka tanpa ada rasa serba salah? Anda boleh cuba lima tip ini, mana tahu dapat membantu.
Bawa Bersama Ketika Buat Pemeriksaan Di Klinik
Ada sesetengah Mama dan Papa yang kurang selesa untuk membawa anak pertama ke klinik ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Mungkin tidak mahu anak meragam kerana perlu menunggu lama dan sebagainya. Salah satu cara paling mudah dan jelas untuk memberitahu anak anda bahawa mereka akan dapat adik nanti adalah dengan melibatkan mereka seawal pemeriksaan pertama lagi.
Dengan cara ini mereka akan mula faham dan bersedia untuk menerima adik di kemudian hari. Terangkan juga mengapa pertemuan dengan doktor dibuat, biarpun mereka tidak memahaminya ketika pertama kali diberitahu. Namun jika diberitahu berulang kali, mereka akan mula dapat menangkap apa yang cuba anda katakan.
Tunjuk Album Gambar Ketika Mereka Kecil
Jika anda menyimpan foto-foto anak sulung di dalam album khas, tunjukkan kepada mereka. Katakan pada mereka bahawa di dalam foto itu adalah mereka ketika bayi. Sambil itu, berceritalah yang tidak lama lagi akan ada bayi baru dalam keluarga anda. Ceritakan apa perkara menarik jika ada bayi di dalam rumah, sudah tentu mereka akan merasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik mereka.
Buat Baju T Khas Untuk Anak Sulung
Anda boleh tempah khas baju T yang menulis bahawa mereka adalah abang atau kakak. Biarpun mereka mungkin tidak boleh membaca lagi, anda sendiri boleh beritahu kepada mereka apa maksud tulisan yang ada pada baju T mereka. Beri mereka pakai baju T tersebut berulang kali supaya mereka merasa bahagia dan sentiasa ternanti-nantikan adik baru mereka.
Selalu Beri Mereka Lihat Foto Bayi
Tunjukkan gambar-gambar bayi kepada anak sulung anda. Sebelum mengetahui jantina anak kedua anda, pelbagaikan pilihan foto bayi yang mahu anda tunjukkan kepada mereka. Beritahu mereka, beginilah mungkin rupa adik yang ada di dalam perut anda. Pasti mereka teruja untuk melihat sendiri rupa adik adik baru!
Perut Yang Semakin Membesar
Jelas sekali dengan perubahan fizikal serta perut yang semakin membesar, anda boleh bercerita kepada anak sulung tentang adik mereka. Tunjukkan perut anda dan katakan kepada mereka di dalamnya ada adik. Latih mereka untuk mula sayangkan adik sedari mereka di dalam perut lagi. Melihat perut anda yang semakin membesar akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka, jadi tugas anda akan menjadi lebih mudah untuk menerangkan tentang bayi dalam kandungan.
Untuk anak-anak kecil yang mungkin agak sukar untuk memahami tentang keadaan ini, anda boleh mula perlahan-lahan. Ceritakan satu per satu tentang kandungan anda dan adik mereka. Paling penting, pastikan mereka bersedia dari segi emosi sebelum anda melahirkan bayi seterusnya. Jagalah perasaan mereka dan sesudah melahirkan, jangan abaikan keberadaan mereka di sekitar anda.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Di dalam perkongsian di laman Instagramnya beberapa hari lepas, Instafamous ini telah memuatnaik foto anak sulungnya yang telah mula membaca Al-Quran. Selepas lebih kurang dua tahun mengaji menggunakan buku Iqra’ dan berjaya menamatkannya, Fiska Medina memulakan pembelajaran Al-Quran pula. Melahirkan rasa syukurnya, Irine sempat memberi pesanan indah buat puteri sulungnya bersama suami tercinta, Muhd Amirul.
Harini 28 Feb 2019 . . Anak ibu harini Fiska Medina Alhamdulillah masuk bacaan Al-Quran buat pertama kalinya ? . . Fasa Iqra’ dah pun selesai dan sekarang disambung pula dengan Al-Quran❤️ Setahun lebih yang lepas, ibu tanya pada ustazah, awal sangat tak kalau nak bagi anak belajar mengaji sebab Kak Nina start mengaji masa umur dia hujung-hujung 4 tahun. Ustazah kata lagi bagus, nanti boleh cepat khatam. Sekarang Kak Nina umur 6 tahun . . Sebagai parents, mesti rasa terharu,itulah yang kita harapkan pada anak. Apatah lagi parents yang dapat melahirkan anak-anak dalam kalangan para Tahfiz. MashaAllah . . Tahniah Kak Nina! InshaAllah lepasni khatamkan Al-Quran pula . . Ingat pesan ibu ayah, . . Tidak ada yang dapat menemani kita sepanjang di alam kubur . . Tidak ibu,tidak ayah,tidak kawan kawanmu, tidak pula harta kita . . Hanya amalan baik dan Al Quranlah peneman kita sampai hari pembalasan . . Bacalah Al Quran anak ibu,sebelum ia dibacakan ke atas kita . . I love u anak ibu? . . Uncle auntie, mohon doakan Kak Nina dipermudahkan dan dilembutkan lidahnya untuk membaca setiap ayat-ayat Al-Quran. Anak-anak, saham akhirat ibu dan ayah.Amin Ya Rabbal Alamin .#medinairinemirul . -ibu-
Ramai ibu bapa pening kepala bila sudah mempunyai anak lebih dari satu. Ini kerana bila balik rumah, nak cium yang mana satu dulu.
Bila cium kakak, adik merengek, kecualilah jika dia masih bayi. Jika cium adik dulu, kakak atau abang sulung mulalah rasa tidak disayangi lagi sebab sebelum ini semua ciuman adalah milik dia.
Malah di dalam sesetengah keluarga, ini boleh merupakan punca anak sulung mula buat perangai.
Apa nak buat? Berikut perkongsian Pakar Kekeluargaan & Keibubapaan, Ibu Rose
Ibu sarankan begini.
Bila balik rumah dan semua anak-anak sedang menunggu, ambik yang sulung dan cium dan peluk dia dulu. Cium dan peluklah ikut urutan yang paling tua.
Mengapa?
Kerana dengan secara halus anda menanam sifat menghormati saudara tua di dalam diri anak-anak anda. Dengan secara halus, anda membina yang sulung sebagai ketua yang dihormati dan bertanggungjawab.
Oleh itu semasa peluk yang sulung, anda boleh katakan supaya dia dengar dan adik-adik dengar,
” Ayah rindu sangat kakak. Kakak banyak buat perkara baik hari ini? Kakak ada tolong mama jaga adik-adik? Ayah bangga sangat kakak ni seorang kakak sulung yang bertanggungjawab. I love you!” Cium, cium, cium, peluk erat.
Lepas itu ambil yang nombor dua dan katakan;
” Rindu anak Ayah yang nombor dua ni. Sayang baik dengan kakak dan adik tak (kalau dia ada adik)? Anak ayah ni mesti rajin tolong kakak dan jaga adik dan sayang kakak dan adik. Ayah suka sangat sebab anak ayah ni main elok-elok dengan adik beradik.”
Lakukan begini kepada semua anak-anak yang lain.
(jangan sibuk nak bertanya kepada adik sama ada kakak baik ke tidak – Itu namanya menyiasat dan secara terang-terang memberi isyarat kepada anak sulung yang dia sedang disiasat dan TIDAK DIPERCAYAI.
Ini mencederakan rasa yakin diri dia. Anda boleh bertanya kepada mamanya di belakang dia selepas upacara cium-cium baru balik tu. Masa cium-cium baru balik ni, fokus kepada menghargai mereka dulu)
Begitu juga JANGAN bertanya kepada yang sulung sama ada adik-adik berkelakuan baik atau tidak semasa ini. Kita tidak mahu menjadikan sesi itu sesi mengadu. Kita mahu memfokuskan tenaga kepada perjumpaan kembali yang penuh rasa seronok dan bersyukur.
Jika kita tegas dengan format begini, anak-anak akan faham, ini bukan masa mengadu atau menjatuhkan satu sama lain. Ha..macamana? Lepas ni boleh ke cium yang sulung dulu?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!