Gunakan Masa #StayAtHome Ni Buat ‘One-on-One Session’ Dengan Anak, Isi Tangki Emosi Mereka.

Share

Perintah Kawalan Peregerakan yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ekoran wabak Covid-19.

Pengumuman ini dibuat lebih awal agar semua bersedia. Jadi gunakan masa yang ada lebih kurang 20 hari ini untuk dimanfaatkan bersama ahli keluarga.

Masa #stayAtHome ni lah masa terbaik untuk buat One-on-One session dengan baby anda sendiri untuk isi tangki emosi mereka.

Caranya adalah :

– Ajuk & tiru mimik wajah ( facial expressions ) baby kita

– Ajuk & tiru bunyi dan suara comel mereka

– Nyanyikan lagu dan nasyid pada mereka

– Bercerita & berbual dengan mereka dengan nada penuh emosi dan kasih sayang

Amalkan dan rasakan sendiri kesan baiknya pada baby kita ya

#stayAtHome
#notaparentingTaufiqRazif

Sumber: Dr Taufiq Razif

IKLAN