Habib Susah Makan, Yuyu Kongsi Pengalaman Kena Menyanyi Dan Main Kapal Terbang Masuk Mulut Untuk Pujuk Anak Sulungnya ‘Buka Mulut’

Share

Yuyu Zulaikha ada berkongsi foto anaknya sedang makan di laman Instagramnya. Sambil itu, ibu muda ini berkongsi cerita tentang karenah kedua-dua anaknya itu kalau mahu makan. Menurut Yuyu, anaknya yang sulung iaitu Habib, agak susah untuk memberinya makan ketika kecil dahulu.

Bahkan suaminya perlu menyanyi sambil suap Habib makan. Satu lagi, untuk memancing selera anaknya untuk makan, Yuyu memberinya pen dan kertas supaya Habib leka dan lebih mudah untuk diberi makan. Tambahnya lagi, dia dan suami kadang-kadang perlu bermain konon-konon ada kapal terbang mahu masuk ke dalam mulut, barulah anaknya itu membuka mulut.

Anak sulungnya itu kini menginjak usia tiga tahun lebih. Dia sudah mula mahu makan tetapi seleranya lebih kepada makanan Barat (ikut ayahnya). Kata Yuyu lagi, anak keduanya tidak cerewet dan mudah disuruh makan, Affan lebih gemarkan makanan kampung (mengikut selera Yuyu).

Kini kedua-dua anaknya sudah semakin besar dan Yuyu sudah tahu apa selera mereka berdua. Tambahan pula, mereka sudah semakin berselera untuk makan. Sabil itu, Yuyu memberitahu kelahiran anak ketiga semakin dekat dan mendoakan agar anaknya yang ketiga nanti lebih mudah untuk diajak makan.

Mengakhiri postingnya itu, Yuyu juga sempat bertanya kepada pengikutnya di IG jika ada sebarang tip untuk memberi anak makan. Admin doakan Yuyu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan semoga dia mudah melahirkan nanti.

Sumber: Laman Instagram YUYU ZULAIKHA

IKLAN