Selalu kalau pergi ke kedai alat tulis, si kecil ada yang cenderung memilih pelekat atau sticker yang comel-comel. Kadang kala kita tak bagi beli maklumlah takut habis bersepah dan entah mana-mana ditampalnya pelekat tu. Sampaikan beg tangan mama pun boleh jadi mangsa.

Menurut satu perkongsian yang dibuat oleh Najmi Nawawi menerusi laman Facebook miliknya, bermain sticker untuk anak-anak kecil banyak kebaikannya. Salah seorang Occupational Therapist yang dia temui menyatakan sticker boleh jadi alat yang sangat membantu, bahkan dianggap sebagai senjata rahsia yang boleh digunakan oleh mereka para OT untuk bentuk perkembangan anak-anak.

Habis Dinding Anak Tampal Dengan Pelekat, Rupanya Main Sticker Bagus Untuk Perkembangan
google image

Anak suka main STICKER? Ianya satu benda yang tersangat bagus. Lagipun sticker bukanlah mahal. Aku biasa beli dekat DIY memang harganya tersangat murah, seringgit pun ada dan boleh dapat banyak terus.
Aku masih ingat kata salah seorang Occupational Therapist kami, katanya sticker boleh jadi alat yang sangat membantu, bahkan dianggap sebagai senjata rahsia yang boleh digunakan oleh mereka para OT untuk bentuk perkembangan anak-anak.

1. Bagus untuk motor halus
Bukan senang untuk mencabut sticker yang melekat dekat plastik itu. Hujung jari yang halus itu diperlukan untuk memastikan sticker berjaya dicabut dengan sempurna. Bahkan untuk sesetengah anak, ianya sangat sukar walaupun nak pegang hujung kertas yang nipis. Itu belum lagi kita bercerita tentang size-size sticker yang kadang-kadang itu tersangat kecil, sampaikan orang dewasa pun belum tentu boleh cabut.

IKLAN

2. Koordinasi tangan
Semestinya, sebab anak akan gunakan kedua-dua tangan mereka untuk membuka sticker. Satu tangan untuk pegang buku sticker dan satu lagi untuk mencabut sticker. Ini ialah satu latihan yang sangat baik untuk koordinasi tangan kiri dan kanan. Tangan dominan dan tangan kedua mereka agar dapat berkoordinasi dengan sempurna.

3. Kemahiran visual dipertingkat
Bukan semua sticker yang dibeli akan diminati anak kita. Katakan kita beli buku sticker yang ada dekat DIY tadi, pastinya anak akan scan satu per satu terlebih dahulu sebelum membuat pilihan sticker mana yang mahu dimain. Kalau ada sticker, jenis yang kena padankan seperti pilihan warna dan bentuk pastinya lebih membantu mempertingkatkan daya visual anak-anak.

4. Eksplorasi daya sensori
Sticker datang dengan kepelbagaian jenis dan tekstur. Ada yang jenis kembung dan licin, anda yang jenis rata dan kasar, ada juga yang jenis manik-manik dan macam-macam lagi. Setiap daripada semua jenis ini dapat membantu anak-anak belajar mengenal semua tekstur yang ada dan seterusnya membantu perkembangan daya sensori dengan baik.

IKLAN
Habis Dinding Anak Tampal Dengan Pelekat, Rupanya Main Sticker Bagus Untuk Perkembangan
google image

5. Kiri dan kanan
Anak-anak biasanya perlu ambil masa untuk belajar kenal yang mana kiri dan yang mana kanan. Itu yang sampai kasut pun boleh tertukar kasut kiri dan kasut kanan. Dengan sticker, kita dapat bantu mereka kenal dan bezakan kiri dan kanan. Contoh, tampal satu sticker di pipi kiri, dan satu lagi di pipi kanan. Tampal juga satu sticker di tangan kiri dan lagi satu sticker di tangan kanan. Begitulah mereka akan belajar mengenal kiri dan kanan.

Selain daripada lima yang aku huraikan ini, sebenarnya ada banyak sangat lagi kelebihan kalau bagi anak main sticker. Seperti dapat membantu anak dengan kemahiran membaca, menyusun, berbahasa, kreatif, inovatif, keyakinan diri, sosial, dan macam-macam lagi.

IKLAN

p/s : Jangan pandang rendah terhadap kelebihan bermain sticker! Ala kita yang dewasa ini pun suka main sticker dekat fb komen tu apa.

Dahla murah bagus pula tu untuk perkembangan si kecil. Lepas ni mama papa boleh beli banyak-banyak dan main Bersama anak-anak di rumah. Sepah sikit takpe la kan asalkan boleh bantu perkembangan si kecil tersayang.

Sumber: Najmi Nawawi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI