Bila ada anak yang suka makan ni, memang seronok sangat. Sebagai ibu, kita akan berusaha untuk sediakan makanan yang sedap-sedap untuk mereka. Puas hati bila tengok anak makan kan? Seperti orang dewasa, anak-anak pun ada makanan yang menjadi kegemaran mereka.
Biasanya anak suka makanan manis atau junk food. Kalau dapat memang tak ingat dunia, seronok betul makan. Walaupun begitu, sebagai ibu ayah kita perlulah mengawal pengambilan makanan begini kerana ia tidak begitu elok untuk anak.
Tidak dinafikan ada juga anak yang sukakan sayur atau buah bahkan itulah yang menjadi snek mereka! Seperti yang dikongsikan oleh ellyana23 di akaun TikTok, yang menunjukkan seorang kanak-kanak menangis ketika dihulurkan gula-gula kepadanya.
“Habis sayur mama kt peti sejuk..nk msk pn kadang kena sembunyikan sbb anak dua2 suka makan sayur..nant xblh nk masak buat lauk 😆😅”.
Ramai yang memuji adik ini kerana suka makan sayur. Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan;
Ads
Jika difikirkan, biasanya kanak-kanak tidak akan menolak tetapi lain kesnya dengan adik ini. Sehingga dihulurkan sayur salad padanya barulah dia berhenti menangis. Dapat sayur, terus senyap.
Bagusnya! Mesti dah diajar untuk makan sayur sejak kecil sebab itulah dah jadi favourite mereka dua beradik.
Pelakon jelita, Fasha Sandha menjadi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana apabila kekal langsing biarpun sudah bergelar ibu kepada tiga cahaya mata.
Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata selepas menimang cahaya mata berat badannya bertambah dan dinasihatkan oleh doktor untuk mengubah cara pemakanan yang betul.
Katanya lagi, dia memilih untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat dan seimbang demi menjaga kesihatan secara menyeluruh.
“Saya kurangkan pengambilan gula, jaga makan dan kurangkan pengambilan nasi.
“Dalam sehari, saya hanya makan dua sudu nasi sahaja bukan dua senduk iaitu pada waktu pagi. Kalau saya makan lebih daripada itu, saya akan rasa menyesal.
“Selepas melahirkan anak, saya mudah naik badan tapi tipulah jika saya tak ambil sumplemen macam detox keluaran saya dan jaga makan buatkan saya lebih ringan dan yakin,” kata Fasha.
Gemar tampil sederhana
Walaupun bergelar selebriti popular, Fasha lebih selesa memilih gaya hidup yang sederhana dan tidak berlebih-lebihan.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menjelaskan dirinya lebih gemar tampil sederhana menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura.
“Saya merupakan orang yang sederhana, tidak meletakkan diri saya sebagai selebriti. Gelaran itu saya hanya guna bila bekerja sahaja.
“Jika tidak bekerja, hidup saya umpama orang biasa sahaja. Saya mengemas, bawa kereta, pergi pasar jadi mungkin perkara itu yang membuatkan saya lebih dekat dengan orang sekeliling.
“Saya hanya mengekalkan apa yang ada terus jadi diri sendiri terus merendah diri supaya orang dekat dengan kita tapi tidaklah terlalu sempurna, ada juga kekurangan,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa guna kaedah ‘Sleep Training’ bayi empat bulan meninggal dunia. Sleep training adalah proses mengajar bayi untuk tidur dengan sendiri tanpa perlu didodoi, digendong, atau diberi susu setiap kali mereka terjaga di tengah malam. Latihan ini juga melibatkan pembentukan rutin tidur yang konsisten dan persekitaran tidur yang kondusif.
Ramai ibu bapa menghadapi cabaran apabila bayi mereka tidak mempunyai corak tidur yang teratur, menyebabkan gangguan kepada rehat ibu bapa dan bayi itu sendiri. Sleep training atau latihan tidur adalah satu pendekatan yang boleh membantu bayi belajar untuk tidur sendiri dengan lebih konsisten dan tanpa bantuan.
Baru-baru ini sepasang suami isteri kehilangan bayi mereka selepas menggunakan kaedah ‘sleep training’. Walaupun pakar menyatakan bahawa usia 4-6 bulan merupakan waktu yang sesuai untuk membuat sleep training tersebut, namun malang tidak berbau menimpa ibu ini apabila bayinya maut!
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Thread Facebook, bayi berusia empat bulan itu difahamkan menangis selama dua jam semasa berada di katilnya sendiri.
Bagaimanapun, ibu kepada bayi tersebut memberitahu dia hanya memantau melalui rakaman kamera litar bertutup (CCTV).
Berkongsi lebih lanjut, setelah tidak lagi kedengaran tangisan bayi tersebut, si ibu pergi memeriksa dan menyangka bayinya sedang tidur.
Malang tidak berbau, bayi tersebut meninggal dunia setelah dibiarkan menangis tanpa henti.
Bila menyebut me time, pasti suami terbayangkan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang buat isteri berehat dan bermanja-manja di spa. Hakikatnya tidak semua isteri inginkan hal yang semacam itu. Dapat berehat di rumah, baring depan televisyen sambil menjamu mata di lazada dan shoppe sudah buat isteri gembira semacam. Kalau dapat ke spa atau shopping dengan kawan-kawan itu dianggap bonus bagi isteri.
Suami yang memahami dan bagi isteri waktu rehat, walaupun sekejap depan televisyen atau memilih untuk tidur tanpa gangguan anak-anak sudah cukup buat isteri rasa bahagia. Apa lagi menunjukkan muka yang manis bila isteri terlambat bersiap atau terlebih waktu untuk solat.
Perkongsian cerita daripada Encik Muhammad Yusof ini seharusnya dijadikan contoh buat semua suami. Isteri perlukan waktunya. Beri dia masa. Suami pun boleh tumpang pahala.
Hari tu aku solat subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku. Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi. So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, insyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’. Padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Amin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!