Baru 1 tahun 3 bulan, nampaknya permata hati Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya semakin bijak. Walaupun baru pandai berjalan, ternyata keyakinan dalam diri Fatima itu buatkan ramai yang suka melihat gelagat comelnya.
Melalui perkongsian terbaru Fazura, menunjukkan keletah Fatima yang kini dah pandai nak bergaya dengan beg tangan.
Macam tahu-tahu je keluar rumah nak kena bawa handbag. Bukan itu sahaja, apa yang mencuit hati, siap ada duit seringgit-seringgit dalam beg yang dibawa.
Betullah orang kata, hanya dengan pemerhatian, anak-anak kecil mudah mengikut ibu bapanya. Sebab itu, setiap tingkah laku, tutur kata mesti jaga depan anak-anak. Rumah adalah sekolah pertama anak.
Elok yang ditunjukkan pada anak-anak, maka secara tak langsung anak pun membesar dalam persekitaran yang positif.
Dalam satu video pendek yang dikongsikan Fazura, kelihatan Fatima begitu beriya-iya angkat tangannya semata-mata tak mahu beg yang dibawanya itu terjatuh.
Ads
Video yang ditonton lebih 60,000 orang itu mendapat pelbagai reaksi dan ramai yang beritahu lepas ni mommy kena siap sedia berkongsi handbag dengan Fatima.
“Comel Fatima sayang. Sampai angkat tangan takut nanti beg jatuh ya..”
Malah semakin besar, wajah Fatima semakin iras dengan mommynya. Copy paste sungguh!
Kredit: @fattzuralovelife
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan perkembangan anak. Perkara ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh! Bayi dan kanak-kanak perlukan tidur yang lebih lama daripada orang dewasa dan memerlukan tidur pada sebelah siang hari.
Sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal, tidur amat mustahak kepada perkembangan si kecil. Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka.
Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.
5 KEPENTINGAN TIDUR KEPADA SI MANJA
1.Doktor percaya REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.
2.Tidur bagi kanak-kanak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.
3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.
4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skil kognitif , hiperaktif, ADHD dan pembangunan neurologi terjejas.
5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.
Selain tidur malam, tidur siang juga amat diperkukan oleh si manja. Apabila mula dilahirkan, bayi hanya menyusu dan tidur, itu sahaja rutin harian mereka. Bagi bayi yang berusia satu hingga enam bulan, mereka akan tidur siang sebanyak tiga kali dengan tempoh satu hingga dua jam setiap kali tidur.
Bagi si kecil yang sudah mencecah usia setahun, kekerapan tidur berkurangan kepada sekali sehari sahaja. Setelah mencecah usia empat tahun, mereka sudah jarang perlukan tidur siang kecuali kepenatan atau tidak mendapat tidur malam yang cukup.Bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas, tidur malam yang berkualiti 10 hingga 12 jam lebih penting.
Ada 7 cara boleh anda cuba supaya si manja boleh tidur dengan cara lebih baik.
#1.Biarkan si manja tertidur sendiri.
#2.Pastikan anda konsisten meletakkan bayi ke dalam katilnya pada masa yang sama setiap hari.
#3.Cuba letakkan si manja lebih awal ke katilnya daripada waktu dia selalunya mengantuk. Apabila dia sudah terlalu penat dan mengantuk, dia sukar untuk tidur dan lebih suka menahan matanya daripada tertidur. Apabila tidur, mereka juga lebih mudah terjaga.
#4.Cipta rutin tidur untuk mereka dan ikutinya 100%. Lebih awal anak dilatih, lebih baik.
#5.Kanak-kanak 3 tahun ke bawah perlukan tidur siang. Ia akan memberikan kesan kepada 24jam berikutnya. Tapi pastikan tidur siang tidak terlalu dekat dengan waktu tidur utama.
#6.Kalau boleh, elakkan susukan bayi dan kanak-kanak sehingga dia tertidur. Sediakan ruang yang selesa, bilik yang gelap dan senyap untuk membantunya tertidur sendiri.
#7.Ada sesetengah ibu membedung bayi mereka kerana mendapati dengan membedungnya, bayi lebih mudah tertidur sendiri.
Kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua-dua hormon ini dan boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan motor kasar dan halus. Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai anak kecil bermaksud ibu ayah perlu sentiasa peka terhadap perkara yang melibatkan persekitaran mereka termasuk penjagaan kesihatan.
Sistem pertahanan badan kanak-kanak masih belum matang sejak mereka lahir dan akan bertambah kuat selari dengan tumbesaran si kecil.
Jadi memang perkara biasa apabila anak kecil kerap mengalami demam, selesema, batuk dan sebagainya.
Sebenarnya gejala-gejala begitu adalah normal kerana ia menunjukkan bahawa badan anak kecil sedang membina imuniti diri untuk melawan virus yang masuk ke tubuh.
Asalkan anak kecil tetap aktif, tidak mengalami masalah serius seperti sukar bernafas, hilang selera makan dan minum, sawan dan sebagainya ia tidak perlu dirisaukan.
Bagaimanapun ibu ayah boleh melakukan beberapa usaha bagi meningkatkan imuniti anak supaya dapat mengurangkan kekerapan diserang penyakit.
1. Berikan anak kecil susu ibu
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil sejak mereka bayi lagi. Ia mampu meningkatkan imuniti dalam badan kerana susu ibu mengandungi antibodi dan sel darah putih yang berupaya memacu sistem pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan.
2. Tambah bawang putih ke dalam masakan
Bawang putih dipercayai memiliki khasiat kesihatan, baik untuk semua orang termasuk untuk bayi dan kanak-kanak dan khasiatnya memang menakjubkan! Kandungan dari tanaman ini juga baik untuk kesihatan si kecil. Contohnya jika anak anda mengalami selesema, tambahkan lebih kuantiti bawang putih ke dalam masakan dan dia akan cepat sembuh.
3. Pastikan anak cukup tidur
Tidur yang cukup dan berkualiti memang penting untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar. Kalau tidak cukup tidur, ia boleh menjejaskan perkembangan kesihatan, minda dan fizikal si manja.
Ada kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa kekurangan tidur berkualiti boleh membuatkan anda lebih mudah dijangkiti penyakit disebabkan oleh penurunan sel-sel pembunuh asli, senjata-senjata sistem imun yang menyerang mikrob serta sel-sel kanser.
4. Hidangkan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
Melawan penyebaran bakteria bukanlah secara teknikal boleh meningkatkan imuniti tetapi ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan tekanan pada sistem imun anak anda.
Menjadi tugas ibu ayah memastikan udara persekitaran anak sentiasa bersih dan selamat. Anda boleh kawal tahap kebersihan mereka dengan cara memastikan anak-anak mencuci tangan sebelum dan selepas makan, selepas bermain di luar rumah atau memegang haiwan peliharaan, selepas menghembus hingus, selepas menggunakan bilik air atau pulang dari taska.
Tetapi untuk memastikan udara persekitaran rumah yang disedut sepanjang masa oleh anak-anak sentiasa bersih memanglah agak sukar dilakukan kecuali ada alat bantuan sehebat Dyson Pure Cool™, kipas pembersih udara yang memang pakar dalam penapisan dan pengaliran udara, serta elektronik, dapat menyelesaikan isu pencemaran udara di dalam bangunan dan membersihkan setiap sudut bilik.
Kebanyakan udara yang kita sedut ialah udara di dalam rumah, tempat di mana 90% daripada kehidupan kita diluangkan, dan ia mungkin mengandungi partikel-partikel mikroskopik yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.
Sumber pencemaran seperti bahan-bahan pencemar dari bandar, partikel-partikel halus dan debunga-debunga boleh masuk ke dalam rumah dan bergabung dengan bahan-bahan pencemar tertutup seperti produk pembersih, haiwan peliharaan dan najisnya, lilin wangi, cat dalam rumah serta asap dapur.
Dyson Pure Cool™ kipas pembersih udara yang baru didatangkan dalam saiz besar berbentuk Menara, mudah diletakkan di atas lantai, dan saiz kecil untuk diletakkan di atas meja kerja atau lantai, secara automatik membersihkan udara seluruh bilik dengan betul, memerangkap gas termasuk 99.95% zarah-zarah yang sangat kecil sekecil 0.1 mikron.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa yang mempunyai anak antara usia 3 tahun ke atas sepatutnya perlu lihat kepada perkembangan asas dulu sebelum fokus pada akademik. Anak-anak usia 3 hingga 6 tahun ini perlu diberi pendedahan mengenai skil urus diri.
Jika bab ni anak masih belum boleh lakukan, anda sepatutnya bimbang kerana ia antara perkara penting sebelum nak paksa anak menulis, membaca dan mengira.
Seperti perkongsian Puan Shazwana Hanafi, kebanyakan ibu bapa lebih bimbang mengenai isu akademik anak sedangkan perkara asas untuk pengurusan diri belum mampu buat lagi walaupun dah usia 5 tahun.
Issue anak nak masuk tadika 2023
“Teacher, risau saya, anak saya dah 5 tahun ni tahun depan, tapi membaca menulis mengira semua belum tahu, boleh ke saya nak masukkan anak saya ke tadika puan tahun depan?”
Soalan yang saya akan tanya balik :
1) Anak puan dah boleh buka baju sendiri? – belum biasa yang bukakan baju dia
2) anak puan dah boleh makan sendiri? – belum biasa yang suapkan
3) anak puan dah boleh mandi sendiri? – belum, biasa saya atau ayah dia yang mandikan
4) anak puan dah biasa guna gam? – belum, melekit teacher. Saya tak bagi dia main
5) anak puan dah pandai guna gunting? – belum teacher, tajam. Saya tak bagi dia main
6) anak dah free diapers? – belum teacher, saya tak sempat nak training lagi
7) anak dah boleh berkomunikasi dengan baik? – dia cakap sebiji sebiji, ayat panjang-panjang tu masih tak pandai sangat, bercerita pun tak de lagi
“Sampai bila puan nak suap, nak mandikan, nak cebukkan dia?” “Erkkk saya pun tak pasti teacher 🥺”
“Macam ni la puan, puan tak patut risau dia tak boleh membaca mengira menulis, tapi puan sangat-sangat patut risau anak masih belum pandai urus diri. Itu kemahiran asas untuk hidup dia.
Menulis ni kemahiran kompleks, fine motor skills tak ok lagi, jangan duk paksa menulis. Baik puan paksa dia mandi sendiri, makan sendiri, buka baju sendiri, ajar dia berkomunikasi & berkawan sebelum nak ajar dia menulis”
Sebab tu parents, kemahiran asas ni perlu sangat. Ni yang anak-anak practice masa playschool. Tapi kalau anak tak ke playschool, ajar la di rumah. Sumber banyak kat google, kat pinterest, boleh je buat aktiviti ni kat rumah.
Ingat, penuhi kemahiran yang asas dulu. Baru la nak fikir bab menulis membaca mengira. Haish, jangan la seksa anak tu.
Seolah-olah baru nak kenal no 123 tapi dah paksa buat calculus. Tak ke haru tu. Step by step. Rilex.
p/s : nk masuk 5 tahun tapi belum pandai urus diri is not a good sign ya parents. Pastikan anak dah boleh buka baju sendiri, makan sendiri paling lewat umur 2 tahun setengah. Mandi sendiri bila dah umur 3-4 tahun, tapi dalam pantauan.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.