Diam-diam ada isi. Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-3, pelakon, Sari Yanti mengumumkan dia kini sedang hamil 6 bulan. Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian Sari Yanti dia meluahkan rasa syukur terhadap perjalanan rumah tangganya yang sudah pun memasuki tahun ketiga. Pada masa yang sama, dia turut memberi ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
Ads
Di akhir kapsyennya, Sari Yanti turut memberitahu bahawa dia sedang hamil 6 bulan. Tambahnya, zuriat kali ini merupakan cahaya matanya yang keenam selepas keguguran sebanyak dua kali.
Rata-rata peminat dan rakan artis memberikan ucapan tahniah dan meluahkan perasaan tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata baru pasangan itu.
Ads
Sebelum ini perkahwinannya dengan Jep telah dikurniakan seorang anak perempuan, Dariya Inara yang akan memasuki usia 2 tahun bulan April nanti. Selain Dariya Sari Yanti dah mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu.
Alhamdulillah! Tahniah
Sumber: Sari Yanti & OB
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang-orang lama selalu berpesan jangan terlalu beremosi bila mengandung. Ceriakan diri dan elakkan daripada stress. Rupanya hal ni bukan cakap kosong sahaja. Malah diakui oleh pakar.
Menurut Dr Suriyakhatun, emosi anak dan bayi yang dikandung sememangnya sangat berkait rapat. Baca penjelasan beliau di bawah.
Mengandung; Kesan pada kesihatan.
Wanita mangandung mengalami perubahan pada hormon yang membawa perubahan kepada bentuk badan serta emosi dan mental dan fisiologi organ badan.
Seringkali perubahan yang berlaku membawa masalah kesihatan.
Beban pada organ; jantung, usus, ginjal, paru-paru sistem darah, sel darah boleh cetuskan penyakit bila sudah sedia ada kelemahan dalam organ.
Perubahan pada penghazaman boleh menimbulkan kurang zat apabila pemakanan tidak dijaga.
Kurang sokongan dari suami, keluarga dan rakan kerja boleh tambahkan lagi masaalah kesihatan.
Penyakit yang saya sering temui yang semakin bertambah semasa mengandung adalah penyakit mental, alahan dan alergi, sakit jantung dan ginjal selain dari masalah penghadaman seperti sembelit dan gerd. Juga jangkitan candida atau GBS dan kencing manis gestational serta toksemia mengandung.
Kebanyakan penyakit ini boleh di hindarkan dengan penjagaan emosi dan nutrisi semasa mengandung.
Usaha tangani stress dan emosi semasa mengandung:
Berusahalah untuk menangani stress dengan sikap redha, sentiasa bersyukur dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Bukan sahaja emosi anak malah nutrisi yang diambil ibu semasa hamil juga akan turut terkesan disebabkan penghadaman dan penyerapan ibu yang terganggu ketika hamil.
Kredit: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika hamil, mungkin ada di antara mama yang mengalami pendarahan. Kadang-kadang kita pun kurang yakin dengan situasi tersebut. Para ibu hamil akan bertanya status darah samada darah penyakit atau tidak dan bagaimana ibadah mereka? Ikuti perkongsian ini untuk lebih penjelasan.
KELUAR DARAH SEMASA HAMIL
Perdarahan awal kehamilan (biasa kurang dari 5 bulan) dikaitkan dengan keguguran.
Terbahagi kepada empat keadaan di mana:
Keadaan 1️: Perdarahan yang menyebabkan keguguran terus dan tiada bayi selamat. (Complete/incomplete/missed abortion).
Keadaan 2️: Perdarahan akibat ancaman kepada janin (threatened abortion), bayi akan selamat sehingga besar.
Keadaan 3: Perdarahan pengukuhan tapak janin (implantation bleeding), biasanya bayi akan selamat membesar.
Keadaan 4: Tidak diketahui punca (Indeterminate bleeding), biasanya berpunca dari pendarahan di sekitar pangkal rahim. Bayi akan selamat membesar.
Para ibu hamil akan bertanya status darah samada darah penyakit atau tidak dan bagaimana ibadah mereka.
Ini adalah jawapan kepada persoalan keadaan 1️ diatas. Ianya dinyatakan dengan jelas oleh Syaikh Shihabuddeen al-Qalyubi rhm.
Beliau menyatakan (Al-Qalyubi, Shihabuddeen Ahmad Ibn Ahmad (2003), Hasyiyata Qalyubi Wa Umayrah, et.all, cet.2, Beirut : Darul Kutub al-‘Ilmiyyah, jil.1, ms. 93):
يثبت للعلقة من أحكام الولادة وجوبُ الغسل وفطر الصائمة بها ، وتسمية الدم عقبها نفاسا، ويثبت للمضغة ذلك
Terjemahan : Hukum-hukum [berkaitan] wiladah yang sabit bagi alaqah [yang keluar dari tubuh wanita ialah] kewajipan mandi, berbukanya [wanita] yang berpuasa, penamaan darah [yang keluar] sejurusnya (iaitu alaqah) sebagai nifas. Dan sabit [juga] bagi mudghah [yang keluar dari tubuh wanita, hukum hakam] sedemikian.
Wiladah, alaqah dan mudghah masing-masing bermaksud kelahiran anak, ketulan darah dan ketulan daging.
Kenyataan di atas jelas menyamakan wanita yang keguguran dengan wanita yang melahirkan anak. Iaitu dari segi hukum hakam, ia seperti kewajipan mandi, terbatal puasa dan darah yang keluar sejurus keguguran, juga dinamakan darah nifas.
Dalam erti kata lain, wanita yang keguguran, wajib mandi. Puasanya juga terbatal. Manakala darah yang keluar sejurus keguguran, adalah darah nifas.
Justeru, ditegah ke atasnya melakukan apa yang ditegah ke atas wanita yang keluar darah nifas sejurus melahirkan anak.
Yang dimaksudkan dengan ‘wanita yang keguguran’ di sini, ialah wanita yang keluar daripada tubuhnya ketulan-ketulan darah atau daging akibat keguguran.
*Penulis: Darah yang keluar sebelum keluar ‘ketulan-ketulan darah’ juga termasuk darah keguguran dengan syarat disahkan oleh doktor yang pakar dalam membuat diagnosa ultrasound bahawa seseorang wanita itu hamil.
Kesimpulannya, wanita yang keguguran atau menggugurkan kandungan, sehingga keluar dari tubuhnya ketulan darah atau daging, diiringi dengan darah nifas, wajib ke atasnya mandi wajib. Iaitu wajib mandi setelah darah nifas berhenti mengalir.
Tempoh minimum nifas adalah sedetik/seketika atau minimum 40 hari dan maksimum 60 hari. Jika sekiranya sedetik dan kering melebihi 15 hari bermakna beliau telah suci dan boleh mandi. Jika sekiranya darah keluar lagi dalam masa 15 hari berikutnya, maka bolehlah beliau menunggu tempoh 40 hari bagi tempoh nifasnya.
Dalam tempoh tersebut (40 hari), andai sekiranya darahnya sudah kering melebihi sehari, maka wajib baginya mandi dan meneruskan ibadah. Andai sekiranya selepas dari itu perdarahan turun kembali, maka ia masih dikira darah nifas, segala hukum darah nifas masih terpakai.
Nota: Darah yang keluar dalam keadaan bernombor 2 hingga 4 di atas adalah darah istihadhah.
Wallahuaklam.
Kredit: Dr Suhazeli Abdullah
26.4.2016
#FiqhWanita #fiqhmedic
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila disahkan hamil, automatik perasaan teruja itu ada dalam diri setiap wanita. Namun nak melalui fasa mengandung dan melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah. Ada yang mengalami alahan teruk dan ada juga yang mengalami pelbagai masalah kesihatan sehingga waktu nak bersalin.
Setiap orang pengalaman mengandung dan melahirkan berbeza. Sebab itu pentingnya kena jaga pemakanan dan kesihatan sewaktu hamil. Kesihatan yang baik dan emosi positif memberi kesan yang mudah untuk bersalin secara senang dan tenang.
Berikut ada 4 tip yang boleh diamalkan:
Pertama:
Penting ambil makanan yang sihat, makan makanan sebenar yang sesuai dengan badan. Elak makanan yang diproses kerana di dalamnya mengandungi pengawet pewarna perasa yang melemahkan imun badan. Mengandung bukan tiket nak makan segala, craving all the time. Boleh amalkan green juice dari sayuran hijau dan jus buah-buahan segar. Organik lebih baik tapi kalau semua organik boleh kanser poket kita. So tak organik pun ok beli local punya, rendam dengan cuka epal/cuka kurma cuka tiruan pun boleh sebab dalam cuka ada probiotik yang membantu menyingkirkan racun. Elak sayuran dari China kerana isu tanah bertoksik dan begitu juga USA yang banyak GMO.
Kalau takde cuka guna baking soda dicampur air suam pun boleh. ,Pilih ulam-ulam lagi sedap. Kena ingat, apa yang ibu mengandung makan sekarang memberi kesan kepada tiga generasi akan datang, epigenetics. Kita nak jaga kesihatan keturunan kita kan.
Kedua:
Bergerak aktif penting. Alahan diawal pregnant antara tanda kekurangan magnesium. Kita ni selalu fokus tentang kalsium tetapi selalu lupa tentang mineral penting ni. Ini hasil pembacaan . Alahan, kita tahu itu perkara biasa. jadi, kalau alahan pun kena usaha untuk bergerak, cuba dapatkan cahaya matahari vitamin D natural tu bagus sangat untuk kita. Banyak bergerak bantu pengaliran darah berjalan baik dan kita juga dapat refreshment kan. Dihujung kehamilan lagi aktif. Menggolek gym ball, squat, turun naik tangga abaikan lift.
Ketiga:
Ceria emosi. Ini memang penting. Wanita ni ada beribu-ribu emosi sebab kita ada banyak hormon yang macam-macam tindak balasnya. Ini adakala paling susah nak buat kadang-kadang sendu sendirianlah jawabnya tapi jangan biarkan berlarutan. Belajar untuk jangan fikir perkara diluar kawalan, breath and let it go. Bila tenang, hormon oksitosin pun dirembes dengan baik. Uterus pun seronok melayan contraction. Baby pun tenang, dapat oksigen dengan baik mudahlah baby keluar.
Keempat:
Yakin sampai masa baby nak keluar, ia akan keluar sendiri. Enjoy layan surge sambil membayangkan betapa seronok nak jumpa baby. Bila seronok, contraction yang memulas membelit ruang perut yang dirasa masa 1st time bersalin dulu, hanyalah mild saja. Faham fisiologi melahirkan itu penting. Bila ibu stres, melayan macam-macam emosi yang tidak sihat, hormon kortisol pun meninggi. Badan melawan ombak contraction dengan keras maka stres lah badan ibu. Baby dalam perut pun stres macam mana baby nak keluar dengan baik. Macam mana uri nak sama-sama keluar ikut baby keluar bila sama-sama stres. Baby ni Allah jadikan sampai masa ia akan keluar sendiri.
Alhamdulillah. Senang dan tenang melahirkan, atas usaha sungguh-sungguh dan izinNya.