Hampir dua minggu menjalani proses berpantang, akhirnya pada hari ulang tahun kelahirannya, pengacara, Dayah Bakar berkesempatan mendedahkan wajah anak tersayang, Achbar Muhammad Fahri di Instagramnya semalam. Berkongsi kegembiraan itu, Dayah turut memuat naik beberapa keping gambar bersama gambar comel Fahri.
Temubual bersama Dayah ketika sesi penggambaran penghias kulit bersama Majalah Pa&Ma Sabtu lalu, Dayah turut mendedahkan due sebenar Fahri adalah pada penghujung bulan Ogos namun dipercepatkan atas nasihat doktor memandangkan saiz bayi yang semakin membesar ketika itu.
Mahu melihat dunia lebih awal, akhirnya Achbar Muhammad Fahri selamat dilahirkan pada 17 Ogos lalu.
“New title on my birthday 2020 = IBU,
Surreal , if I could describe in one word.
Thank you everyone for your doa and kind birthday wishes , I truly appreciate it .
Terima kasih ya Allah atas segala kebaikan dan kurniaanMu,” tulis Dayah.
Titip doa buat anak
Dalam muat naiknya itu, pengacara Borak Kopitiam yang cukup peramah ini turut menitipkan nukilan khas buat puteranya dengan mendoakan agar pahlawan kecil itu membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti buat agama dan negara.
Ads
” BismillahiMashaAllah, Assalamualaikum semua,
We love you more than you know Achbar Muhammad Fahri’
“ Semoga pahlawan kecilku membesar dengar sihat dan kuat , menjadi anak yang soleh , berjiwa besar, merendah diri , dan sentiasa melakukan kebaikan dan berbakti pada agama dan negara.” tulis Dayah.
Dalam pada itu, Dayah juga sempat berkongsi bahawa kehadiran Fahri mengalihkan dunianya dan suami. Kini semua yang diharapkan hanyalah untuk membesarkan anak kecil mereka sambil berharap agar dia dan suami mampu menjadi seorang ibu serta bapa yang terbaik buat anaknya nanti.
“Kehadiranmu mengalihkan dunia Baba & Ibu. Semoga kami juga sentiasa berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik untukmu wahai anak. Thank you ya Allah,” tulisnya lagi.
Jadi anak soleh dan sekuat ibunya
Rakan artis dan pengikut Dayah juga tidak ketinggalan meninggalkan komen sambil memuji kecomelan baby Fahri. Semoga baby Fahri membesar menjadi anak soleh, sihat dan bijak seperti ibunya. Semoga pahlawan kental ini sekuat ibunya!
Pa&Ma berkesempatan merakam wajah comel pahlawan kecil ini untuk dimuatkan sebagai penghias kulit depan Majalah Pa&Ma bulan Oktober nanti. Banyak kisah kelahirannya dan perjuangan bersama ibunya. Jangan lupa dapatkan di pasaran!
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ads
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Sempena kemerdekaan yang ke-63 tahun ini dengan tema Malaysia Prihatin, NU Ideaktiv juga menunjukkan sokongan dengan #kitakansama. Semoga Malaysia terus sejahtera dan berjaya di masa hadapan!
#kitakansama #MalaysiaPrihatin
Sumber: Instagram Dayah Bakar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masuk trimester ketiga ni biasanya ibu mengandung dah mula berdebar-debar. Maklum sajalah, pada waktu ni boleh bersalin tak tentu masa. Boleh jadi tiba-tiba datang kontraksi atau ‘turun tanda’, tahu-tahu dah nak melahirkan anak. Segala persiapan semuanya dah lengkap, dah masuk dalam kereta. Tinggal nak ke hospital untuk bersalin saja.
Menariknya kisah seorang ahli parlimen wanita dari New Zealand, Julia Anne Genter yang berkongsi pengalamannya berbasikal ke hospital selepas rasa kontraksi sudah mulai kerap. Hebatnya!
Cerita sebenarnya mereka keluar dari rumah kira-kira jam 2 pagi untuk ke hospital sebelum berlaku tanda mahu bersalin. Mungkin rumah mereka dengan hospital tak jauh sangat, sebab itulah masa yang diambil pun hanya 10 minit saja.
Melalui perkongsiannya di laman Facebook, beliau telah memuatnaik beberapa keping foto dengan kapsyen yang sangat comel;
“Big news! Jam 3.04 pagi tadi kami telah menyambut kehadiran ahli baharu dalam keluarga kami. Sejujurnya saya tak merancang untuk berbasikal saat bersalin, tapi ia terjadi.”
Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Julie Enne dan menyatakan bahawa beliau seorang wanita hebat kerana boleh berbasikal ke hospital untuk bersalin;
“Cerita pergi ke hospital untuk bersalin yang menakjubkan!”
“Memori ke hospital yang hebat. Tahniah kepada kalian berdua!”
“Berbasikal ke hopital untuk bersalin, anda memang lagenda!”
“Bangga dengan anda. Memang lagenda, berbasikal dalam sakit nak bersalin.”
“Berbasikal waktu sakit nak bersalin, tak pasti kalau saya mampu lakukannya. Tahniah kepada keluarga indah anda!”
Jom lihat gambar Julie Enne yang beliau kongsikan ketika hamil 39 minggu beriadah bersama anak pertama, sehari sebelum due date anak keduanya!
Sememangnya Julie Enne seorang wanita aktif yang gemarkan aktiviti berbasikal. Walaupun sudah sarat mengandung, beliau tetap aktif membawa anak sulungnya menunggang basikal.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!!
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari lalu tular gambar bayi dan ibu yang terlibat dalam kemalangan akibat daripada kain yang dipakai mangsa tersangkut pada rantai motor suaminya.
Demi menyelamatkan bayinya yang baru beberapa hari lahir, mangsa sanggup menghempaskan diri agar si kecil tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu. Tiada siapa yang inginkan kemalangan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan anak kecil. Namun kecuaian kecil boleh membawa padah.
Kisah ini dikongsi oleh pemilik facebook Maha Rani dan rata-rata wargaNet bersimpati dengan kedaan ibu yang masih berpantang. Beberapa keping gambar juga memperlihatkan mangsa masih dalam keadaan berpantang melalui cara pemakaian iaitu berstokin dan berbengkung.
Dalam perjalanan ke Koperasi Redang Punggur, saya sempat membantu mangsa jatuh motor kerana kain isterinya tersangkut pada rantai motor.
Isterinya sedang mengendung anak kecil dan isterinya masih dalam pantang. Kejadian berlaku di hadapan SMK Sultan Abdullah Chenderong, Balai Labu Kubung. Nasib baik kedua anak mereka tidak mengalami kecederaan. Mangsa nak pergi klinik nak buat rawatan selepas bersalin.
Alhamdulillah semua selamat kecuali ibu dalam mengerang kesakitan mungkin terhempas. Itulah kasih ibu sanggup dirinya terhempas demi memastikan anak kecilnya selamat. Masya Allah!!
“Ya Allah jagakan isteriku…” Itulah doa sebak yang dititipkan pelakon Nadzmi Adhwa buat isterinya, Ardell Aryana, yang kini berada dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza.
Sebagai seorang suami dan ayah, Nadzmi tidak mampu menyembunyikan rasa risau apabila kapal Mikeno, yang membawa delegasi Malaysia termasuk Ardell, hilang kontak selepas berdepan intimidasi tentera Israel di perairan antarabangsa.
Menerusi hantaran di Threads, Adhwa menulis penuh emosi:
“Mikeno sedang ke hadapan. Ya Allah jagakan isteriku 🤲🏻❤️ Entah masih atas kapal atau tak. Semangat juangmu tak pernah aku sangkal.”
Resah Seorang Suami, Rindu Seorang Anak
Dalam debar menanti khabar, doa menjadi senjata paling kuat buat Adhwa. Lebih menyayat hati, anak kecil mereka juga kini menanggung rindu kepada ibu tersayang yang berjuang jauh di lautan demi membantu saudara kita di Gaza.
Sebagai seorang bapa, Nadzmi perlu kekal tabah demi anaknya, meskipun hati penuh dengan rasa cemas. Situasi ini menggambarkan betapa besar pengorbanan sebuah keluarga ketika salah seorang daripadanya menggalas tanggungjawab misi kemanusiaan.
Kapal Mikeno Gagal Dihubungi
Menurut Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), delegasi Malaysia termasuk Ardell yang menaiki kapal Mikeno kini tidak dapat dihubungi selepas berlaku gangguan daripada tentera Israel. Hal ini menambah keresahan ramai kerana kapal tersebut menjadi antara sasaran utama konvoi flotilla.
Meskipun dilaporkan mengalami masalah kesihatan dalam perjalanan, Ardell tetap teguh dengan pendirian mahu meneruskan misi. Keputusannya meninggalkan suami dan anak bukan sesuatu yang mudah, namun semangat juangnya membuktikan kasih seorang ibu bukan hanya untuk keluarganya, tetapi juga untuk umat yang menderita di Palestin.
Doa Rakyat Malaysia Mengiringi
Perkongsian penuh sebak Nadzmi segera mendapat perhatian netizen. Ruangan komen dipenuhi doa dan kata semangat buat Ardell, Nadzmi serta anak mereka. Ramai yang mengharapkan agar Ardell kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga.
Sebagai isteri dan ibu, Ardell Aryana kini menjadi inspirasi ramai wanita. Sementara itu, doa seorang suami serta kerinduan anak kecil kepada ibunya mengingatkan kita bahawa kasih keluarga adalah kekuatan yang tiada bandingannya.
Semoga Allah melindungi Ardell Aryana, seluruh aktivis flotilla dan mengembalikan mereka dengan selamat ke pangkuan keluarga tercinta.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.