Hati isteri mana yang tak sedih saat dapat tahu orang yang dia percaya dan ayah kepada anak-anaknya tidak bercakap benar saat kemelut rumah tangga berlaku sebelum ini. Walaupun pahit untuk ditelan, namun demi anak-anak perlu juga kuat.

Sejak kontroversi perkahwinan pengarah terkenal Syamsul Yusof berkahwin dengan isteri kedua, Ira Kazar sebenarnya ramai yang telah menitipkan doa dan kata-kata yang baik buat Puteri Sarah serta dua anaknya.

“Kalau Dua-Dua Boleh Bagi Statement, Mereka Akan Kata ‘Ayah Banyak Kali Keluar Rumah…”

Bagaimanapun selepas video penjelasan yang dimuat naik oleh Syamsul di instagramnya yang mengaku sudah berkahwin dua, ramai yang ralat dan kasihankan Puteri Sarah. Cuma yang menjadi perhatian adalah kenyataan Syamsul menitipkan pesanan Puteri Sarah pulang ke rumah bersama anak-anak untuk menyelesaikan hal rumah tangga mereka.

Malah, Syamsul juga turut mendakwa isterinya membawa anak-anak keluar tanpa keizinannya sedangkan mereka masih lagi suami isteri.

“Kalau Dua-Dua Boleh Bagi Statement, Mereka Akan Kata ‘Ayah Banyak Kali Keluar Rumah…”

IKLAN

Sebagai isteri dan ibu, kenyataan itu seolah-olah memberikan tanggapan negatif dan  Puteri Sarah dilihat memuat naik perkongsian di Instagram membidas tuduhan yang dilemparkan suaminya kerana membawa anak-anak keluar tanpa izin.

“Kalaulah Syaikhul dan Sumayyah boleh berikan kenyataan di mahkamah, pasti mereka akan cakap ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, bukan KITA. Di mana ayah? Selalu tiada di rumah,” tulisnya.

“Kalau Dua-Dua Boleh Bagi Statement, Mereka Akan Kata ‘Ayah Banyak Kali Keluar Rumah…”

IKLAN

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut meminta suaminya tidak menunding kesalahan kepada dirinya serta dengan menggunakan nama Allah.

“Kalau Dua-Dua Boleh Bagi Statement, Mereka Akan Kata ‘Ayah Banyak Kali Keluar Rumah…”

“Syamsul Yusof jangan tunding ‘kebodohan’ awak kepada saya. Jangan guna nama Allah untuk membuatkan awak nampak seperti ‘angel’ di mata manusia,” tulisnya.

IKLAN

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Kredit: IG Puteri Sarah Liyana

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI