Suntikan Depo Provera merupakan salah satu alternatif yang boleh diambil oleh wanita bagi mengelakkan kehamilan. Kunci kepada kawalan kehamilan tersebut terletak kepada hormon sintetik progesteron yang dikenali sebagai progestin.

Walau bagaimanapun, pengguna berisiko untuk mengalami masalah berkaitan dengan haid seperti haid tidak teratur dan pendarahan berlebihan sebagai kesan sampingan ubat.

Kesan sampingan tersebut akan hilang lama-kelamaan dalam kalangan majoriti wanita. Namun, jika ia tidak diuruskan dengan baik, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup.

Haid Tak Teratur & Keluar Lebih Banyak Bila Mama Guna Suntikan Depo, Masalah Biasa.
Mekanisme fungsi suntikan Depo Provera

Suntikan Depo Provera merupakan kaedah cegah kehamilan yang melibatkan penggunaan hormon sebagai mekanisme utama.

Kesannya hanya bertahan selama 3 bulan dan ia mempunyai tahap keberkesanan di antara 99.3 hingga 100 peratus dibuktikan melalui 5 kajian klinikal berbeza.

Ini bermakna, anda perlu memperbaharui suntikan pada kekerapan 3 bulan sekali.

Jika anda terlewat mendapatkan suntikan depo tersebut, elakkan daripada melakukan hubungan seks atau gunakan alternatif cegah kehamilan lain.

Haid Tak Teratur & Keluar Lebih Banyak Bila Mama Guna Suntikan Depo, Masalah Biasa.

IKLAN

Mekanisme tindakan bagi kaedah ini terbahagi kepada 3:

1. Hormon sintetik progestin berupaya untuk menghalang ovari daripada menghasilkan telur (ovum) semasa fasa ovulasi. Tanpa telur, persenyawaan tidak berlaku.

2. Progestin juga boleh meningkatkan kadar penghasilan lendiran mukus pada bukaan serviks. Perubahan fisiologi ini mampu menghalang sperma daripada masuk.

3. Suntikan Depo Provera boleh menyebabkan dinding rahim menjadi nipis. Jika mekanisme pertama gagal bertindak dan persenyawaan berlaku, produk tersebut tidak boleh melekat pada dinding rahim memandangkan ia tidak ideal untuk proses kehamilan.

Berbeza dengan kaedah cegah kehamilan lain yang hanya perlu ditukar pada kekerapan 3 tahun atau 5 tahun sekali, anda perlu mempunyai pelan lain sekiranya seks tanpa perlindungan berlaku.

IKLAN

Penggunaan pil kontraseptif kecemasan berkesan jika anda lewat lebih daripada seminggu untuk sesi suntikan depo seterusnya.

Kesan sampingan bagi mereka yang menggunakan suntikan Depo Provera

Seperti kaedah rawatan farmakologi yang lain, suntikan Depo Provera turut mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.

Haid Tak Teratur & Keluar Lebih Banyak Bila Mama Guna Suntikan Depo, Masalah Biasa.

Antara kesan sampingan yang tidak melibatkan pendarahan haid tidak normal adalah:

IKLAN

-Sakit abdomen
-Kurang nafsu seks
-Perubahan pada selera makan
-Keguguran rambut
-Kenaikan jerawat
-Sakit atau sengal pada bahagian payudara
-Pening
-Sakit kepala
-Muntah
-Lemah badan
-Lesu
-Perubahan mood mendadak
-Kenaikan berat badan

Secara amnya, pengguna akan mengambil masa beberapa bulan untuk beradaptasi dengan perubahan fisiologi kesan daripada suntikan Depo Provera.

Dalam tempoh masa tersebut, mereka boleh mengalami masalah pendarahan selama 6 hingga 12 bulan.

Antara masalah pendarahan yang lazim adalah;

1.Pendarahan di antara dua fasa haid
2.Darah keluar berlebihan semasa haid
3.Tidak mengalami haid (amenorrhea) atau jumlah darah yang keluar sedikit

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI