Semasa hamil anak kedua, pelakon Hanis Zalikha berkongsi perubahan yang dialaminya. Berbeza masa mengandungkan Yusuf. Terutamanya bab makan dan minum serta alahan.
Hanis suka sajian yang manis semasa hamilkan Alisa Aisyah. Sama sekali berbeza semasa kandungan pertama dia menyukai sajian yang masin.
Hanis yang mempunyai 5 juta follower di Instagram baru-baru ini berkongsi di ruangan Instastory berkenaan kehamilan dan kelahiran.
Soalan-soalan yang diajukan oleh para follower telah dijawab Hanis dengan berkongsi panduan dan tips yang digunakannya sendiri.
DOA BAHASA MELAYU, APA YANG TERLINTAS
Apabila ada peminat bertanya apakah doa yang diamalkan semasa hamil, memberitahu yang dia mengamalkan dia dalam bahasa Melayu.
“Doa bahasa Melayu, mohon segaka yang terlintas. Terutamanya masa dekat sana (tanah suci)-yang memang kita akan spend banyak masa berdoa.
“Happy dapat pergi setiap kali pregnant sebab dapat doa banyak sangat-sangat harap Allah makbulkan.”
HAMILKAN ALISA HANIS SUKA MINUMAN MANIS
Semasa mengandung anak kedua, Hanis suka mengambil minuman manis. Apabila peminat bertanya adakah benar bila hamil anak lelaki ibu akan menyukai makanan masin manakala anak perempuan pula sajian manis, ia seolah-olah tepat bagi Hanis.
“Happened to me. Masa pregnantkan Alisa hampir setiap malam Soda Gembira. (Setiap pagi cola. Setiap petang rutbir).
“Sampai nervous time doktor nak check for GDM.”
DUA-DUA KEHAMILAN TAK BOLEH BAU PEWANGI KERETA
Selain itu, Hanis juga menjawab persoalan peminat mengenai alahan pada kehamilan. Aktres ini mengakui ada persamaan semasa mengandungkan Yusuf & Alisa.
“Lebih kurang. Tak boleh bau tumis-tumis. Tak boleh bau pewangi kereta. Tak boleh gosok gigi lama sangat. Tak boleh tengok tandas. OMG banyak.”
BANTAL PREGNANCY
Follower juga turut bertanya bagaimana Hanis menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal terutamanya yang membabitkan posisi tidur. Hanis berkongsi yang dia menggunakan bantal khas untuk wanita hamil.
MANDI AIR SEJUK KURANGKAN MORNING SICKNESS
Sebelum ini Hanis pernah berkongsi tip tentang mandi air sejuk untuk kurangkan alahan. Ada yang mencuba dan ia benar-benar berkesan.
Ada follower yang berkongsi foto pada hari Hanis bersalinkan Alisa. Ibu ini bagaimana pun tidak menunjukkan tanda-tanda bersalin pada waktu berkenaan dan masih boleh hadir untuk persiapan booth di sebuah acara.
RAJIN BERJALAN MUDAHKAN BERSALIN
Apabila ada follower yang bertanya tip mudah bersalin, Hanis mengakui dia mencuba pelbagai tips. Minyak kelapa dara salah satunya.
“Yes. Apa tips orang bagi or I baca, I suka nak cuba. Petua ke, pemuda ke semualah.
“Jadi virgin coconut oil salah satunya. Pastu nak dekat beranak tu rajinkan berjalan.
TRIMESTER PERTAMA REST BETUL-BETUL
Hanis turut berkongsi yang trimester pertama dia banyak berehat dan menjaga diri. Suami amat memainkan peranan ketika ini.
“Please rest betul-betul. Biar mengada asal anak selamat. Husband kena manjakan sungguh-sungguh.”
DARI AWAL HAMIL TERANGKAN TENTANG ADIK
Bagi ibu yang hamil anak kedua dan seterusnya, perlu menerangkan dari awal tentang adik. Apatah lagi bila ibu hamil anak jadi super clingy.
“Kalau dia dah boleh cakap dan faham, lagi senang nak explain. Dari mengandung dah pupuk kasih sayang kat adik dia.
“Setiap hari cakap “do you want adik?” “do you want to play train. cars/ blocks with adik?” sambil tunjuk perut kita.”
MINUM SUSU KAMBING MASA HAMIL ANAK TIADA JAUNDIS
Hanis juga berkongsi yang dia turut mengamalkan susu kambing semasa hamil. Ia adalah antara petua yang dicubanya. Selepas lahir Yusuf & Alisa tiada jaundis.
“Saya cuba (kan suka cuba semua petua) minum susu kambing dengan banyak. Dua-dua Yusuf & Alisa takde jaundis.”
HAMILKAN YUSUF & ALISA DUA PENGALAMAN BERBEZA
Kedua-dua kehamilan adalah pengalaman yang berbeza bagi Hanis. Semasa hamilkan Yusuf dia mengalami morning sickness selama 9 bulan, sukakan makanan masin, loya tapi aktif dan bersalin dua hari sebelum tarikh jangkaan.
Manakala semasa hamilkan Alisa Hanis alahan selama 7 bulan dan sukakan sajian manis. Hanis alami mengah dan penat serta bersalin 3 hari sebelum tarikh jangkaan kelahira.
Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall berkongsi pengalaman menyusukan kedua-dua anaknya dan pastinya kisah penyusuan ini ada pahit dan manis.
Walaupun mempunyai perniagaan sendiri dan sentiasa sibuk namun bukan halangan baginya untuk terus menyusukan anak selama yang boleh.
Pengalaman menyusukan anak pertama pastinya ada kesukaran. Alhamdulillah memang saya susukan baby selepas sahaja baby lahir. Nurse pun banyak bantu cara nak susukan anak dengan betul, cara pegang bayi yang betul.
Siti dapat susukan anak sampailah dia usia 9 bulan macam tu, Siti dapat tahu Siti mengandung anak ke-2. Bila anak sulung ni tahu, dia slow-slow tak nak menyusu. Mungkin dia rasa lain. Tapi dia tetap menyusu juga terutama waktu nak tidur lah. Tambah pula masa tu Siti memang mabuk teruk sampai tak larat lah. Sampailah usia dia 1 tahun 6 bulan, adik dia lahir dia memang dah reject susu badan.
Bila si abang tahu adik nak menyusu dengan mommy, dia akan excited dan suka tengok adik. Kadang-kadang adik menangis mesti dia panggil mommy untuk bagi susu.
Bila Siti kerja, Siti akan tetap pam susu lagipun banyak jenis pam susu yang wireless. Masuk meeting pun tetap pam susu sebab nak bagi pada anak kan. Kita bekerja memang tak dapat nak direct feed. Dan anak kedua ni pula memang kuat sangat menyusu, sekarang berat dia dah 6kg baru 2 bulan.
Support System Sangat Penting
Ingat lagi pengalaman susukan anak pertama, hari ke-3 tu susu tak nak keluar. Kalau keluar pun sikit je. Dah stress masa tu, anak pula menangis lapar. Kita pun dah bengkak susu, sakit badan pula.
Sokongan dan dorongan dari mak kita dan mak mertua penting supaya diaorang boleh bagi kata-kata semangat. Mereka selalu nasihat, tak apa..urut selalu bagi lancarkan susu. Alhamdulillah bila kita dapat kata-kata semangat. Mak selalu cakap, bagi je dia minum susu, susu ibu yang paling terbaik.
Jadi kita rasa happy, kita sebagai ibu memang nak bagi yang terbaiklah kan. Kita semua tahu susu ibu adalah susu yang paling terbaik daripada susu formula. Khasiat susu ibu buatkan antibodi kita jadi kuat. Jadi susah sakit, susah demam itu yang buatkan Siti target walau macam mana susah pun nak susukan anak, tapi tetap akan cuba sehabis baik untuk susukan anak.
Seminggu yang pertama memang susu tak berapa banyak. Jadi Siti banyak buat research cara nak banyak susu antaranya:
Pemakanan yang sihat (cari pemakanan yang boleh tambahkan susu badan macam lobak putih, buah-buahan)
Mental tak boleh dalam keadaan stress
Jadual menyusu atau jadual pam susu bagi ibu yang bekerja
Set Minda Untuk Susukan Anak Selama 2 Tahun
Siti terpaksa bagi anak susu botol sebab Siti bekerja tapi tip yang Siti boleh kongsikan supaya anak tak keliru puting, cari botol susu yang lembut macam silicon sebab dia seakan payudara ibu bila nanti mommy dah nak masuk kerja.
Nasihat Siti, sebelum kita nak dapat anak tu kena setkan minda kita supaya kita nak usaha untuk susukan anak cukup 2 tahun. Jangan fikir susu tak ada apa semua. Elak juga beli formula milk dan botol susu awal sangat nanti kita rasa macam kalau susu badan tak cukup ala boleh la top-up dengan susu formula.
Siti Suriani, 23 pernah tular beberapa bulan lepas setelah bayinya tertukar di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara. Di antaranya botol plastik bebas Bisphenol A (BPA), botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu bebas BPA.
Terdapat pelbagai ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat daripada bahan bebas BPA.
BPA adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polikarbonat. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. Ia boleh larut ke dalam susu apabila didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
Di Malaysia, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah daripada bahan bebas BPA. Kebiasaannya jangka hayat botol bebas BPA adalah sekitar enam bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera. Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
Kesan calar
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar, sekali gus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
Warna botol
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang dilakukan untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia daripada plastik.
Bau botol
Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.
Sementara itu, botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu daripada ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak mengandung anak sulung, pelakon Anzalna Nasir sentiasa berkongsi pengalaman hamilnya. Pengalaman ini juga antara yang sering dialami oleh wanita berbadan dua.
Terbaru melalui perkongsiannya di instagram, Anzalna mengakui dia telah lama menyimpan impian untuk menaikkan berat badannya supaya kelihatan lebih berisi.
Kini Anzalna menjelaskan berat badannya sudah naik 11 kilogram (kg) ketika sedang hamil anak sulungnya.
“Melantak lagi banyak-banyak kat kenduri orang! Hahahahahah.
“Tapi I dah lama teringin badan berisi!,” tulisnya.
Walaupun badan Anzalna naik lebih 10 kilogram tetapi sentiasa cantik. Pengalaman ini juga pasti akan dirindui oleh semua wanita yang bergelar ibu. Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Anzalna dan anak yang dikandungkan itu sentiasa sihat.
Anzalna yang kini hamil lapan bulan itu mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.
Sumber: ig Anzalna Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.