Komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ade Govinda, tidak mampu menyembunyikan rasa sebak dan syukur selepas isterinya, Indi Arisa, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama Karel.
Berkongsi pengalaman indah tetapi penuh emosi itu, Ade, 41, meluahkan rasa kagum yang tidak terhingga terhadap kekuatan seorang wanita bergelar ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan isteri tercinta berjuang di dewan bersalin hampir 24 jam.
“Saya Saksikan Dari A Sampai Z”
Ade berkongsi, ini adalah kali pertama dia berada di sisi isteri sepanjang proses kelahiran berlangsung — dari awal hinggalah detik si kecil selamat melihat dunia.
Ads
“Saya berpeluang menyaksikan secara langsung semua proses kelahiran dari A hingga Z sepanjang hampir 24 jam isteri saya menahan sakit. Betapa hebat dan kuatnya sosok seorang ibu,” jelasnya penuh rasa terharu.
Menurut Ade, pengalaman itu benar-benar membuka matanya tentang betapa besarnya pengorbanan seorang wanita demi melahirkan zuriat.
istri Ade Govinda melahirkan anak pertama (instagram.com/ade_govinda)
“Saya rasa beruntung dilahirkan sebagai lelaki kerana kami tidak perlu merasai sakit yang luar biasa itu,” luahnya jujur.
“Muliakanlah Semua Ibu Di Dunia”
Ade turut menitipkan doa buat seluruh ibu di dunia agar mereka sentiasa dimuliakan dan diberi kekuatan dalam menghadapi saat getir melahirkan anak.
Ads
“Ya Allah, muliakanlah semua ibu di dunia ini,” tambahnya dengan penuh rasa insaf dan syukur.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 3 Ogos tahun lalu, dan kini kehadiran si kecil Karel melengkapkan lagi rumahtangga mereka yang baru setahun dibina.
Ads
Ramai Tumpang Bahagia
Di media sosial, ramai rakan artis dan peminat dari Indonesia mahupun Malaysia membanjiri ruangan komen, mengucapkan tahniah serta mendoakan kesihatan buat Indi dan bayi mereka.
Moga Karel membesar dengan sihat, menjadi anak soleh, penyejuk mata ibu ayah, dan permata hati keluarga.
Selamat datang ke dunia, Karel! Tahniah buat ibu bapa baru, selamat menjalani fasa indah bergelar mama dan papa!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Darah org mengandung ni Allah jadikan lebih pekat dari biasa, dan secara normal nya darah ibu ini senang nak membeku untuk menyediakan ibu utk proses bersalin – kalau berlaku pendarahan yang banyak, badan sudah bersedia mengurangkan pendarahan dengan cpt2 mengaktifkan sistem pembekuan darah.
PULMONARY EMBOLISM – MEMBUNUH !
Rahim yg makin membesar yang mengandungi bayi akan menekan saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar dan tersekat-sekat. Bila pengaliran darah kurang lancar ditambah pula dgn sifat semulajadi darah ibu yg senang beku, maka fenomena thrombosis / darah beku sangat senang terjadi.
Masalah darah senang membeku ini 5 KALI GANDA masa berpantang, jika dibandingkan ketika mengandung. Hal yg demikian kerana terdapat perubahan komposisi air lepas bersalin menyebabkan darah LAGI PEKAT, risiko meningkat lebIh-lebih lagi pada 3 minggu pertama lepas bersalin.
Kebiasaannya, darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak di bahagian kaki sekaligus menyebabkan keadaan Deep Vein Thrombosis. Ibu mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan.
Sekiranya masalah ini tidak dikenal pasti dan rawatan diberikan segera, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah kepada cebisan kecil pada bila-bila masa bergerak ke peredaran darah peparu menyebabkan saluran darah peparu tersumbat dinamakan pulmonary embolism, boleh membawa MAUT
FAKTOR-FAKTOR MENINGKATKAN PELUANG MENDAPAT DARAH BEKU
(Nombor dalam kurungan tu memberitahu score yg diberikan pada ibu jika ada faktor tu )
?Ibu pernah ada darah beku masa kehamilan sebelumnya (4) ?Umur ibu 36 tahun dan ke atas (1) Obesiti ( 1 atau 2 ) ?Anak sudah lebih 3 orang (1) ?Merokok (1) ?Urat-Urat timbul pada kaki (1) ?Pre-eclampsia (1) ?Kehamilan kembar 2 atau 3 (1) ?Pembedahan Caeserean secara kecemasan (2) ?Pembedahan Caeserean secara elektif (1) ?Kelahiran guna Forceps (1) ?Proses bersalin yg panjang ( lebih 24 jam) (1) ?Tumpah Darah ( lebih 1 liter ) (1) ?Kelahiran pramatang kurang 37 minggu (1) ?Kelahiran mati (1) ?Sebarang prosedur yg dibuat ketika mengandung (kecuali repair koyakkan bersalin) – operation buang appendix (3) ?Muntah-muntah teruk masa hamil (3) ?Ibu ada jangkitan kuman teruk (1) ?Ibu tak gerak2, kekeringan tak minum air (1)
Kalau tambah nombor-nombor dlm kurungan tu, jika score 4 atau lebih, ibu perlu dimulakan ubat mencegah darah beku sejak AWAL MENGANDUNG
Kalau score 3, ubat mencegah darah beku dimulakan pada 28 MINGGU KEHAMILAN
Kalau score 2, ubat mencegah darah beku dimulakan LEPAS bersalin selama 10 HARI
Untuk makluman semua, IBU MELAYU yang meninggal akibat pulmonary Embolism ini adalah PALING TINGGI jika dibandingkan dgn kaum-kaum utama di Malaysia. Kenapa?
Takda jawapan lagi untuk menerangkan keadaan ini.
Berdasarkan analisis, ibu-ibu Melayu lebih Obes dari kaum lain, dan MAJORITI ( saya tak ckp semua ye) mengamalkan pantang larang adat Melayu yg mana menegah IBU berpantang supaya tidak minum air yg mencukupi ketika berpantang, kena banyak berehat dan baring saja dan dilarang berjalan sana sini atau bergiat aktif kerana timbulnya fahaman ‘BENTAN’
Satu lagi, Ibu melayu kebanyakkan tidak mendengar nasihat doktor untuk mengambil suntikan mencegah darah beku – Enoxaparin/Clexane kerana dikhuathiri kandungan DNA khinzir di dalamnya. Ada ibu dengan angkuhnya bercakap pada saya – Ala masa zaman mak-mak beranak dulu takde pun bagi injection bagai ni. Hidup je !
Perlu diterangkan disini, walaupun Enoxaparin/Clexane mengandungi DNA khinzir yg sgt sedikit, penggunaan clexane telah difatwakan dibenarkan utk tujuan perubatan kerana
✅Tiada ubat lain setanding enoxaparin/Clexane untuk mencegah darah beku pada ibu hamil
✅Suntikan heparin tidak memberikan kesan yg berkesan seperti enoxaparin/clexane, lebih-lebih lagi untuk ibu yg beratnya lebih 90kg. Kalau nak gak beri heparin, suntikan nya adalah 2 kali sehari, berbanding dgn clexane yang diberi hanya sehari sekali. Clexane telah terbukti lebih berkesan berbanding Heparin.
✅Arixtra/Fondaparinux adalah sangat mahal. Arixtra tidak mempunyai kajian yg cukup untuk penggunaan terhadap ibu hamil – tak boleh nak ckp selamat atau tak untuk ibu hamil. Sebahagian kecil ubat arixtra akan keluar dalam susu ibu dan boleh mmbahayakan bayi yg menyusu ibu.
Tempat yang boleh diberikan suntikan bawah kulit ( subcuticular )
Jadi dah jelas?
Ingat, dalam 100 kematian ibu di Malaysia, 60 kematian disebabkan oleh pulmonary embolism.
Allah suruh ikhtiar dan ikhtiar, bukan dok diam berpeluk tubuh, tunggu maut datang menjemput. Pastu salahkan takdir. Berhenti menzalimi diri sendiri.
Eira Syazira, pengacara rancangan Pa&Ma kongsi 4 tip badan langsing walau pun beranak 3. Katanya kena rajin & bijak guna masa
Ibu kepada Amarra Sofea Rose, 5, Ameisya Leanne Rose, 1 dan Areisya Suri Rose, 6 bulan sentiasa kelihatan cantik walau pun sibuk menguruskan rumah tangga dan perniagaan.
Tentu ramai yang ingin tahu bagaimana Eira mengekalkan kecantikan & kelangsingan badan dan kecergasan diri walau pun mempunyai jadual padat.
Setiap kali bersalin, 44 hari Eira akan diurut, mengambil hanya segenggam nasi setiap kali waktu makan bersama sayur dan lauk manakala pada sebelah malamnya hanya meminum Milo kosong atau susu segar rendah lemak.
Ais juga merupakan kepantangan Eira. Eira juga perlu memastikan staminanya berada di tahap optimum memandangkan dirinya akan membuat come back di Indonesia tidak lama lagi.
Jangan lupa saksikan Eira & Azad sebagai pengacara rancangan Pa&Ma setiap Selasa jam 12 Tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Banyak tajuk keibubapaan yang dikupas dan info berguna yang dikupas setiap minggu.
Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi keempatnya di salah sebuah pusat perubatan swasta pada pagi 14 Februari.
Isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha itu telah menimang cahaya mata lelaki ketiga selepas mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan.
Menerusi Instagram Ayu Raudhah, dia sangat bersyukur dengan kelahiran anak keempatnya kali ini kerana sangat mudah dan sekejap.
“Rezeki kali ini rasa sakit bersalin sekejap sangat dan doktor pun tak sempat nak sambut. Kali ini juga baru rasa betul-betul turun tanda, pecah ketuban dan rasa kontraksi.
“Bayangkan dari bukaan 3cm hingga 10cm hanya dalam tempoh satu jam lebih sahaja. Rasa sekejap sangat.
“Sebelum ini masa lahirkan anak ketiga pun mudah juga tapi untuk anak pertama dan kedua tak sempat rasa sakit betul-betul kerana ambil epidural.
“Kalau ikutkan suami, semua anak dia nak suruh ambil epidural kerana tak sanggup tengok saya sakit tapi sebagai wanita nak juga rasa sakit bersalin itu,” kongsinya.
Ayu Raudhah juga mengakui dalam keadaan sakit bersalin, suami dan mama yang bergilir-gilir jaga dan bagi semangat sepanjang berada di labour room.
“Rasa terharu sangat dengan sokongan dan kata semangat dari suami dan mama. Baru tahu pengorbanan mama. Sejak kecil hinggalah sakit nak bersalin pun mama sanggup ada bersama.
“Betullah orang kata mak ni sanggup buat apa sahaja untuk anak tapi kita sebagai anak belum tentu dapat buat yang terbaik untuk mak,” katanya.
Ayu juga mengakui dia dan suami tak pernah merancang untuk memiliki berapa orang anak. Jika Allah nak bagi akan terima dengan hati terbuka. Sesungguhnya rancangan dan kurniaan Allah yang terbaik.
“Jika dapat lagi sentiasa bersyukur. Paling penting doa untuk anak-anak biarlah mereka akan menjadi soleh dan solehah serta lading pahala dan rezeki dalam keluarga kami,” jelasnya.
Sumber: ig Ayu Raudhah & Zaquan Adha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!