Dalam dunia selebriti yang penuh warna-warni dan dugaan, ada satu kisah cinta yang cukup manis untuk dikenang kisah antara penyanyi berbakat, Nurshahila binti Amir Amzah, atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, dan suaminya, Ubaidillah Mohd Zulkefli, atau mesra dipanggil Ubai.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 5 Ogos 2023, dan sejak itu, ramai peminat kagum melihat keharmonian rumah tangga mereka yang jelas terpancar melalui setiap perkongsian di media sosial.
Meski hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, ramai melihat betapa Shila benar-benar menikmati fasa ini penuh syukur dan rasa cukup.
Baru-baru ini Majalaha Pa&Ma sempat menembual pasangan suami isteri muda ini berkongsi kehidupannya setelah berumah tangga selama dua tahun.
“Saya paling suka Ubaidillah ni sebab sebelum ni semua saya tak pernah dapat rasa.
Saya boleh berada dalam feminine energy, sebelum ni saya banyak dalam maskulin energy.
Semua benda saya kena buat sendiri. Tapi dengan Ubai, saya boleh jadi princess. Itu saya paling suka,” ujar Shila sambil tersenyum manja.
“Dengan Ubai, Saya Boleh Jadi Princess.”
Shila seakan memberi tahu bahawa sebagai anak sulung dalam adik-beradik, Shila terbiasa memikul tanggungjawab besar sejak kecil. Segala benda perlu diurus sendiri dari hal keluarga, kerjaya hingga emosi.
Ads
Maka tak pelik kalau selama ini dia lebih banyak hidup dalam mode “strong & survive” sebagai kakak sulung. Dan kini, setelah bergelar isteri kepada Ubai , dia rasa betapa bahagianya bila dapat menyerahkan sedikit beban dan merasa disayangi tanpa syarat.
Tiada Rahsia
Bila ditanya tentang komunikasi dalam rumah tangga, Shila mengakui dia bersyukur kerana hubungan dengan Ubai sangat terbuka dan matang.
“Alhamdulillah… tak ada masalah rumah tangga. Dari segi masak pun, semua dia makan aje. Tak cerewet langsung. Saya suka bila dia makan apa yang saya masak”
Lebih menarik, hubungan mereka sangat telus tiada rahsia, termasuklah hal-hal yang selalu jadi punca pergaduhan rumah tangga pasangan lain.
Ads
“Sehingga ke password telefon dan bank pun bukan rahsia.”
Sementara itu, dalam nada gurauan, Ubai juga turut mencelah bahawa isterinya seorang yang suka berbelanja tanpa pengetahuannya.
“Cuma kadang-kadang saya tahu-tahu je duit dalam bank saya tak ada!”
“Beza saya dengan dia saya jenis tanya dulu sebelum guna duit. Dia, guna dulu, baru bagitahu.”
Tapi itulah, bila dah ada rasa percaya yang tinggi, semua boleh jadi bahan gurauan dan pengikat kasih.
Ads
Tahu Batas, Tahu Peranan
Sebagai pasangan selebriti, dugaan pastinya lebih mencabar. Namun bila ditanya tentang isu seperti “check telefon” atau cemburu berlebihan, Shila tenang menjawab bahawa antara mereka, batas dan kepercayaan itu sangat dijaga.
“Kami tak perlu check telefon. dan Ubai memang tahu cara jaga batas. Saya pun sama. Kita sendiri kena tahu… kalau tak tahu, perkahwinan tu memang akan jadi problem.”
Untuk info, pasangan tini mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Rhea Akira pada tahun lepas. Manakala perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022, selepas empat tahun berkahwin dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais
Semoga kasih Shila dan Ubai terus mekar, jadi inspirasi buat pasangan muda untuk terus percaya pada cinta yang sabar, jujur dan cukup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa nak jadi dengan dunia sekarang, Perbuatan sumbang mahram makin menjadij-jadi sekarang. Terbaru, kejadian zina sumbang mahram berlaku di negeri Kelantan yang mana melibatkan dua remaja hamil selepas masing-masing melakukan perbuatan sumbang mahram dengan sepupu dan bapa saudara di lokasi berbeza.
Perbuatan jijik itu didedahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati, kedua-dua kejadian itu berlaku selepas remaja perempuan meminta untuk melakukan perhubungan dengan saudara mereka sendiri.
Memetik laporan Kosmo, kes pertama dilaporkan berlaku melibatkan remaja berusia 15 tahun yang mengandung selepas melakukan perbuatan sumbang mahram dengan sepupunya yang berusia 11 tahun.
Mohd. Yusoff (tengah) bercakap pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. – FOTO Kosmo
“Kita terkejut apabila menerima laporan daripada ibu bapa remaja itu yang mengatakan anak mereka hamil hasil hubungan dengan sepupunya. Lebih mengejutkan, remaja tersebut yang meminta untuk melakukan hubungan itu.
“Satu lagi kes melibatkan remaja berusia 13 tahun yang hamil hasil perhubungan dengan bapa saudaranya yang berusia dalam lingkungan 20-an. Kedua-dua kes sumbang mahram ini sama iaitu remaja perempuan mengajak saudara mereka untuk tidur bersama,” katanya katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK Kelantan di sini hari ini.
PUNCA
Menurutnya lagi, siasatan mendapati, kes rogol melibatkan remaja dan sumbang mahram berlaku berpunca daripada konflik keluarga, kesibukan ibu bapa bekerja dan percintaan bawah umur.
Tambahnya selain itu, pengabaian daripada aspek agama dan kehidupan yang jahil tentang agama turut menyumbang kepada perbuatan sumbang mahram.
“Siasatan turut mendapati, 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes rogol di Kelantan berlaku disebabkan dadah. Apabila kita membuat ujian air kencing, ramai dalam kalangan mangsa atau suspek yang terlibat positif dadah,” katanya.
Sumber: Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tunjukkan kasih sayang dan menghargai pasangan bukan hanya sesekali atau ketika dalam keadaan gembira saja namun ia perlu dilakukan setiap hari dan setiap masa. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar isteri. Ada yang rasakan lebih bahagia apabila terima barang-barang mewah dan ada juga yang selesa bersederhana bersama keluarga tercinta.
Begitulah kisah pelakon, Fasha Sandha yang merasakan erti kebahagiaan baginya apabila dapat meluangkan masa bersama suami.
Menurut pelakon yang berusia 38 tahun itu, erti bahagia adalah berlainan bagi setiap wanita. Baginya, dia memiliki erti tersendiri dalam menilai perasaan bahagia tersebut.
Erti kebahagiaan untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat beg mahal.
Bagi saya, ini adalah kebahagian saya (berada di samping suami).
Tambah pelakon Khilaf Asmara tersebut, dia tidak begitu gemar dengan barang kemas atau aksesori. Fasha menyatakan dirinya adalah seorang yang sederhana dalam kehidupan.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Fasha di ruangan Instagram story miliknya.
Hantaran tersebut juga memaparkan kemesraan pasangan suami isteri tersebut di mana Aidil sedang mengurut kaki isterinya.
Sekadar info, Fasha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu juga seorang anak seni, Aidil Aziz pada Mac 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira. Fasha turut mempunyai 2 lagi orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
“bila anak korang minta makanan tak sihat ataupun terlebih makan, jangan ikut, dia orang tak tahu, dia orang nak makan je, anak kita tak tahu benda ini bermanfaat atau tidak.”
Itulah luahan ikhlas dan tegas daripada seorang bapa yang kini tular di Instagram melalui video yang telah dimuat naik oleh seorang jurulatih kecergasan, @tareqfit91.
Dalam video itu, beliau menyeru ibu bapa untuk muhasabah diri dan sedar bahawa tanggungjawab menjaga kesihatan anak adalah tanggungjawab kita bukan anak.
Jika anak sentiasa minta makanan manis dan jajan, itu atas dasar kita yang beri. Kalau anak tak suka sayur, kita yang tak ajar. Kalau anak melekat dengan skrin dari pagi sampai malam, kita yang tak hadkan.
Bila semua ini berlaku tanpa kawalan, badan anak yang menderita. Dan bila mereka jatuh sakit, kitalah yang akan menanggung segala sesal dan tangisan.
Reaksi Netizen,
Klip video tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Ramai menyokong mesej Tareq dan menyatakan perkara ini sudah lama patut ditegur.
“Terbaik bang… nasihat yang betul 👏👏👏👏👏”
“Anak dia comel and it is true… kita kena jaga kesihatan anak-anak”
“Kalau tengok video adik ni, terus skip. Sebab kesian kat dia, seolah jadi bahan content mak pak. Kesian kat anak tu… usaha cara hidup sihat. Anak-anak kecil terdedah dengan diabetes sekarang ni 😢”
“At last ada orang yang tegur. Sebab memang tak cute langsung, kesian lagi ada 😢”
“Chubby lain, obese tu lain… tolong la bezakan. Obese tu merosakkan badan. Bayangkan sendi-sendinya yang lembut terpaksa tampung berat berlebihan. Tu belum lagi organ lain yang terpaksa overworked. Budak, apa lah dia tahu 😔”
Teguran ini bukan untuk menghina, tetapi menyedarkan. Netizen bersuara kerana mereka sayangkan anak-anak ini.
Apa Yang Ibu Ayah Boleh Buat Hari Ini?
Lima langkah penting:
Kawal pengambilan makanan anak – Elak makanan proses, minuman bergula dan jajan harian.
Jadi contoh – Anak tengok cara kita makan dan hidup, bukan apa yang kita cakap.
Libatkan anak dalam aktiviti fizikal – Bawa berjalan, main di taman, bersukan.
Didik dari kecil – Bagi mereka faham beza makanan sihat dan tidak.
Kurangkan skrin, tambah gerak badan – 20 minit bergerak lebih baik dari 2 jam duduk.
Sayang Bukan Dengan Suap, Tapi Dengan Jaga
Kalau kita sayang anak, kita tak biar mereka sakit baru nak berubah. Kita ubah sekarang walaupun susah, walaupun kena paksa diri. Sebab anak tu amanah, bukan alat content, bukan boneka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.