Muak atau mual adalah lelehan susu yang dikeluarkan. Ia disebabkan oleh astroesofageal reflux(GER). GER berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul.
Sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut naik ke dalam esofagus dan keluar sama ada melalui mulut atau jika kandungan terlampau banyak ia akan keluar melalui hidung.
Ads
Esofagus merupakan satu tiub yang mengangkut makanan dari dalam mulut ke dalam perut. LES pula adalah satu gelungan otot di bahagian bawah esofagus yang bertindak sebagai satu injap tutup/buka di antara esofagus dan perut.
Hampir kesemua bayi yang dilahirkan mengalami refluks tetapi tidak mendatangkan apa-apa tanda yang membahayakan kecuali segelintir sahaja.
CARA MUDAH ELAK REFLUKS
Ads
Dicadangkan di sini beberapa strategi mudah untuk mengelakkan refluks seperti memastikan bayi itu sendawa beberapa kali sewaktu menyusu, kerapkan menyusu dengan kuantiti yang sedikit atau menegakkan bayi itu selama 15 hingga 30 minit selepas menyusu dan pastikan perut bayi tidak dipakaikan barut.
Ads
Dalam keadaan kes yang teruk, mungkin perlu mengambil susu yang diolah khas untuk bayi yang betul-betul bermasalah dengan refluks. Dapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak dan berbincang mengenai kaedah-kaedah yang perlu dilakukan.
Boleh di katakan 90% daripada bayi yang mengalami masalah refluks boleh baik sepenuhnya apabila menjangkau umur sembilan bulan hingga satu tahun. Jika ia berterusan melebihi 18 bulan, dia perlu dirujuk kepada pakar bedah bahagian kanak-kanak atau pakar kanak-kanak bahagian gastroenterologi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa yang mempunyai bayi sudah tentu mahukan perlindungan terbaik buat Si Manja. Ketika dibawa keluar, keselamatan serta kesihatan anak sangat dititikberatkan. Tambahan pula dengan cuaca yang tidak menentu, boleh mendatangkan menyebabkan iritasi kepada kulit bayi.
Memandangkan kulit bayi sangat sensitif, sangat penting untuk ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengatasi masalah kulit terbakar pada bayi semasa membawa mereka keluar rumah.
Bagaimana caranya untuk memastikan kesihatan kulit bayi anda terjamin? Menurut American Academy of Paedatrics (AAP), anda boleh melindungi kulit Si Manja dengan beberapa cara ini:
Ketika bayi berusia di bawah enam bulan, sebaiknya bayi tidak didedahkan kepada cahaya matahari. Namun jika terpaksa, hadkan masa berada di luar.
Elakkan untuk membawa bayi keluar sekitar jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang kerana pada ketika ini sinaran UV sangat tinggi dan berbahaya untuk kesihatan kulit bayi.
Apabila sudah mencecah usia enam bulan ke atas, pakaikan mereka dengan baju yang melindungi kulit mereka. Pakaikan anak baju dan seluar yang panjang serta topi untuk melindungi mereka.
Ketika berada di luar dan cuacanya panas, perhatikan suhu badan mereka. Jika mulai panas, sebaiknya bawalah bayi berteduh supaya tidak memudaratkan kesihatan mereka.
Selain itu, pemilihan produk yang tepat dan bersesuaian dengan kulit bayi juga sangat penting. Rangkaian produk GOONGBE merupakan jenama premium No. 1 di Korea untuk bayi. Ia diformulasi secara lembut diinspirasikan dari keaslian bahan semula jadi di sana.
Produk ini menggunakan Oji Relief Complex serta bahan organik lain yang dapat memberi ketenangan serta memastikan kulit bayi sentiasa hidrasi. Terdapat empat produk bayi di bawah rangkaian GOONGBE:
Losen yang memberi kelembapan kepada kulit bayi. Dihasilkan daripada ramuan asli seperti ekstrak beras serta minyak bijian Macadamia.
Diperbuat daripada Oji Relief Complex, seramide dan minyak bijian Macadamia yang memberi kelembapan kepada kulit sensitif. Ia baik untuk kulit dan teksturnya sedikit pekat membuatkan kulit kekal hidrasi selama 48 jam.
Produk ini dihasilkan dari 100% bahan yang melindungi kulit dari sinar UV. Bahan semula jadi di dalam produk ini menjadikan ia ‘mesra keluarga’ dan boleh digunakan oleh bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Ia dihasilkan khas untuk kulit sensitif dengan haruman.
Sejenis krim tabir suria yang bertekstur ringan dan mampu melembapkan kulit di bawah sinaran matahari yang kuat. Ia bertindak sebaiknya pada kulit dan melindungi dari sinar UVA & UVB lebih dari 12 jam. Sesuai untuk kulit sensitif kerana dihasilkan dari 100% bahan mineral dan EWG gred hijau.
Produk penjagaan bayi nombor 1 di Korea Selatan kini telah pun berada di SASA Malaysia. Kepada para ibu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan GOONGBE yang diyakini memberikan bayi anda keselesaan yang penuh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan terkenal, Datin Shahida lebih selesa bekerja walaupun masih dalam proses berpantang kerana baginya tanggungjawab sebagai pemilik perniagaan sangat besar.
Tambahnya lagi, dia masih mengamalkan pantang ketika pulang bekerja dan dia turut mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan sesuatu pekerjaan ketika berpantang.
“Sebenarnya daripada anak sulung lagi saya tak nak manjankan diri, apabila orang berniaga ni tak sama dengan orang kerja makan gaji. Kena pemantauan rapi, sama juga kalau kat rumah pun kejap-kejap saya datang office.”
“Komitmen makin tinggi, anak makin ramai. Kalau boleh tujuh hari pun masuk office terus,” ujarnya.
“Ketika pendarahan itu disebabkan uri kebawah, tapi masa nak bersalin uri naik ke atas.”
“Selepas bersalin, kita sendiri pun rasa badan dah sihat, doktor pun sahkan tiada masalah.”
“Kalau ikutkan berpantang yang betul kita kena banyak bergerak supaya perjalanan darah lancar, bukanya kena berbaring saja.”
“Bayangkan zaman dahulu berpantang di rumah, anak sendiri jaga kena buat kerja juga. Sihat saja. Bila berpantang saya suka fikir logik”
“Seminggu selepas bersalin saya dah turun ke beberapa acara seperti Starvendors, Absolute Bazaar dan sebagainya. Semua kita turun! Menjadi komitmen saya kena buat ketiga-tiga kemunculan”
“Pukul empat, lima pagi baru balik rumah. Hakikatnya, di rumah saya masih berpantang macam biasa, ada bertungku, lulut dan sebagainya.”
“Cumanya saya suka buat kerja. Sama juga kalau tak ke pejabat, kita akan buat macam-macam kerja di rumah”
Datin Shahida mendirikan rumah tangga bersama Dato Aliff Syukri dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadeejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah & Luqman Al-Hakim.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah menyusu badan ketika berpuasa boleh mendatangkan kesan kepada anak? Bagaimana pula caranya untuk mengekalkan bekalan susu pada bulan Ramadan?
Bolehkah ibu menyusu badan ketika berpuasa?
Sama seperti ibu hamil yang ingin berpuasa, ibu yang menyusu badan juga diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Kebanyakan sarjana Islam percaya wanita yang menyusu dibenarkan untuk tidak berpuasa, sama seperti mereka yang tidak sihat atau sedang bermusafir.
Hakikatnya, sama ada anda mahu berpuasa atau tidak, ia harus bergantung kepada beberapa perkara dan paling utama melibatkan usia bayi.
Dikatakan terdapat perbezaan antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu berbanding bayi berusia setahun yang sihat serta sudah mengambil makanan pejal lain.
Sebelum memutuskan sebarang keputusan, sebaiknya anda disarankan untuk merujuk kepada:
Wujudkah risiko kepada bayi menyusu badan ketika berpuasa?
Sebenarnya, berpuasa tidak akan mendatangkan sebarang risiko bahaya kepada bayi.
Ini kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Pengambilan kalori yang kurang seharusnya tidak akan menjejaskan jumlah penghasilan susu.
Sistem badan secara automatik akan membuat penyesuaian dan mengubah cara penggunaan kalori yang ada serta membebaskan tenaga dengan lebih baik sebagai tindak balas kepada kekurangan makanan dan air.
Dikatakan, sekiranya seorang wanita yang menyusu badan tidak makan selama 24 jam, kuantiti dan nilai nutrisi susu yang terhasil tidak akan terjejas.
Malahan, sekiranya berlaku perubahan pada badan, sudah tentu anda akan dapat merasainya terlebih dahulu dan akan berhenti berpuasa jika kesan tersebut menjejaskan penghasilan susu.
Bagaimana risiko terhadap diri jika menyusu badan?
Selalunya, wanita yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan dan menyusukan anak, tidak akan mengalami sebarang masalah. Badan anda dipercayai dapat bertahan sepanjang tempoh berpuasa itu.
Walau bagaimanapun, proses penyusuan pastinya akan membuatkan anda berasa lebih dahaga. Jika anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa, anda akan berasa tidak sihat.
Antara tanda dehidrasi yang boleh dikenal pasti adalah:
Jika anda menyedari sebarang tanda yang dinyatakan, anda disarankan untuk berbuka dengan meminum air dan berehat.
Jika keadaan masih tidak berubah selepas 30 minit, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Seperti yang dinyatakan, berpuasa tidak akan menjejaskan penghasilan susu, tetapi perhatikan tanda-tanda jika bayi tidak mendapat susu yang mencukupi, seperti:
Pengambilan air mencukupi
Adalah normal untuk berasa dahaga ketika berpuasa. Jadi anda disarankan untuk memastikan pengambilan 2-3 cawan air pada waktu sahur dan berbuka pada bulan Ramadan.
Selepas berbuka, pastikan ada botol air berhampiran anda untuk memudahkan anda minum. Sebolehnya, cuba untuk habiskan 2 botol air.
Sekiranya anda bangun pada tengah malam untuk menyusukan bayi, jangan lupa untuk minum sedikit air.
Elakkan air manis agar anda dapat memfokuskan kepada pengambilan air kosong yang secukupnya.
Smoothie pada waktu sahur
Sebagai tambahan kepada makanan bersahur yang biasa, anda boleh menambahkan jumlah kalori dengan pengambilan smoothie.
Jika anda tidak mampu mengambil segelas penuh smoothie, cuba untuk mengambil secawan smoothie pada ketika bersahur.
Elakkan makanan bergoreng
Pengambilan kalori yang cukup ketika menyusukan bayi adalah penting, tetapi pengambilan makanan bergoreng secara berlebihan tidak akan memberikan sebarang manfaat nutrisi kepada anda dan bayi.
Pemakanan seimbang dan berkhasiat
Dengan memastikan hidangan makanan anda mempunyai protein, pelbagai sayuran dan karbohidrat semasa bersahur dan berbuka dapat membantu anda melakukan proses menyusu badan ketika berpuasa dengan lancar.
Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam bagi mencegah anda cepat berasa dahaga dan keletihan.
Snek selepas berbuka
Beberapa jam selepas berbuka puasa dan sebelum tidur, dapatkan nutrisi tambahan dan kalori dengan pengambilan snek sihat yang dapat membantu menambah tenaga.
Suplemen tambahan
Pengambilan suplemen tambahan pastinya dapat membantu membekalkan tenaga yang diperlukan bagi menyusu badan ketika berpuasa.
Namun, sebelum itu, dapatkan nasihat serta pandangan doktor sekiranya anda mungkin perlu mengambil sebarang supleman tambahan ketika bulan Ramadan.
Pam secara konsisten
Semakin anda kerap menyusu badan, maka akan wujud rangsangan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ia berkait rapat dengan sistem supply & demand.
Lakukan proses pam susu dengan konsisten bagi menghasilkan bekalan susu yang mencukupi. Jika perlu, lakukan juga proses mengepam susu pada waktu malam.
Menyusu seperti biasa
Adalah penting untuk memastikan dan mengekalkan jadual penyusuan bayi seperti biasa. Ini untuk mengelakkan sebarang kemerosotan dalam penghasilan susu.
Sentiasa berada dalam keadaan positif bahawa anda akan dapat memberikan susu yang mencukupi buat si kecil. Elakkan daripada berada dalam keadaan stres, okay mommies?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!