Syaheera isteri kepada Fad Bocey telah memuatnaik video Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia lapan bulan (anak kepada arwah abam) sedang mencium gambar arwah. Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak hampir 300 ribu pengikut di instagramnya.
Apa yang membuatkan ramai sebak apabila Hamzah terus mengambil telefon yang terpapar gambar arwah abam dan terus menciu-cium gambar tersebut.
Pemergian arwah Abam pastinya bukan perkara yang mudah untuk diterima oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Tapi walaupun pahit, mereka perlu reda akan ujian yang telah diberikan. Pasti akan ada hikmah yang lebih besar menanti mereka di hadapan.
Paling terkesan sudah pasti isteri arwah, Nor Hidayah yang kini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah kepada anak tunggal mereka, Hamzah.
Ads
Haritu ibu cerita hamzah rindu sgt dgn ayah .mcm cari2 ayah dia .mana la menghilang dri pandangan dia .ibu dia tunjuk gambar tu terus hamzah tarik nk cium2 .ktorang pun cuba la buat malam tu ,tengok2 ya Allah anak .sekecil ni kau dah faham erti rindu .bayangkan lah ktorang yang tengok malam tu rasa apa .
Ads
Ibu dgn hamzah jangan risau ,ramai sayangkan anak kecil ni .ramai yang pedulikan anak kecil ni .moga kasih sayang buat hamzah terus berkekalan
Alahan isteri sewaktu mengandung adalah perkara biasa terutama di awal kehamilan dan mula beransur-ansur baik selepas memasuku trismeter kedua. Namun ada juga sesetengan wanita yang mempunyai alahan sehingga waktu bersalin.
Gejala muntah, pening, kembung perut, tak boleh bau apa saja bauan atau tidak berselera untuk makan dan minum antara yang paling biasa berlaku.
Bagaimanapun, dalam situasi tertentu, ada juga dalam kalangan suami yang mengalami simptom alahan yang sama atau ada ketika lebih teruk berbanding isterinya yang mengandung.
Macam pelik kan tapi hakikatnya memang ada. Suami mungkin mengalami muntah-muntah, pening dan sakit perut yang berpanjangan, tak boleh bau masakan atau pelbagai lagi. Bila keadaan ini berlaku pada suami, selalunya orang akan kata, barulah suami tahu bagaimana isteri rasa dan secara tak langsung lebih menghargai pasangannya.
Seperti perkongsian seorang isteri di akaun Tiktok @fatehahefa7392, dia berkongsi pengalaman suaminya yang alahan sehingga terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk muntah.
Mengandung kali ke-3 suami yang alahan
Menurutnya, gara-gara tidak tahan hendak muntah suami terpaksa berhenti dan turun dari kereta sehingga keadaan kembali lega.
“Kesian suami, isteri yang mengandung dia pula muntah-muntah.
“Sabarlah wahai suami, bahagi-bahagilah rasa. Saya bawa baby, awak rasa alahan..
“Rasa bahagia bila pregnant takda alahan tapi kesian pula tengok dia yang kena alahan orang pregnant. Sabar wahai husband ya bertahan saja.. Sebelum ni dua anak memang alahannya saya yang rasa”
Pasti suami lebih hargai isteri
Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet apabila ramai yang meninggalkan komen dan sama-sama terhibur dengan telatah pasangan suami isteri ini. Malah ada yang menyatakan bahawa inilah tanda pasangan tersebut serasi dan sehati sejiwa.
“Itulah dinamakan sehati sejiwa sama-sama mengandung, cuma yang melahirkan isterinya je. Tahniah ya jaga baby baik-baik”
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami wanita itu yang terkena alahan isterinya.
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa suami yang mengalami alahan semasa isteri sedang mengandung akan menjadi bapa yang lebih penyayang sebab dia tahu betapa sukarnya seorang isteri yang mengandung.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap orang ujiannya lain-lain. Tak kira dalam apa situasi sekalipun, hanya Allah yang tahu. Ada yang diberi ujian anak sakit, kehilangan anak selepas dilahirkan, atau macam-macam lagi.
Bagi kita yang masih bernasib baik dan diberikan kesenangan oleh Allah bersyukurlah. Mungkin kita rasa tak senang seperti orang lain tapi bila keperluan keluarga dan anak-anak masih mencukupi itu pun rezeki.
Kisah sedih pasangan suami isteri ini yang dikongsikan oleh Abam Botak melalui Facebooknya cukup meruntun hati. Mana tidaknya kegembiraan menantikan cahaya mata tidak kesampaian kerana bayi yang dilahirkan meninggal dunia dan tidak sempat menatap kedua ibu bapanya.
Melalui perkongsian Abam Botak, kejadian yang menimpa suami isteri ini berlaku di Sandakan, Sabah.
Bayar deposit sebelum masuk wad
Ibu dan ayah ini daripada Estet Sukau. Mereka bergegas ke hospital kerana ingin menyambut kelahiran anak yang mereka cintai dan kasihi. Laluan yang mereka lalui untuk ke hospital juga sangat jauh.
Seperti biasa mereka perlu membayar wang deposit sebanyak RM800 ringgit terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam wad. Namun mungkin kerana ada sedikit masalah. Ibu yang sedang kesakitan melahirkan anak ini, terpaksa dipindahkan ke hospital lain pula dengan menaiki ambulan.
Meninggal ketika dalam perjalanan
Malangnya, semasa dalam perjalanan. Anak yang hendak dilahirkan itu telah pun meninggal dunia. Sampai di hospital, sebelum masuk wad. Seperti biasa perlu membayar wang deposit RM2000 lagi sebelum dibenarkan masuk wad.
Berkali-kali si ayah hubungi kami. Minta tolong sangat-sangat dan pastikan kami dapat membantu mereka. Minta uruskan jenazah anak mereka. Minta solatkan jenazah anak mereka. Minta carikan tanah kubur untuk anak mereka dan minta kebumikan serta bacakan doa untuk anak mereka.
Ketika itu pula, terdapat dua lagi jenazah di lokasi berbeza yang perlukan bantuan kami. Mujur Alhamdulillah, ketika itu di hospital ada seorang Ustazah yang dapat membantu. Mengkafankan dan memandikan anak kecil itu. Dan Alhamdulillah juga ada seorang Ustaz yang tolong menyembahyangkan jenazah anak kecil itu.
Tiada gelaran buat ibu bapa kehilangan anak
Allah permudahkan segala-galanya. Kami juga berkesempatan menolong mengebumikan anak kecil itu. Si ibu masih lagi kesakitan di dalam wad. Menanggung kesakitan melahirkan anak. Dan menanggung kesedihan perginya anak yang dicintai. Dalam masa yang sama pula tidak dapat melihat anaknya dikebumikan buat kali terakhir.
Bagi anak yang kematian ibu dan ayah. Mereka akan digelar anak yatim. Namun bagi ibu dan ayah yang kematian anak. Tiada gelaran yang dapat diberikan kepada mereka. Semoga Allah merahmatimu nak! sambutlah tangan ibu dan bapamu nanti nak! Anak syurga. Amin.
Malang tidak berbau. Siapa pun pasti tidak mahu terlibat dalam kemalangan apatah lagi sekiranya memandu bersama isteri dan bayi.
Pelakon kacak Ikmal Amry memuat naik gambar keretanya yang terpusing apabila dia sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) pada hari Sabtu di Instagram miliknya.
Menurut Ikmal atau nama sebenar Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, pada hari kejadian dia memandu dalam keadaan kurang rehat ekoran baru selesai menjalani penggambaran sehingga jam 7 pagi sebelum pulang ke Melaka untuk menziarahi keluarganya.
Mimpi ngeri yang tak sanggup ku lalui terjadi. Pahit untuk ditelan,tapi pengalaman yg menjadi pengajaran.
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat.Allah masih bagi peluang. Alhamdulillah. Simpan sini untuk kenangan. Maaf kepada yg terlibat.
Kereta yang dipandu Ikmal hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan sehingga menyebabkan keretanya berpusing dan terbalik.
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada hari Ahad, Iqmal membuat penjelasan berkenaan kemalangan tersebut.
“Saya hanya sempat berehat selama tiga jam. Dalam keadaan kurang rehat, saya gagahkan diri untuk terus memandu. Saya akui ia satu kesalahan apabila memandu dalam keadaan kurang sihat,” katanya.
Bapa kepada seorang anak ini menjelaskan kemalangan itu bukan kehendak dirinya namun bersyukur kerana semua yang terlibat selamat. Dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan tindakan lanjut.
“Syukur kpada Allah. Dia lindungi kami, orang yang kami langgar, kereta MyVi biru dan Honda sekeluarga. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.
“Saya ingin meminta maaf kepada semua yang terlibat. Bukan kehendak diri ini. Saya bukan juga nak cakap saya tidak bersalah.
“Tetapi tidak perlu keruhkan keadaan. Duit boleh dicar, nyawa tiada ganti. Jika betul saya bersalah, pihak berwajib sahaja berhak untuk selesaikan”, jelasnya.
Sementara itu, Ikmal memberitahu dia sekeluarga masih trauma disebabkan kejadian tersebut.
“Saya dan keluarga masih trauma dengan kejadian semalam. Perkara yang terjadi bukan biasa. Soal nyawa dan keselamatan pemandu lain yang terlibat.
“Masih tak boleh saya lupakan apa yang berlaku,” katanya.
Selain Najla iaitu isteri Ikmal, turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah anak mereka yang bernama Cailie berusia lapan bulan.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.